Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Loading...

Friday, January 7, 2011

10 Kelebihan Buah Pisang Yang Perlu Anda Tahu.

Buah pisang adalah salah satu dari buah-buahan tempatan yang mudah diperolehi dari kedai-kedai dan pasaraya. Selain harganya yang murah, buah pisang juga kaya dengan khasiat semulajadinya. Disini, saya akan menyenaraikan 10 kelebihan buah pisang yang perlu anda tahu.
  1. Mengurangkan ketagihan merokok - Kandungan buah pisang yang mengandungi dua vitamin B dan mineral mampu mengurangkan ketagihan perokok terhadap nikotin.
  2. Mengawal gula - Bagi mereka yang mempunyai masalah kekurangan gula di dalam badan, diabetis dan hypoglycemics, amalkan memakan buah pisang sebagai diet harian kerana fruktosa dan glukosa dari buah pisang mampu mengawal masalah gula.
  3. Merawat kekejangan - Tahukah anda, dengan memakan buah pisang mampu merawat kekejangan yang dialami? Kandungan buah pisang yang mengandungi potassium dan magnesium adalah amat sesuai untuk merawat kekejangan. Cubalah sendiri.
  4. Mengurangkan kedutan- Bukan sahaja buahnya yang berkhasiat, malah kulitnya juga mampu memberi manfaat kepada kita. Gosokkan bahagian dalam kulit pisang dibahagian wajah terutamanya dibahagian bawah mata. InsyaAllah, kedutan akan berkurangan kerana buah pisang mengandungi potassium yang mampu mengurangkan kedutan.
  5. Mengurangkan kegatalan - Selain menggunakan minyak sapu, salah satu kaedah lain untuk mengurangkan kegatalan akibat gigitan serangga adalah dengan mengusap tempat gigitan dengan kulit pisang. Anda juga boleh menampal kulit pisang pada tempat yang terkena gigitan tersebut.
  6. Membantu masalah sembelit - Buah pisang sememangnya bagus untuk sesiapa yang mengalami masalah pencernaan. Pisang mengandungi serat yang membantu menyimpan dan mengekalkan fungsi sistem pencernaan. Makanlah pisang untuk perut yang sihat!
  7. Mengurangkan masalah senggugut - Bagi wanita-wanita yang sedang dalam proses ovulasi atau menstrual, makanlah buah pisang. Buah pisang mengandungi vitamin B6 yang mampu menjana tahap glukosa dalam darah sekaligus membantu mood anda. Mood baik, hari pun menjadi ceria.
  8. Meningkatkan kecerdasan otak - Di dalam laman web bananasaver.com, ujikaji terhadap 200 pelajar yang mengambil buah pisang tiga kali sehari bersama hidangan lain menunjukkan peningkatan kuasa minda serta tahap kesedaran yang tinggi semasa sesi pembelajaran. Ini kerana kandungan potassium di dalam buah pisang mampu meningkatkan keupayaan otak untuk berfikir dengan lebih baik.
  9. Membantu wanita mengandung- Buah pisang dikatakan mampu melawan 'morning sickness' wanita-wanita yang sedang mengandung. Tambahan pula, ia membantu menyimpan tahap glukosa yang baik untuk badan.
  10. Menyuburkan tanaman - Kebaikan dari buah pisang bukan itu sahaja. Kulit pisang dapat menjadikan tanaman anda lebih subur. Tanamkan beberapa helai kulit pisang disebelah akar tanaman anda dan anda akan mendapati tanaman menjadi lebih subur dalam beberapa minggu. Cubalah sekarang.
Manfaatkan sebaik mungkin kelebihan buah pisang untuk kesejahteraan bersama ;).
Kongsi dengan rakan anda kerana sharing is caring. Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...