Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Wednesday, January 5, 2011

Cara-cara mengikalkan rambut yang lurus

Rambut yang cantik dan menawan sememangnya impian semua wanita. Ini kerana, rambut adalah mahkota seorang wanita. Namun, kadang-kadang kita akan terasa bosan apabila memakai stail rambut yang sama pada setiap masa. Bagi yang memiliki rambut yang lurus dan panjang, mungkin anda teringin untuk memiliki rambut yang ikal dan cantik tanpa perlu pergi ke salun. Jadi, saya akan menerangkan cara-cara bagaimana anda boleh memiliki rambut ikal yang menawan tanpa bersusah-payah pergi ke salun rambut dan hanya perlu melakukannya di rumah sahaja!
 
Sekiranya anda memiliki rambut yang lurus dan ingin menjadikannya ikal, terdapat beberapa cara untuk melakukannya. Prosesnya adalah mudah dan anda boleh melakukannya sendiri di rumah.

  1. Mula-mula, basahkan rambut anda dan keringkannya dengan tuala yang kering. Jangan terlalu kering  dan sekiranya anda memiliki perapi rambut di rumah, anda boleh menggunakannya semasa anda membasahkan rambut tadi.
  2. Setelah rambut sudah lembab, sapukan sedikit mousse yang berkualiti atau gel pada rambut anda ataupun mana-mana produk untuk mengikalkan rambut. Untuk membuat rambut ikal yang kelihatan kusut, ramaskan rambut anda keatas dan ke bawah, kemudian keringkan dengan alat pengering rambut. Anda boleh meramas rambut anda dengan telapak tangan sedikit demi sedikit. Setelah kering, anda kemaskan kesan ikal tadi dengan menyembur sedikit spray rambut untuk mengekalkan bentuknya.
  3. Diffuser
  4. Bagi yang inginkan kesan ikal yang lebih lembut dan kemas, gunakan penggulung rambut yang boleh didapati di mana-mana pasaraya dengan harga yang boleh dimiliki. Anda boleh memilih saiz penggulung rambut yang sesuai dengan saiz ikal yang anda inginkan. Penggulung yang kecil akan membentuk rambut ikal yang lebih kukuh dan saiz penggulung yang besar pula akan membuatkan rambut anda lebih bergelombang.
  5. Untuk menggunakan penggulung rambut (rollers), anda lembabkan rambut dengan membasahkan rambut sedikit dan jangan biarkan terlalu basah atau terlalu kering. Kemudian, bahagikan rambut anda kepada beberapa seksyen dan mula menggulung rambut mengikut seksyen. 
  6. Anda juga boleh menggunakan saiz penggulung rambut yang kecil untuk bahagian berdekatan dengan wajah dan pada rambut depan kerana kebiasaannya, rambut pada bahagian depan akan kelihatan terlebih dahulu. Biarkan penggulung pada rambut sehingga rambut mengering. Gunakan diffuser untuk mendapatkan stail rambut yang tahan lebih lama dan cepat kering. Sekiranya ingin menggunakan pengering rambut, pastikan menggunakannya pada tahap yang paling rendah. Ini kerana, menggunakan pengering akan menyebabkan bentuk ikal tersebut menjadi tidak sempurna dan membentuk kesan yang lebih kusut. Tindakan yang paling baik adalah dengan membiarkanya kering secara semulajadi.
  7. Setelah rambut kering, tanggalkan penggulung tersebut dan sapukan sedikit produk rambut untuk memberi lebih sinaran dan lebih lembut. Bergantung kepada bentuk ikal yang anda inginkan, anda boleh menggunakan jari untuk membahagi-bahagikan rambut dan membentuk lebih banyak ikal, atau biarkan bentuk ikal yang telah dibentuk oleh penggulung tadi. Sekali lagi, spray rambut anda untuk memastikan ikal tersebut terbentuk sepenuhnnya.
  8. Alat penggulung elektrik (hot rollers) merupakan kaedah lain untuk membentuk rambut yang ikal. Ia boleh dilakukan pada rambut yang kering. Ikut panduan yang diberi bersama alat tersebut, dan biasanya penggulung elektrik tidak perlu berada pada rambut terlalu lama kerana ia boleh merosakkan struktur rambut. Ingat, penggulung elektrik agak keras untuk rambut, jadi sebolehnya kurangkan penggunaannya. Semakin lurus dan tebalnya rambut anda, semakin lama untuk anda  mendapatkan rambut yang lebih ikal. Jadi, jangan putus asa dan teruskan usaha anda dan selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...