Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Wednesday, January 5, 2011

10 Kegunaan Aluminium Foil

Tahukah anda, aluminium foil mempunyai keistimewaannya yang tersendiri selain sebagai pembalut makanan di dapur? Aluminium foil yang diperbuat daripada aloy merupakan satu bahan yang berguna kepada kita dalam menguruskan kegiatan harian. Di sini saya akan menyenaraikan beberapa kegunaan lain aluminium foil.
  1. Menajamkan gunting : Tahukah anda, bahawa aluminium foil mampu menajamkan gunting anda yang tumpul. Dengan mengguntingkan 6 - 8 lapis alumunium foil mampu meningkatkan ketajaman mata gunting anda.
  2. Membersihkan oven - Penat untuk mengikis sisa makanan yang hangus terjatuh di bahagian bawah oven? Lapiskannya dengan aluminium foil sebelum menjadikannya lebih kotor. Jangan biarkannya berkekalan dan ia hendaklah dibuang kerana lama-kelamaan ia boleh merosakkan oven anda.
  3. Menjadikan sabun tahan lama - Letakkan sekeping aluminium foil dibawah bahagian sabun untuk mengekalkannya di dalam takungan buih sabun sekaligus mengelakkannya mengalir dengan lebih banyak.
  4. Membuat bentuk kek yang menarik - Membeli acuan kek yang berbentuk dan menarik adalah agak mahal. Oleh itu, untuk mendapatkan kesan yang sama seperti menggunakan acuan yang mahal, gunakan aluminium foil. Acuan biasa digunakan pada bahagian luar seperti biasa, tetapi ditambah dengan aluminium foil yang telah dibentuk mengikut kehendak kita. Pastikan aluminium foil yang dibentuk adalah sama tinggi dengan acuan luar dan hendaklah dibentuk agak tebal agar mampu menahan bentuknya semasa proses pembakaran. Anda boleh membuat bentuk hati tanpa memerlukan acuan yang baru!
  5. Membuat pemantul potrait - Lupakan tentang pemantul fotografi professional yang mahal. Dengan menggunakan kadbod yang dibaluti dengan kertas aluminium foil sebagai pemantul potrait akan menjadikan gambar yang diambil lebih hidup dan cantik!
  6. Menghalau burung pada pokok - Gantungkan kepingan aluminium yang digulung dan diikat pada jaring ikan pada pokok buah-buahan yang anda tanam. Cahaya yang terpantul dan bunyi yang dikeluarkan dari aluminium foil tersebut akan menghalau burung-burung yang ingin menghinggap dan mengganggu tanaman anda.
  7. Melembutkan gula perang - Ramai orang memasukkan gula perang ke dalam mikrowave untuk melembutkan isi gula tersebut, namun ini sebenarnya menjadikan gula tersebut semakin mengeras. Jadi, untuk melembutkan gula perang tersebut, cuba balutkan gula perang dengan kertas aluminium foil dan bakar pada 300 darjah (Fahrenheit) selama 5 minit.
  8. Melindungi perabot anda - Haiwan peliharaan biasanya tidak tahan dengan bunyi dan rasa kepingan aluminium foil. Untuk menjauhkan haiwan peliharaan dari mencakar dan mengacau perabot anda, lindungi tempat duduk dengan kertas aluminium foil yang bersih sekiranya anda tidak menggunakannya. Dalam beberapa hari, haiwan-haiwan ini akan belajar untuk tidak duduk di atasnya. Anda juga boleh melindungi kaki-kaki perabot dari dicakar dan digigit dengan membalutnya dengan kertas aluminium foil.
  9. Melancarkan siaran TV - Sekiranya anda meletakkan pemain DVD diatas atau dibawah TV, kadang-kadang siaran TV akan terganggu dan ini membuatkan anda tidak selesa menonton. Ini biasanya berlaku apabila medan elektromagnetik dari kedua-dua alat tersebut mengganggu satu sama lain. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, letakkan sekeping aluminium foil antara alat tersebut.
  10. Mudah untuk menggosok baju- Apabila anda menggosok baju, letakkan kepingan aluminium foil di bawah kain pelindung papan seterika (iron board). Dengan cara ini, anda dapat menggosok kedua-dua bahagian pakaian yang digosok secara serentak kerana aluminium foil akan memantulkan haba dari seterika tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...