Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Wednesday, May 4, 2011

6 Kegunaan Ubat Gigi Selain Untuk Memberus Gigi



Kita menggunakan ubat gigi setiap hari untuk memberus gigi. Namun, pernahkah anda terfikir bahawa ubat gigi juga boleh digunakan untuk tujuan yang lain selain untuk gigi anda? Jom kita lihat apa kegunaan lain ubat gigi.

1.     Ubat gigi membuang calar skrin telefon – Cubit sedikit ubat gigi ke jari telunjuk anda. Kemudian, sapukan pada skrin telefon bimbit. Selepas itu, lapkan dengan tuala atau tisu lembab dan biarkan kering. Ubat gigi bertindak sebagai pembersih calar yang terdapat pada skrin anda. 

2.     Membersihkan calar pada CD/DVD - Ada pendapat mengatakan bahawa ubat gigi juga boleh menghilangkan calar yang terdapat pada CD dan DVD. Caranya ialah dengan menyapu sejumlah kecil ubat gigi pada tempat calar. Kemudian bersihkan dengan air dan keringkan.

3.     Mengilatkan kasut - Untuk mendapatkan kasut yang kelihatan baru dan berkilat, ubat gigi boleh bertindak sebagai pengilat kasut. Anda boleh menggunakan berus gigi yang tidak digunakan dan sapukan ubat gigi pada kasut anda. Kasut anda akan kelihatan bersinar dan bersih.

4.     Menutup lubang kecil pada dinding – Cuba lihat di sekeliling rumah anda. Sekiranya ada lubang kecil yang kelihatan pada dinding rumah dan ia menggangu pandangan anda, maka anda boleh menutup lubang tersebut dengan menggunakan ubat gigi. Masukkan sedikit ubat gigi ke dalam lubang tersebut dan biarkan ia kering. Kemudian, warnakan dinding rumah dengan warna yang berpadanan.

5.     Sebagai alat pengilat (polish)- Sememangnya menjimatkan dan mudah. Memandangkan ubat gigi mengandungi serbuk cucian, air dan pengilat, anda boleh menggunakannya untuk mengilatkan barang-barang kemas, kasut dan sebagainya.

6.     Menghilangkan gatal dan masalah kulit - Terganggu akibat gatal-gatal oleh gigitan nyamuk? Kulit melecur akibat air panas? Mudah saja. Sapukan sedikit ubat gigi pada kulit yang terkena gatal dan lecuran tadi.

Antara jenama ubat gigi di Malaysia: 
COLGATE: www.colgate.com/ 


1 comments:

Noraini said...

Saya dulu pengguna tegar ubat gigi safi kayu sugi. Sejak zaman student lagi dah guna. Dah bertahun guna.. But now 2018 saya dah tak gunakan dah..sekarang guna ubat gigi jenama MISMIS. Produk baru yang betul-betul orang melayu dan islam kita punya. Dijamin HALAL. Gigi pun rasa bersih. Tak ada bahan kimia (chemical)(fluoride FREE = BEBAS FLORIDA) ni yang penting. Sebab MISMIS adalah ubat gigi NATURAL based yg ada KOKO di mana ia natural antibacteria. Ada juga cengkih, sirih dan daun pudina. Semua tu untuk kuatkan gigi dan gusi balik. Now dah tak ragu-ragu nak guna ubat gigi. Berangin dan nyaman. Korang kena cuba..lagipun kat pasaran sekarang terlalu banyak ubat gigi yang ada florida yang sebenarnya amat berbahaya terutamanya kalau adik-adik atau anak-anak kita tertelan. Saya dah berubah, korang bila lagi!

Cuba korang tengok link Kat bawah ni.


https://www.instagram.com/_makeitsmile/?hl=en

https://www.facebook.com/mismistoothpaste/

Post a Comment

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...