Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Tuesday, May 31, 2011

Cincin 73 Tahun Hilang Ditemui


Seorang lelaki bernama Jesse Mattos telah menemui kembali cincinnya yang hilang sejak tahun 1938. Cincin tersebut dengan sengaja telah dijatuhkan ke dalam sebuah mangkuk tandas dan sejak itu, Jesse menyangka beliau tidak akan menemui cincinnya kembali.
Namun, setelah 73 tahun cincin tersebut hilang, Tony Congi, seorang pekerja kumbahan berumur 57 tahun telah menemui kembali cincin tersebut kira-kira 200 batu dari tempat ia hilang. Beliau yang bekerja di system pembentungan mengenali cincin tersebut kerana beliau merupakan graduan di sekolah tinggi yang sama pada tahun 1976. Setelah mencuci dan membersihkan cincin tersebut, beliau mendapati terdapat tulisan bertanda JTM dan mencari tanda nama tersebut dalam buku tahunan 1938. Percaya tak? Hanya seorang sahaja yang memiliki tanda nama tersebut iaitu Jesse Mattos.
Kemudian, Congi telah mencari Jesse Mattos dan memulangkan cincin tersebut. Bertuahnya badan kalau kita dapat jumpa balik benda yang telah hilang....Pelik tapi Benar!!Percayalah.....(dengan nada lagu Siti Nurhaliza)

Monday, May 30, 2011

Kisah Pelik: Nazi Mengajar Anjing Bercakap


Kerajaan Nazi di Jerman yang dikatakan pernah mengajar anjing bercakap, mengeja dan membaca dalam cubaan memenangi Perang Dunia Kedua telah terbongkar. Mereka menganggap bahawa anjing memiliki kepintaran seperti manusia dan cuba memenangi peperangan dengan menjadikan anjing sebagai alat untuk menakutkan pihak musuh.
Penemuan terbaru juga menemui bahawa Hitler telah mewujudkan sebuah pusat khas untuk mengajar anjing bercakap dan menggunakan isyarat dengan menggunakan tapak kaki mereka. Seekor anjing dikatakan pernah berkata ‘Mein Fuhrer’ apabila ditanya tentang siapakah Adolf Hitler. 
Buat pengetahuan anda, Hitler merupakan seorang yang sangat sayangkan anjing. Malah, beliau mempunyai dua ekor anjing yang terkenal dan selalu bersamanya iaitu Blondi dan Bella. Beliau telah membunuh Blondi sejurus sebelum membunuh diri di kamarnya pada tahun 1945.

Sunday, May 29, 2011

Cerita KARAK Best Tapi...

Filem KARAK arahan Yusri Abdul Halim ini menceritakan tentang empat pelajar kolej yang ingin pulang ke Kuantan setelah berhibur di Kuala Lumpur. Dalam perjalanan pulang, mereka tersangkut dalam kesesakan jalan raya dan telah mengambil keputusan menggunakan jalan singkat. Semasa menggunakan jalan singkat tersebut macam-macam perkara telah berlaku dan mereka telah terserempak dengan Volkswagen berhantu yang berada disitu. 

Antara pelakon yang terlibat dalam "Karak" ialah Shahir, Sheera Ayob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussien. Filem yang diadaptasi dari kisah benar ini telah ditulis oleh Norman KRU dan ditayangkan di panggung wayang seluruh negara bermula 26 Mei 2011.

Bagi peminat cerita seram, anda mungkin tidak akan melepaskan peluang menonton cerita ini. Bagi saya sendiri, cerita ini sememangnya bijak memainkan emosi penonton dengan meletakkan unsur seram jenaka di dalamnya. Namun, ada beberapa bahagian yang saya rasa agak tidak logik dalam cerita ini.
  • Pengakhiran yang tidak masuk akal. Yelah, ingatkan Nik dan Zura masih hidup dan semua yang lain dah mati, tetapi keempat-empat mereka semuanya mati. 
  • Zura berjaya membaca ayat Kursi dan maksudnya dengan baik. Jadi hantu-hantu semua pun lari dan hilang. Tapi, macam mana Zura dapat baca sedangkan sebenarnya dia dah mati??
  • Sewaktu Jack dan Nik diangkat kaki oleh seekor hantu,  Pak Malam pun cakap "Jack, kuatkan semangat!". Padahal pada waktu itu, Pak Malam sepatutnya tak nampak Jack dan Nick kerana mereka dah mati. 
  • Sewaktu Zura tahu bahawa Nik rupanya dah mati, Zura menangis teresak-esak dan menyebabkan orang ramai yang berada di situ menoleh ke arahnya. Tapi, menurut berita yang dilaporkan, keempat-empat mangsa dah mati. Ini bermaksud Zura pun mati. Macam mana orang ramai boleh tengok Zura menangis??
  • Tontonlah sendiri dan nilaikannya. 
Selamat menonton!
Trailer Filem KARAK.

Saturday, May 28, 2011

Konsert Legend Double Trouble live@ Melaka Meriah!

Mantap, best dan bersemangat! Memang best la konsert Legend gandingan Kumpulan Search dan Wings semalam. Dengan harga yang agak berpatutan iaitu dari RM70 - RM 100, peminat-peminat rock tanah air takkan melepaskan peluang mendengar artis kesayangan mereka membuat persembahan secara live di Perkarangan Stadium Hang Jebat, Melaka. Memandangkan suami saya sendiri seorang peminat kumpulan-kumpulan rock ni, jadi peluang keemasan takkan dilepaskan begitu saja. Lagu bertajuk Gemuruh yang dinyanyikan oleh kedua-dua vokalis kumpulan iaitu Amy Search dan Awie sememangnya membuatkan kami begitu tersentuh memandangkan lagu tersebut merupakan lagu kegemaran kami.
Beberapa buah lagu telah dipersembahkan oleh kumpulan Amy Search dan Wings. Antaranya: Isi dan Kuku, Pawana, Tragedi Oktober, Taman Rasyidah Utama dan banyak lagi. Korang pun tahu, Awie dah membintangi beberapa filem melet0p kat panggung, misalnya Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kesan dari filem tersebut, kemunculan Awie pada malam itu menjadi hangat dan penonton-penonton melaungkan namanya "Hussein" iaitu watak yang dimainkannya dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Selain itu, Awie juga tidak membuat ucapan yang sememangnya kelakar dengan mengucapkan terima kasih kepada Kak Limah, Pak Jabir dan beberapa nama watak dalam filem Hantu Kak Limah. Anyway, both of them are AWESOME!!

Wednesday, May 25, 2011

Kisah Pelik: Ular Berkepala Lima

Pernah mendengar tentang ular berkepala 5? Ular berkepala 5 telah ditemui di Karnataka, India. Seolah-olah seperti mitos yang pernah kita dengar tentang ular berkepala lebih dari satu, namun ular tersebut adalah benar-benar wujud. Ini disebabkan oleh parasit kembar semasa proses mutasi gen berlaku yang sekaligus menyebabkan ular tersebut berkembang secara abnormal. Selalunya, kisah tentang ular berkepala 5 diceritakan dalam mitologi seperti Hindu, Buddha, Greek dan sebagainya.

Kisah Pelik: Kucing Memiliki 4 Telinga

Seekor kucing bertelinga empat yang dinamakan Yoda telah dipelihara oleh sepasang suami isteri di Chicago, Illinois sejak 5 tahun yang lalu. Pasangan Valerie dan Ted Rock menemui kucing tersebut di sebuah bar dan terus menjadikannya binatang peliharaan. Sejak gambarnya dimasukkan ke dalam internet, kucing yang berumur 2 tahun itu telah menjadi terkenal dan sering muncul dalam rancangan-rancangan popular seperti Good Morning America, Fox News dan The Tyra Bank Show.
Walaupun memiliki telinga seperti Yoda iaitu watak dalam rancangan Star Wars yang bertelinga tajam, namun kucing tersebut adalah normal seperti kucing lain dan bersifat sangat mesra. Telinga Yoda yang terlebih itu dikatakan adalah kesan dari mutasi genetik...Pelik tapi benar.

Tuesday, May 24, 2011

Kisah Pelik: Wanita Menanggalkan Make-Up selepas Dua Tahun

Setiap hari, kita akan menggunakan alat make - up ketika keluar rumah atau hendak keluar bekerja. Namun, kita mestilah menanggalkan make-up tersebut setiap kali sebelum tidur agar kulit wajah kita sentiasa segar dan sihat. Tetapi, tidak kepada seorang wanita Korea yang telah memakai make-up selama dua tahun tanpa menanggalkannya walau sehari.

Bae Dal-Mi merupakan seorang gadis berusia 20 tahun dan beliau telah menggunakan make-up sejak berumur 14 tahun. Baginya, make-up sangat penting untuk kelihatan sempurna setiap masa termasuk waktu tidur. Beliau juga akan membawa ke mana sahaja cermin wajah dan akan menambahkan lapisan make-up tersebut agar sentiasa cantik dan tidak comot.

Setelah itu, ibunya yang merasakan bahawa tabiat anaknya adalah agak pelik telah memberitahu pihak stesyen TV tentang hal tersebut. Seorang ahli Dermotologi telah memujuk Bae Dal-Mi untuk menanggalkan make-up pada wajahnya apabila mendapati kulit wajahnya yang kelihatan dua kali ganda lebih tua dari umurnya.
 Gambar wajah Bae Dal-Mi semasa proses menanggalkan make-up
Wajah sebelum dan selepas

Monday, May 23, 2011

8 Perkara Jangan Lakukan Kepada Teman Wanita Anda

Walaupun wanita bersifat lembut dan mudah tersentuh, lelaki janganlah mengambil kesempatan atas perkara tersebut. Kadang-kadang lelaki tidak sedar bahawa mereka telah mengecewakan hati teman wanitanya. Oleh itu, saya akan berkongsi 10 perkara yang tidak patut dilakukan oleh seorang lelaki kepada wanitanya.
  • Jangan buat jenaka tentang dirinya - Tidak kira apa jua benda berkaitan, janganlah membuat jenaka yang akan menyebabkan wanita marah. Ini termasuk warna baju yang dipakai, saiz badan yang semakin naik dan sebagainya. 
  • Curang - Hmmm...ni kes berat. Janganlah curang kepada wanita yang sentiasa setia kepada anda. Sekiranya anda tidak berminat dengan hubungan tersebut, putuskan sahaja. Tapi, buat seorang suami, janganlah curang kepada isteri anda. Kesian isteri mati-mati ingat suami keluar keja, rupanya pergi menjerat kupu-kupu luar pulak. Tak elok tau.
  • Menggoda wanita lain - Walaupun untuk suka-suka, namun ada batasnya. Menggoda wanita lain bermaksud anda sudah mencari nahas. Tak perlu nak pasang banyak, cukuplah seorang. Ingat, wanita biasanya lebih cepat menghidu pergerakan temannya. 
  • Mengata di belakang - Atau dengan kata lain, mengumpat. Tak dinafikan, ada juga lelaki yang suka mengata tentang perangai atau perbuatan yang dilakukan oleh pasangannya kepada kawan-kawan di tempat kerja atau semasa lepak. Bukan sahaja anda kelihatan bodoh untuk berbuat begitu, tetapi juga perkara tersebut lambat-laun akan diketahui olehnya juga. Sepandai-pandai tupai melompat...
  • Berjenaka tentang perpisahan - Mungkin ada lelaki yang ingin menguji tahap 'sayang' pasangannya dengan memberitahu bahawa hubungan mereka telah berakhir. Ini adalah salah. Bukan sahaja perkara tersebut akan memburukkan keadaan, malah mungkin teman wanita anda akan meragui kasih sayang anda kepadanya kelak. 
  • Bercerita tentang bekas kekasih - Sekiranya anda bercerita tentang kebaikan bekas kekasih, wanita akan merasakan bahawa anda masih menyukai bekas kekasih anda. Manakala, sekiranya anda bercerita tentang keburukan mereka, teman wanita anda akan menganggap bahawa anda juga berbuat begitu kepada mereka (berkata buruk tentang diri mereka).
  • Menyalahkan teman wanita atas kesalahan sendiri - Bak kata pepatah, baling batu sembunyi tangan. Anda menyalahkan pasangan anda selepas apa yang telah anda lakukan merupakan suatu perkara yang tidak munasabah dan tidak boleh diterima sebagai satu tanda kasih sayang dalam hubungan. Sekiranya anda membuat salah, minta maaf dan mengaku kesilapan sendiri. Ia lebih terpuji dari menyalahkan orang lain.
  • Memberitahu bahawa beliau seorang yang terlalu mengikut perasaan - Semua orang tidak suka apabila dilabelkan sedemikian rupa, apatah lagi teman wanita/ isteri anda. Walaupun kelihatan agak mengikut perasaan, gunakanlah kata-kata yang lebih lembut dan lebih sensitif kepada perasaan wanita. Ini akan menunjukkan bahawa anda seorang lelaki yang memahami dan sayang kepada pasangan anda.

Makanan Yang Mesti Anda cuba Di Sarawak

Hmmmm...pernah pergi ke Sarawak? atau teringin hendak melancong ke Sarawak? Di sini, saya akan share sedikit tips tentang makanan yang anda mesti cuba ketika berada di Negeri Kenyalang ini. Bak kata orang "Belum cuba belum tahu..."

1. Umai
Umai merupakan makanan tradisi kaum Melanau dan sekiranya anda peminat sushi atau makanan Jepun, umai menjadi kemestian untuk anda rasai. Ini kerana, umai merupakan ikan segar yang dipotong dan dihiris halus sebelum dicampur dengan bawang serta air asam limau. Ia biasanya dimakan dengan sagu dan ulam-ulaman.
2. Mi Kolok
Bagi yang baru pertama kali merasai mi kolok ini sudah tentu anda merasakan ianya istimewa dan sedap kerana penggunaan mi yee / yee mee serta dicampur dengan hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu ini sememangnya menyelerakan. Kuah sup yang disedikan menjadi kuah untuk mi kolok ini. Kebanyakan gerai di sekitar Kuching ada menyediakan mi ini.

3. Linut
Ada yang pernah mendengarnya dan ada yang merasa pelik mendengar nama makanan ini. Namun, linut adalah makanan masyarakat Melanau yang harus anda cuba dan amat sukar didapati di tempat-tempat lain. Linut merupakan campuran tepung kanji dengan air panas dan ia biasanya akan disaji dengan sambal belacan. Linut akan dimakan ketika ia masih panas dan kurang sedap ketika sudah sejuk. Rupa linut adalah seperti gam dan rasanya agak manis dikatakan mampu mengurangkan suhu badan orang yang demam.

4. Buah Dabai
Ermmm..sedapnya bila sebut buah dabai nih... Kebiasaannya, buah dabai amat mudah diperolehi di kawasan  Sibu dan Sarikei. Ternyata, buah ini menjadi kegemaran dan tidak asing kepada masyarakat Sarawak. Dalam bahasa saintifik, buah ini dipanggil sebagai Canarium odontophyllum. Buah ini akan direndam di dalam air panas untuk melembutkan isinya dan di dalam buah dabai ini, terdapat bijinya yang keras. Isinya berwarna kuning dan bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga.

5. Buah Engkala atau Tebulus
Buah Engkala atau di Sarawak banyak menyebutnya sebagai buah Tebulus sememangnya terkenal di Sarawak. Isinya yang manis dan sedap menjadi kemestian untuk anda mencuba buah ini. Sebelum dimakan, buah akan diketuk dengan sudu untuk melembutkan isinya. Kemudian, buah akan direndam di dalam air suam atau air panas untuk melembutkannya. Biasanya, buah ini akan dimakan dengan mencampurkannya dengan garam atau kicap. Kadang-kadang, buah tebulus akan dimakan begitu sahaja sekiranya buahnya betul-betul masak. Petuanya: sekiranya buah tebulus belum cukup masak untuk dimakan, ia akan menyebabkan lidah menjadi gatal dan kurang selesa. 


Selamat Mencuba :D

Wednesday, May 18, 2011

Peraduan Softlan "Terima Kasih Mama"

Teringin melancong ke Australia? Softlan telah mengadakan peraduan terbaru dan ia menawarkan hadiah yang sangat menarik:
HADIAH UTAMA:
2 x pakej percutian ke Australia

HADIAH SAGUHATI:
10 x Voucer GSC & KFC


Untuk menyertai peraduan ni, buatlah pembelian minimum RM10 pada jenama berikut: Ajax Fabuloso, Axion, Glo dan Softlan dalam bulan MEI. 
Berikut adalah cara-cara menyertai peraduan SOFTLAN "TERIMA KASIH MAMA"
Langkah Penyertaan
Kira bilangan bunga ros pada label pek
Softlan Love 2L atau 3L
SMS "Softlan <jarak> Nama <jarak> Nombor IC <jarak> dan jawapan anda" ke 36300*
(*RM0.30 setiap SMS)
Sekiranya jawapan anda betul, satu SMS
akan dihantar untuk meminta anda
menghantarkan slogan.
Para pemenang perlu menunjukkan bukti
pembelian bernilai minima RM10 bagi mana-mana
produk Softlan, Glo, Axion & Ajax Fabuloso
bertarikh 1 Mei - 31 Mei 2011
untuk menuntut hadiah. 
 
Maklumat lanjut, bolehlah melayari PERADUAN "TERIMA KASIH MAMA"   Tarikh Tutup Penyertaan : 31 MEI 2011

Cara-cara untuk menghentikan sendawa (Discovery Channel)

Terdapat beberapa cara untuk menghentikan sendawa. Terdapat beberapa sebab mengapa berlakunya sendawa. Misalnya, sensitif dengan kejutan, perubahan hormon, masalah personaliti dan banyak lagi. Di sini, saya akan membincangkan tentang beberapa langkah untuk menangani masalah sendawa yang berlaku ketika anda diluar rumah atau pada situasi yang tidak dijangka seperti mana yang ditunjukkan di dalam rancangan "The Worst Case Senario" dalam saluran Discovery Channel.

1. Sekiranya anda membawa bekalan air di dalam botol, gunakan air tersebut untuk berkumur. Berkumur untuk beberapa minit dan lihat kesannya. Adakah sendawa anda sudah berhenti? Tidak? Ok,kita pergi ke langkah seterusnya.
2. Makan gula satu sudu dan kemudian minum air. Makan gula disini dipercayai mampu melegakan kerongkong anda. Cuba makan 1 sudu makan gula seperti anda makan ubat. Adakah sekarang sendawa anda  sudah berhenti? Masih sendawa?Baiklah, kita pergi ke langkah seterusnya.
3. Makan mentega kacang. Mungkin ia berkesan dan mungkin tidak. Tapi, apa salahnya mencuba? Ambil satu sudu mentega kacang dan makan. Ok, adakah sendawa sudah semakin berkurangan atau berhenti? Masih tidak berhenti? Baiklah, kita cuba langkah lain.
4. Ambil sekeping beg kertas atau beg plastik yang tidak bocor. Sekarang, cuba hembus atau tiup beg tadi. Ulang sehingga tiga kali. Langkah ini bertujuan untuk membuka saluran diafragma dan membolehkan udara masuk ke jantung dengan baik. Sekarang, adakah sendawa anda sudah berhenti? Masih berlaku? Baik, cuba langkah yang terakhir.
5. Pegang Beg kertas atau beg plastik yang masih mengandungi angin/ udara yang anda telah tiup tadi. Sekarang, letupkan beg tersebut. Dah berhenti? Tahniah! Sendawa masih berlaku? Cuba lagi dan selamat mencuba. :)

Tuesday, May 17, 2011

Tempat makan ASAM PEDAS paling sedap di Melaka?

Melaka merupakan salah satu tempat bersejarah yang diiktiraf oleh UNICEF dan menjadi salah satu pusat pelancongan utama di Malaysia. Melaka juga terkenal dengan keunikkannya yang tersendiri, termasuk hidangan Asam pedas yang cukup popular di sini. Oleh itu, saya akan berkongsi dengan anda tempat-tempat yang TOP dikunjungi pelancong mahupun penduduk tempatan untuk menjamu hidangan asam pedas ini.

1. Gerai Asam Pedas di sebelah pasar borong Batu Berendam - Memang sedap dan sentiasa penuh dikunjungi orang ramai sama ada dari dalam mahupun luar Melaka. Apa pun, gerai-gerai makan di sini biasanya akan dibuka bermula lewat petang kira-kira pukul 6 petang hingga lewat malam.
2. Asam Pedas Claypot Kota Laksamana - gerai nih memang ramai yang pegi memandangkan kawasan tempat makannya yang luas dan tidak jauh dari pusat bandar. Seperti gerai Asam Pedas di Batu Berendam juga, gerai makan nih akan dibuka pada lewat petang dan biasanya akan ditutup kira-kira pukul 3 - 4 pagi.
Kalau saya dan suami, memang gemar makan asam pedas ikan pari tepi, memang sedap!!

Semakan Permohonan Biasiswa MARA 2011

Keputusan Semakan Keputusan Penempatan Program Ijazah Luar Negara (PILN) / Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2011 Bagi Lepasan SPM 2010 Tajaan MARA pun dah keluar semalam iaitu 16 Mei 2011. Jadi, kepada mereka yang telah berjaya menghadiri temuduga dan ingin menyemak keputusan temuduga tersebut, boleh lah melayari laman web ini.

KEPUTUSAN PENEMPATAN PILN/PIDN 2011 BAGI LEPASAN SPM 2010 TAJAAN MARA


SEMOGA BERJAYA!!

Monday, May 16, 2011

Air Asia dan MAS? Apakah pilihan anda?

Seperti yang kita tahu, Air Asia merupakan pesaing ketat bagi syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan kedua-dua syarikat penerbangan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Di sini, saya akan membincangkan tentang perspektif saya sebagai pengguna pengangkutan udara ini.
Apa pun, mari kita melihat sedikit sebanyak tentang AIR ASIA dan MAS.
AIR ASIA
Air Asia telah ditubuhkan oleh DRB-Hicom tetapi mengalami banyak kerugian dalam tempoh ia beroperasi. Disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi, ia dijual kepada Tune Air yang dipengerusikan oleh Tony Fernandes dengan harga RM 1 sahaja. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep tambang murah telah membawa kepada perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. AirAsia juga berjaya merevolusikan industri penerbangan serantau.
MALAYSIA AIRLINES
MAS merupakan sebuah syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia dan berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. MAS memiliki dua cawangan kecil iaitu FireFly dan MASwing.


AIRASIA:
Kelebihan:
  1. Tambang penerbangan yang sangat murah berbanding MAS
  2. Dapat 50% diskaun sekiranya membeli berat barang dan bagasi secara online 
  3. Jumlah jadual penerbangan yang lebih kerap
  4. Menyediakan tempat penginapan (Hotel I-Tune) yang murah dan berpatutan
  5. Promosi harga tambang murah yang kerap dan menjimatkan
  6. Laman web Air Asia: http://www.airasia.com/my/en/home.html

MAS:
  1. Menyediakan perkhidmatan 5 Bintang
  2. Pakaian beruniform MAS adalah lebih sopan dan melambangkan ciri-ciri budaya Malaysia sebenar
  3. Menyediakan perkhidmatan mengikut kelas dan bajet (Golden Club Class, First Class dan Economy Class)
  4. Menyediakan perkhidmatan KLIA ekspress dan KLIA transit.
  5. Laman web MAS: http://www.malaysiaairlines.com/hq/en/destinations.html
  6. Menyediakan penerbangan ke tempat yang agak pendalaman terutama di Sabah dan Sarawak

Sunday, May 15, 2011

Peraduan Maybank " Save & Win Everyday"

Hari tu, masa jalan-jalan kat Melaka Raya, ternampaklah iklan dari Maybank "Save & Win" Contest. Macam best je hadiahnye. So, ape lagi, browse kat internet pasal peraduan nih.
Dengan menyertai Maybank peraduan "Save & Win Everyday", kita dapat berpeluang memenangi hadiah harian ataupun bulanan seperti iPad, laptop Sony, iPhone, Galaxy Tab dan Home Theater. Macam best je kan??
Cara-cara nak menyertainya, mudah saja. Buka atau isi semula akaun simpanan atau semasa dengan Maybank dan Maybank Islamik.

Hadiah-hadiahnya:

Grand Prize x 30 – Home Theatre System
Daily Prizes :
February x 29 – Apple iPad
March x 31 – SONY VAIO Laptop
April x 30 – Apple iPhone 4
May x 31 – SONY VAIO Laptop
June x 30 – SONY Home Theatre System
Exclusive for M2U Users – Monthly Prizes :
8 x of Samsung Galaxy Tab
Peraduan berakhir pada: 30 Jun 2011

Untuk maklumat lanjut, bolehlah melayari: http://www.maybank2u.com.my/

Saturday, May 14, 2011

Menangi Contest 100PLUS Thirst For Action 2011

100PLUS sekarang ni ade peraduan 100PLUS Thirst For Action dan hadiahnya agak lumayan.
 Pemenang peraduan ni akan berpeluang memenangi banyak hadiah.
Grand Prize x 2 Adventures bernilai RM50,000 setiap satu (Mana-mana tempat terpilih: Dicover Ancient Rome di Italy, Jet Fighter Experience di Australia, Masai Mara Safari di Kenya dan V8 Car Experience di Australia)
- 1 pemenang dari 14 Mac sehingga 24 April 2011
- 1 pemenang dari 25 April sehingga 5 Jun 2011


Bukan itu je, ada jugak pemenang Mingguan!
Hadiah mingguan (1 pemenang x 12 minggu) - Bali Adventure bernilai RM3,000
Manakala pemenang harian pula (61 pemenang harian dari pukul 10pagi hingga 8malam) - RM50 setiap 10 minit.

Cara nak masuk peraduan ni dan antara peraturannya:
  1. Beli air 100Plus dan lihat pada penutup botol atau tin. Pada penutup botol, ada 10 digit nombor tersembunyi dan pada penutup tin, ada 3 digit tersembunyi.
  2. Kalau jumpa digit tersebut pada penutup botol atau tin, taip SMS: 100PLUS<space>New I/C No.<space>3-digit atau 10-digit kod<space>Pilihan Adventure (A,B,C or D)
    Contohnya: 100PLUS 801026141234 XYZ1234567 C. Setiap SMS hanya dicas 0.50 sen je.
  3. Peserta kemudian harus menyimpan Bukti Pembelian penutup tin minuman. Kalau menang, peserta akan disuruh untuk mengirim Bukti Pembelian berkod 3 digit tadi dalam tempoh 5 hari dari tarikh diberitahu untuk pengesahan. Kalau terlambat, peserta akan disingkirkan.
  4. Kalau penutup botol yang mempunyai 10 digit, tak perlu hantarkan bukti pembelian sebab setiap kod 10 digit adalah unik
  5. Kalau menang, IC akan dikenalpasti. Satu pembelian layak untuk satu penyertaan SMS sahaja. Tak perlu hantar banyak-banyak SMS.
Note: Hadiah Harian – Sepanjang Tempoh Peraduan, mulai dari jam 10.00pg sehingga 8.00mlm, satu (1) pemenang akan dipilih setiap 10 minit setiap hari. Contohnya, SMS yang diterima pada 10.00pg, 10.10pg, 10,20pg, 10.30pg dan seterusnya, sehingga jam 8.00mlm pada hari yang sama, akan dijadikan pemenang. Sekiranya tiada SMS yang diterima pada selang masa 10 minit tersebut, SMS terawal yang diterima kemudian akan dijadikan pemenang. Setiap pemenang harian akan menerima RM50, sebaik Penganjur menerima Bukti Pembelian asal secara fizikal (hanya sah untuk Bukti Pembelian berkod 3-digit sahaja).









Sunday, May 8, 2011

Cara-cara membuat Origami Angsa/Swan menggunakan kertas

Nak tahu cara membuat origami swan dengan betul dan mudah. Hanya ikut langkah-langkah yang ditunjukkan di dalam video ini. Origami swan ini sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada orang tersayang dan mereka akan terharu dengan usaha gigih anda. Dengan menggunakan beratus keping kertas, ia sememangnya memerlukan kesabaran dan kegigihan yang tinggi. Selamat mencuba.

Thursday, May 5, 2011

Semakan Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Sesi 2011/2012

Bagi pemohon yang telah memohon ke program pengajian seperti yang tertera dibawah dan telah menghadiri temuduga, keputusan akan diumumkan pada 22 Mei 2011 iaitu pada hari Ahad.
  • Program Diploma
  • Program Sijil Kemahiran Khas Politeknik
  • Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekanikal
  • Diploma Lanjutan Kejuruteraan Mekatronik
Manakala, bagi pelajar yang memohon ke program pengajian seperti di bawah, keputusan akan diumumkan pada 30 Mei 2011 iaitu pada hari Isnin:

  • Diploma Lanjutan Kejuruteraan Elektronik(Perubatan)(AEU)
  • Diploma Lanjutan Rekabentuk dan Pembuatan Automatif(AAD)

Semakan Permohonan Kemasukan Ke IPTA Sesi 2011/2012

1.LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2011/2012 [Semakan boleh dibuat mulai 06 Mei 2011 jam 12 tengahari.]
2.LEPASAN STPM/SETARAF [Semakan boleh dibuat pada tarikh yang akan dikemaskini kemudian]
3.LEPASAN SPM/SETARAF (KES RAYUAN) [Semakan boleh dibuat pada tarikh yang akan dikemaskini kemudian]
4.LEPASAN STPM/SETARAF (KES RAYUAN) [Semakan boleh dibuat pada tarikh yang akan dikemaskini kemudian]

Wednesday, May 4, 2011

6 Kegunaan Ubat Gigi Selain Untuk Memberus Gigi



Kita menggunakan ubat gigi setiap hari untuk memberus gigi. Namun, pernahkah anda terfikir bahawa ubat gigi juga boleh digunakan untuk tujuan yang lain selain untuk gigi anda? Jom kita lihat apa kegunaan lain ubat gigi.

1.     Ubat gigi membuang calar skrin telefon – Cubit sedikit ubat gigi ke jari telunjuk anda. Kemudian, sapukan pada skrin telefon bimbit. Selepas itu, lapkan dengan tuala atau tisu lembab dan biarkan kering. Ubat gigi bertindak sebagai pembersih calar yang terdapat pada skrin anda. 

2.     Membersihkan calar pada CD/DVD - Ada pendapat mengatakan bahawa ubat gigi juga boleh menghilangkan calar yang terdapat pada CD dan DVD. Caranya ialah dengan menyapu sejumlah kecil ubat gigi pada tempat calar. Kemudian bersihkan dengan air dan keringkan.

3.     Mengilatkan kasut - Untuk mendapatkan kasut yang kelihatan baru dan berkilat, ubat gigi boleh bertindak sebagai pengilat kasut. Anda boleh menggunakan berus gigi yang tidak digunakan dan sapukan ubat gigi pada kasut anda. Kasut anda akan kelihatan bersinar dan bersih.

4.     Menutup lubang kecil pada dinding – Cuba lihat di sekeliling rumah anda. Sekiranya ada lubang kecil yang kelihatan pada dinding rumah dan ia menggangu pandangan anda, maka anda boleh menutup lubang tersebut dengan menggunakan ubat gigi. Masukkan sedikit ubat gigi ke dalam lubang tersebut dan biarkan ia kering. Kemudian, warnakan dinding rumah dengan warna yang berpadanan.

5.     Sebagai alat pengilat (polish)- Sememangnya menjimatkan dan mudah. Memandangkan ubat gigi mengandungi serbuk cucian, air dan pengilat, anda boleh menggunakannya untuk mengilatkan barang-barang kemas, kasut dan sebagainya.

6.     Menghilangkan gatal dan masalah kulit - Terganggu akibat gatal-gatal oleh gigitan nyamuk? Kulit melecur akibat air panas? Mudah saja. Sapukan sedikit ubat gigi pada kulit yang terkena gatal dan lecuran tadi.

Antara jenama ubat gigi di Malaysia: 
COLGATE: www.colgate.com/ 


Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...