Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Monday, December 6, 2010

10 petua menghilangkan batuk di rumah

Batuk merupakan satu penyakit yang biasa berlaku di kalangan kita dan kita selalunya akan mencari cara bagaimana hendak menghentikan batuk tersebut. Kadang-kadang batuk boleh menjadi begitu menyeksakan dan sekiranya teruk,  ia bukan sahaja menyakitkann tekak, malah pada bahagian belakang badan. Batuk biasanya terjadi akibat alahan,  asma, penyakit mulut, merokok dan terdedah kepada bahan kimia serta habuk. Badan kita akan bertindakbalas dengan menolak keluar mukus tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya kita sakit, kita juga turut menyebarkan bakteria dari mukus tersebut kepada persekitaran kita. Sebelum kita pergi mendapatkan ubat batuk dari farmasi atau kedai ubat, kita juga boleh mendapatkan rawatan menggunakan bahan semulajadi yang selamat. 

Mari kita lihat 10 petua untuk menghentikan batuk: 

  1. Limau dan kayu manis - Ini merupakan petua yang sangat berkesan tetapi tidak begitu diketahui. Anda boleh merendam satu atau dua batang kayu manis dalam secawan jus limau. Vitamin C yang diambil akan meningkatkan sistem pertahanan badan dan melalui gabungan kayu manis dan limau juga akan menghalang pengeluaran lendir/mukus yang berlebihan. 

    2.   Mandi air suam - Mandi air suam juga mampu menghentikan batuk. Stim yang keluar dari pemancur air (shower) akan membantu untuk mengeringkan saluran tekak. Malah, dengan berdiri di bawah pancuran air sambil bernafas dengan mendalam akan menenangkan jiwa kita.

    3.  Teh panas dengan limau dan madu - Ini merupakan petua yang telah diwarisi sejak turun-temurun dan ia memberi kesan yang sangat memuaskan. Teh memberi kesan yang menyenangkan dan madu pula menjadi perangkap dan penyadur dalam tekak bagi menghentikan batuk. 

    4.  Pati epal cuka - Menggabungkan air dengan beberapa sudu teh Pati Epal Cuka (Apple Cider Vinegar) juga mampu mengurangkan radang di dalam tekak dan sistem pernafasan.

    5.  Air - Meminum air yang banyak juga menjadi salah satu petua bagi menghentikan batuk terutamanya ketika anda perlu bercakap banyak semasa melakukan perbentangan atau semasa mesyuarat. Air akan memastikan saluran tekak menjadi lembab.

    6.  Kelembapan -Kelembapan akan membantu mencegah jangkitan dalam sistem pernafasan memandangkan batuk kering yang biasanya disebabkan oleh tindakan kita menyedut udara yang kering. Memasang alat  pelembab udara (humidifier) adalah sesuai tetapi sekiranya tiada, anda boleh memanaskan air di dapur, atau meletakkan mangkuk yang mengandungi air di hadapan pemanas. Apabila wap air terhasil, ia akan melembapkan udara di persekitaran.

    7.  Aromaterapi - Ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang, kecuali sekiranya anda pernah menggunakan minyak semulajadi sebelum ini. Anda mungkin perlu pergi ke kedai ubat berhampiran dan mencubanya. Campurkan tiga titis minyak pohon kayu putih (Eucalyptus), dua titis minyak thyme dan dua sudu minyak kelapa. Sapukan di dada dan tarik nafas. Ia akan memberi kelegaan kepada anda dan rasa batuk juga akan berkurangan.

    8.  Susu panas dan madu - Masuk madu ke dalam segelas susu yang panas dan kacau. Minum perlahan-lahan dan amalkan selalu sebelum tidur. Ini akan membantu menghentikan batuk serta membantu anda tidur dngan lena. Meminum susu sebelum tidur sangat baik diamalkan bagi mendapatkan kualiti tidur yang cukup.

    9.  Tuala sejuk - ambil tuala bersih dan masukkan kedalam air yang sangat sejuk dan perahkan. Biarkan rata dan letakkan di atas tekak anda. Tutup dengan tuala tangan yang kering.  

    10.  Peppermint dan halia - Kunyah peppermint dan halia tapi tidak semestinya serentak. Kunyah gula-gula yang mengandungi peppermint atau halia yang telah dibuang kulit akan membantu menghentikan ransangan sistem badan untuk batuk.

Sekiranya petua yang diberi tidak memberi kesan dan masalah batuk juga masih berterusan, sila berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Selamat mencuba.

Monday, November 29, 2010

Cara-cara manjakan suami

Manjakan pasangan bukan hanya semasa ketika bercinta sahaja, malah adalah perlu untuk kita manjakan pasangan walaupun sesudah berkahwin. Perkahwinan yang bahagia dan sentiasa mekar merupakan kesan dari pasangan yang saling kasih-mengasihi. Di sini, saya akan memaparkan beberapa tip untuk anda memanjakan suami anda:
  • Perkataan romantik "cinta"

Sewaktu cinta disulam ungkapan Aku cinta padamu adalah satu kemestian yang pasti meniti di bibir pasangan bercinta. Ungkapan tersebut hendaklah lahir dari hati yang ikhlas dari hati anda khas untuk pasangan. Pilih waktu yang sesuai untuk meluahkan ucapan tersebut misalnya sebelum tidur dan sewaktu berjalan bersama-sama.

  • Panggilan manja
Sungguh indah seseorang yang kita sayangi memanggil kita dengan panggilan manja seperti "sayang, baby dan sesuatu yang manis didengar? Begitu juga pasangan kita. Ini kerana, panggilan manja menunjukkan bahawa suami kita adalah penting buat kita dan hanya dia yang akan kita belai dan sayang. Selain itu, panggilan manja juga mampu mengukuhkan hubungan perkahwinan yang dibina.

  • Pujukan penawar duka
Pujuk-memujuk dalam perkahwinan adalah penting kerana ia dapat membantu anda menghadapi perselisihan atau pertelingkahan yang berlaku. Jika anda suka dipujuk, apa kata pujuk suami anda?.Langkah terbaik untuk kamu lakukan ialah biarkan keadaan yang panas kembali tenang sebelum berbincang untuk mencari penyelesaian.

  • Berkongsi minat pasangan
Apa kata beranikan diri mencuba sesuatu yang bukan menjadi minat anda. Tidak salah untuk suami isteri berkongsi minat yang sama bagi mewujudkan suasana harmoni dan mengeratkan kasih sayang dalam rumah tangga. Kebaikan berkongsi minat dapat menghindar pasangan merasa cepat bosan melakukan minat tersebut bersendirian. Selain itu, si dia akan rasa lebih dihargai atas kesungguhan anda untuk berkongsi minat dengannya.

  • Tambat hatinya dengan masakan
Masakan dan wanita memang sinonim. Setelah bergelar isteri, perkara pertama yang harus kamu fikirkan ialah cuba pikat suami melalui masakan. Jadi, jika sebelum ini kamu tidak mahir masak, jangan lupa untuk belajar. Bak kata pepatah, memikat suami biarlah melalui perut. Hatinya pasti akan terpikat sekiranya kamu cuba memasak makanan kegemarannya.

Saturday, November 27, 2010

Nak dapat duit dengan mudah melalui internet?

  • Senang sahaja. Anda hanya perlu menjawab beberapa soalan survey yang dikemukakan dan beri pendapat tentangnya. Setiap soalan akan dibayar sehingga $6 setiap satu. Sekiranya anda bertuah untuk bulan ini, anda akan mendapat $500 hanya dengan menjawab soalan servey yang sangat mudah. Apa tunggu lagi? klik link ini untuk mengetahuinya.

http://www.AWSurveys.com/HomeMain.cfm?RefID=Nuruledna

Tech-Facts need tech-professionals to participate in their research surveys. Your valuable insight and feedback will not only help the technology industry, it will help you earn cash rewards for doing so. For each completed survey Tech-Facts will credit your Tech-Facts account with cash; accrued until redemption via PayPal, online rewards with partners, or donations to charity. Join now and earn $10 just for signing up.

http://www.tech-facts.com/dashboard.php
  • Mengetahui bagaimana seorang warga Malaysia berjaya membuat duit melalui internet dan berjaya memperoleh ratusan ribu sebulan? Tidakkah anda juga mengimpikan untuk mendapat wang dengan mudah tanpa perlu menunggu gaji yang dibayar setiap hujung bulan? Selain menjadi pendapatan sampingan, anda akan mengetahui bagaimana orang lain berjaya dengan menggunakan teknik yang diberi. Apa tunggu lagi? klik di sini:
http://onlyinmalaysiamah.com/?ref=Huedza

SELAMAT MENCUBA!!
Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...