Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Monday, September 19, 2011

Cerita Johnny English Reborn Yang Sangat Kelakar

Hello, hari ni saya nak cerita sikit pasal cerita yang tengah hot kat pawagam. Johnny English Reborn. Sekiranya anda pernah menonton cerita Johnny English sebelum ini, sudah tentu anda tidak melepaskan peluang untuk menonton cerita ini. Ada yang mengatakan bahawa cerita Johnny English yang pertama lagi best dari Reborn ni, namun bagi pendapat saya sendiri, Johnny English Reborn lagi kelakar dan sangat menggelikan hati.

Dalam Johnny English Reborn, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean memegang watak sebagai seorang penyiasat persendirian yang kelam kabut tetapi masih mempunyai gaya yang tersendiri untuk menangani penjenayah. Terdapat beberapa babak yang sangat menggelikan hati penonton yang menontonnya, misalnya babak dimana beliau masih belajar dan bertapa bersama sami-sami Buddha.

Selain itu, babak dimana Johnny English duduk semasa mesyuarat bersama presiden Amerika dan pegawai tinggi yang lain juga sungguh mencuit hati. Pelbagai aksi dan babak-babak lucu diselitkan dalam cerita ini. Bagi mereka yang bosan dan gemarkan cerita yang berunsur lawak dan bergelak ketawa, cerita ini adalah amat sesuai untuk anda. Selamat menonton ya ;D

0 comments:

Post a Comment

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...