Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Loading...

Thursday, January 19, 2012

Cara-Cara Menanggalkan Gula Getah (Chewing Gum) Dari Rambut

Ramai orang menggemari gula-gula getah kerana ia salah satu dari makanan ringan dan mudah untuk dikunyah. Namun, adalah satu perkara yang meremehkan dan menyusahkan apabila gula-gula getah tersebut terlekat di badan anda, terutama di bahagian rambut. Apakah cara yang paling mudah untuk menanggalkan gula-gula getah atau chewing gum tersebut tanpa perlu menggunting rambut anda? 

Terdapat beberapa cara dan kaedah digunakan untuk menangani masalah ini. Berikut adalah antara cara-cara untuk menanggalkan gula-gula getah seperti yang ditunjukkan dalam rancangan Food Detective di Discovery Science.

1. Minyak - Minyak masak adalah satu alternatif yang paling berkesan bagi menanggalkan gula-gula getah dari rambut. Ini kerana, minyak bertindak sebagai pelincir dan melicinkan rambut yang sekaligus menanggalkan gula-getah tersebut dari terus melekat di rambut. Caranya mudah sahaja. Ambilkan satu sudu besar minyak dan sapukan di bahagian rambut yang terkena gula-gula getah tadi. Kemudian, dengan menggunakan sikat yang besar atau mempunyai gigi yang jarang, sikat pada rambut yang terkena gula-gula getah sehingga ia tanggal dengan sendiri. Mudahkan.

2. Peanut Butter - Selain itu, peanut butter atau kacang pea yang biasanya disapu di atas roti digunakan sebagai pelincir untuk menanggalkan gula-gula getah dari rambut. Hanya sapu satu sudu besar peanut butter di bahagian yang terkena gula-gula getah tersebut dan keluarkan dengan sikat. 

3. Ais - Ais juga digunakan sebagai salah satu kaedah untuk menanggalkan gula-gula getah dari rambut. Letakkan beberapa ketul ais di rambut yang terjejas dan tanggalkan dengan sikat. Cubalah sendiri.

4. Alkohol - Alkohol juga digunakan sebagai pelincir untuk menanggalkan gula-gula getah dari rambut. Ia bertindak dengan melicinkan rambut seterusnya menanggalkan gula-gula getah tersebut dari rambut. 

P/S; Apa pun, sekiranya anda mengalami masalah tersebut, gunalah kaedah pertama dahulu kerana ia adalah kaedah yang paling efektif untuk menanggalkan gula-gula getah dari rambut. Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...