Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Wednesday, September 21, 2011

Samsung Galaxy Tab Terbaru

Hari ni, saya nak citer pasal gadget baru kat pasaran. Dilancarkan pada 2 September 2010 di IFA, Berlin, Samsung Galaxy Tab merupakan gadget baru yang mampu anda miliki dan berasaskan perisian komputer tablet Android. Gadget bersaiz 7 inci ini mempunyai wireless, dan memiliki 3.2MP kamera depan dan 1.3MP kamera belakang untuk video konferens. Selain beratnya yang ringan kerana menggunakan bingkai berasaskan plastik, gadget ini juga menggunakan LCD TFT berbanding AMOLED seperti yang digunakan pada produk Samsung Galaxy yang lain. Sejak dilancarkan, sebanyak 6 juta unit Samsung Galaxy Tab telah terjual. Untuk maklumat lanjut, klik link dibawah.
Thinnest, lightest & fastest tablet in d world! #CelcomSamsungGalaxy . Grab one today.


Tuesday, September 20, 2011

Tips Mengurangkan Rasa Pedas Cili Dalam Masakan

Hi, entri saya hari ni berkaitan dengan acara masak-memasak. Memandangkan saya sendiri pernah terkena situasi di mana saya 'termasuk' terlalu banyak cili giling ke dalam sambal nasi lemak, jadi saya pun mencari maklumat tentang bagaimana kita boleh mengurangkan rasa pedas dalam masakan kita.

Okey, tips pertama yang saya peroleh ialah dengan memasukkan extra ramuan lain dalam masakan. Ini bermakna, sekiranya anda sedang memasak sayur campur dan terlebih rasa pedasnya, tambahkan lagi baki sayur campur yang tidak dimasak tadi ke dalam masakan sayur campur anda. Ini akan mengurangkan rasa pedas masakan anda tadi.

Sekarang, tips yang kedua ialah dengan memasukkan kentang ke dalam masakan. Walaupun ramai yang sudah mengetahui bahawa kentang boleh mengurangkan rasa masin dalam masakan, namun anda juga boleh menggunakannya untuk mengurangkan rasa pedas dalam masakan. Kentang yang berfungsi sebagai penyerap  atau absorber dianggap mampu menyerap cecair yang ada di sekelilingnya.

Tips yang seterusnya adalah dengan memasukkan gula atau garam ke dalam masakan yang pedas tadi. Rasa manis atau masin yang ditambah dalam masakan tersebut dikatakan mampu mengalihkan rasa pedas cili tersebut.

Tips keempat ialah dengan menambahkan lebih air dalam masakan. Penambahan air tersebut dikatakan mampu mengurangkan rasa pedas dalam masakan anda.

Tips terakhir pula adalah dengan memasukkan kacang tanah yang telah digoreng/dibakar ke dalam masakan. Pastikan orang yang makan masakan anda tidak mempunyai sebarang alergi terhadap kekacang ye.

Maklumat yang diperoleh adalah dari beberapa sumber dalam internet samada dari dalam mahupun luar negara. So, komen dan pendapat anda adalah amat dialu-alukan. Selamat mencuba ya.

Monday, September 19, 2011

Nak try Chicken game on Hitz.fm? It’s back this Sept. Tune into Hitz.Fm & play #RevengeofTheChicken...jom check this out :D

Nak try Chicken game on Hitz.fm? It’s back this Sept. Tune into Hitz.Fm & play #RevengeofTheChicken...jom check this out :D
Rancangan Chicken game ini telah kembali dan sekarang mereka telah menawarkan hadiah sehingga Rm60,000. Hanya menjawab teka teki yang telah diberikan dan berlawan dengan ayam-ayam Hitz.fm dan menang hadiah lumayan. Jom layan!!

Cerita Johnny English Reborn Yang Sangat Kelakar

Hello, hari ni saya nak cerita sikit pasal cerita yang tengah hot kat pawagam. Johnny English Reborn. Sekiranya anda pernah menonton cerita Johnny English sebelum ini, sudah tentu anda tidak melepaskan peluang untuk menonton cerita ini. Ada yang mengatakan bahawa cerita Johnny English yang pertama lagi best dari Reborn ni, namun bagi pendapat saya sendiri, Johnny English Reborn lagi kelakar dan sangat menggelikan hati.

Dalam Johnny English Reborn, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean memegang watak sebagai seorang penyiasat persendirian yang kelam kabut tetapi masih mempunyai gaya yang tersendiri untuk menangani penjenayah. Terdapat beberapa babak yang sangat menggelikan hati penonton yang menontonnya, misalnya babak dimana beliau masih belajar dan bertapa bersama sami-sami Buddha.

Selain itu, babak dimana Johnny English duduk semasa mesyuarat bersama presiden Amerika dan pegawai tinggi yang lain juga sungguh mencuit hati. Pelbagai aksi dan babak-babak lucu diselitkan dalam cerita ini. Bagi mereka yang bosan dan gemarkan cerita yang berunsur lawak dan bergelak ketawa, cerita ini adalah amat sesuai untuk anda. Selamat menonton ya ;D
Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...