Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Tuesday, January 17, 2012

Cara Membatalkan Polisi Insurans AIA

Hello semua. Pernahkah anda menerima panggilan telefon dari pihak insurans? Misalnya polisi insurans dari AIA? sekiranya pernah, adakah anda benar-benar bersetuju dengan polisi insurans tersebut atau anda telah tertipu dengan kata-kata agen mereka? Entri kali ni, saya akan menerangkan tentang cara-cara untuk anda membatalkan polisi insurans AIA dengan mudah dan cepat. Ini merupakan pengalaman saya sendiri dan dengan jayanya, saya mendapat kembali wang yang telah dipotong melalui akaun bank saya oleh pihak AIA.

Sebenarnya, mudah sahaja hendak membatalkan polisi insurans ini. Saya tidak pasti, sama ada pembatalan insurans dari syarikat lain juga menggunakan kaedah yang sama. Kaedahnya mudah.

Pertama, hantarkan email kepada pihak berkenaan dengan menyertakan alasan pembatalan anda di my.customer@aia.com . Tunggu pihak AIA membalas email anda.

Kedua, tuliskan surat pembatalan kepada pihak AIA dengan menyertakan nombor polisi dan tandatangan anda pada surat tersebut. Ini adalah penting agar pihak AIA tahu bahawa pemegang polisi benar-benar ingin membatalkan polisi insurans tersebut. Hantarkan surat tersebut ke:


Policyowner Services Dept
Level 8
Menara AIA
99, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Akhir sekali, anda mungkin akan menerima balas email dari pihak AIA untuk melengkapkan borang yang dikepilkan bersama email untuk difakskan semula kepada mereka. Pastikan anda mengisi borang tersebut dan menyatakan alasan pembatalan polisi tersebut. Contoh borang yang akan terima seperti dibawah:

Contoh Borang Pembatalan Polisi AIA


Sekiranya anda telah menerima polisi insuran tersebut dan tiba-tiba ingin membatalkannya, anda boleh menghantar kembali surat polisi tersebut kepada pihak AIA atau membuat panggilan kepada pihak mereka untuk mengelak sebarang pemotongan dari akaun bank anda dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan polisi tersebut. Pihak AIA akan menganggap bahawa anda bersetuju dengan terma dan syarat yang diberikan oleh pihak AIA  dalam surat polisi yang dihantar kepada anda sekiranya tiada sebarang bantahan diterima dalam dua minggu tersebut.

Bergantung kepada alasan dan sebab anda membatalkan polisi tersebut, pihak AIA mungkin akan mengembalikan kesemua jumlah duit anda dan menghentikan pemotongan dari akaun anda. Namun, dalam sesetengah kes, kadar duit yang dikembalikan bergantung kepada jenis insurans yang anda pilih dan mengikut budi bicara dari pihak AIA sendiri. Selamat mencuba. 

76 comments:

rahsia aku said...
This comment has been removed by the author.
rahsia aku said...

salam awak..sy pun br kena tolak akaun hr nie. tp sy x dpt ag polisi tu..cmne ek??tp semlam sy check dy dh tolak rm90. hari nie sy call dy kata orgyg call saya tu busy lagi.tu yg sy risau dy ignorekan sy tu..

huedza said...

erm.... kalau polisi tak dpt lagi, maksudnye awak tak tahu lagi no polisi awakkan? jadi macamana pihak AIA boleh potong dr akaun awak ye? apa pun, awak cuba hantar email ke my.customer@aia.com dan surat alasan kepada pihak AIA. Biasanya email akan dibalas selepas 2-3 hari.

fzayla R. said...

saya pun nak menghentikan polisi AIA ni sbb masih student, jd rasa berat pula.. sy dah kol AIA customer service n dia minta tulis surat.. duit akan dikembalikan balik ke? n bleh sis share cmna slain yg di atas?

liyana ptitsa said...

saye ade email n pihak aia reply the same sruh wat official letter and return policy contract..u return policy contract jugak ke??

huedza said...

Fyzayla R: Kalau akak, duit refund 100% oleh pihak AIA dan akak dh wat ikut step 2 yang ajak terangkan di atas...actually, step tu mudah je...adik cubalagi k;)

huedza said...

Liyana ptitsa; kalau saya, pihak AIA tak mintak return policy tu..enough if you can send a cancellation letter utk rujukan diorg... And pastikan no policy tu dinyatakan dengan jelas dlm setiap form and letter yang you bagi. :)

Dr.sukida said...

Boley x nk contoh surat rasmi tu..

Jamaludin Yahaya said...

try faks k no yg dia bg..tp x lepas2. musykil nih..sape tau yek no faks AIA ni. geram tul..

da dekat 10 bulan kene deduct..huhu (sedey)

Circle of Lunar said...

Saya baru nak batalkan polisi AIA hari ini. Dah 11 bulan potong tapi polisi tak sampai. Bila cek semula tadi banyak yang diberitahu melalui telefon oleh tele-marketer tu semua tiada dalam polisi. Rasa sangat tertipu. Moral: Jangan percaya sama sekali dengan insuran melalui talian. Lebih baik rujuk kawan atau ahli keluarga yang buat takaful. Lagipun, insurans telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Malaysia.

AyOnG said...

Boleh x beri contoh surat yg kite tulis untuk pembatalan insuran tersebut.. plz

Kembara Di Bumi Allah said...

Saya pun nak contoh surat pembatalan insurans. Boleh x emailkan ke : akmar_19@yahoo.com
tq..

nik said...

Saya pun mahu contoh surat pembatalan insurans ini. boleh xemail ke nik_pc88@yahoo.com

huedza said...

Kepada sesiapa yang inginkan contoh surat pembatalan surat insurans AIA tu, bolehlah klik link sini...entribaru yang telah saya postkan. Terima kasih :)
http://mrsandrenoidx.blogspot.com/2012/06/contoh-surat-pembatalan-polisi-insuran.html

Kembara Di Bumi Allah said...

saya dh sent email untuk pembatalan tpi xde reply pun.. dah sent 25hb 6...

Hari ni sy dh faks surat pembatalan insuran,ikut format yg Mrs. Andrenoix bgi... tq Mrs Andrenoix... Sy dh lama nak tlis surat tu tpi xreti mcmna nak tulis..

Tpi sy xtel lgi AIA ,tnya surat smpai ke x.

no faks : 03-20566611

Kembara Di Bumi Allah said...

slm kak. sy nak tnya apa alasan yg akak bgi tuk batal akaun??

sy nak borang yg AIA emailkan tu.. borang permintaan untuk pembatalan polisi insurans... n contoh jawapan yg kak tulis kt surat permintaan tu..

Boleh x kak emailkan ke email saya:

akmar_19@yahoo.com

nazihah_9119 said...

salam..
sy ba setuju dgn aia insurans
sy nk batalkan policy..
tp da ckp dia akan bg policy selepas 30 hr bayaran premium pertama..
klau sy x byr..sy x dpt policy la kan..
tp dia kta kena byr kt bank bsn..
tp tgk2 byk org ckp aia deduct trus dr akaun bank..
tp sy x bg pon no akaun..
mcm ne dia leh tolak???
klau sy terminat bsn x nk bg dia deduct duit ok x??
sy student lg..
x de income nk byr..
sy pon main setuju je..
leh x cancel klau x de no policy??

nazihah_9119 said...

ba
*baru

terminat
*terminate akaun bsn sbb x bg aia deduct duit

syuhadahshukur said...

baru je terpedaya dgn tele-marker tu... bila fikir balik tak perlu kot sbb dlm stahun kena byr insurans rm600... perlu ke sye terminate / potong akaun bank bsn saye utk elakkan dr aia potong direct jika ade duit masuk...

Missoyaa said...

Salam, makaC admin share info ni. saya pun kena gak tapi saya g bank minta tukarkan kad bank. pas tu xda kena potong aG. cuma saya terfikir:

1. benda tu akan jadi hutang ke kalau diorang tak dapat nak potong dari a/c?
2. contoh la kita nak terminate dorg akan suruh kita langsaikan hutang tertunggak tu ke?

tumpang post said...
This comment has been removed by the author.
tumpang post said...

cara lain nak batalkan AIA Insuran ni xde ke..??
adakah AIA Insuran akan terbatal dalam masa 30 hari sekiranya dalam akaun BSN saya xde duit..??

huedza said...

Kembara di bumi Allah: akak bagi reason yang akak dah ade polisi insuran yang lain dan memang tidak berniat untuk mengambil polisi insuran AIA.

Nazihah: Kalau kita tak bagi no akaun bank, sememangnya duit kita tak akan ditolak. Jangan risau k.

Syuhadahsyukur: Kalau syuhadah rasa pihak AIA nak deduct duit dari akaun bank, syuhadah kena contact nombor yang pihak AIA bagi tu. kalau tak dapat contact tu, maksudnya kena tipu ngan agen laa.. Biasanya kalau pihak AIA dah bagi surat polisi, bermakna duit automatik akan dipotong dari akaun kita.

Unknown said...

salam. sy pn ade org bsn call n sy iakan saje sbb tgh mamai br bgn tido. die ckp tggu policy. akaun bsn sy sdh x aktif lg n xde duit pn dlm 2.

sy mahu bertanye adekah ptt sy buat pembatalan melalui surat ataupn biar sahaja kerana xde duit utk di deduct?

huedza said...

Erie Mhd: Saya rasa, lebih baik awak tunggu surat polisi tersebut sampai kepada awak. Baca polisi yang dinyatakan dan sekiranya tidak bersetuju, terus kembalikan surat tersebut terus kepada pihak AIA dan boleh kepilkan bersama surat pembatalan polisi insuran tersebut. Sekiranya awak tidak menghantar surat tersebut dalam tempoh 2 minggu, pihak AIA menganggap awak bersetuju dengan polisi yang ditawarkan.

Unknown said...

saya pon sekarang nak batalkan polisi tu..surat da dapat..dalam 2 bulan ni da 3 kali potong duit,..kita ni students lagi duit pon arapkan mak ayah bg lagi....ni nak join2 insurn lg...da la perjanjian melalui talian je..mcm xcye je...abis duit(sedey)

zul said...

paling senang, jgn ade duit dalam akaun bank yg diorang deduct tu, sy dah tnye, brape bulan klu sy xde duit dalam akaun..telemarketer tu kate dlm 3 bulan akan automatik batal..semua company insuran mcm tu..sbb sy ade dpt etiqa insuran (RM 30++ p.month)sebelum ni...sbbkan mase tu menganggur, terbatal mcm tu je..tp diorang akan inform gune surat...jgn risau, xkan diorang nk saman kan sebab kite bukan hutang diorang ape2 pun..tp nak amik jalan mudah..(xmau uat surat bagai), try la uat..

Unknown said...

Salam Kak, boleh tak email kpd sy contoh surat pembatalan insurans tue..sy pon da mls la nk sambung..huhuhu..ni email sy rajasyuhada88@gmail.com
thanks kak

Unknown said...

Saya pun ada dapat panggilan tu bberapa hari lepas, saya stuju la tapi belum mendapat pun dokumen polisi dari pihak insurans AIA mereka dah potong duit sebanyak rm76.80 melalui autodebit..nak call pn saya tak ada nombor mereka kerana semasa panggilan di buat hanya menggunakan private number...

Masa dia call tu bagitau dia dari airasia konon nak mintak butir2 pEribadi sehingga la tahap bila dia minta no kad bank tuk aktifkan AirAsia BIG Loyalty programme for free konon, saya pun bagi la..ngat kn betul la hanya urusan airasia saja, tapi bila tiba dia kata pasal insurans plk saya rasa da terkena oleh insurans, nak stuju ke tak tetap gak dia akan potong sebb dah ada butir2 kad saya dengan dorg...cuma tak puas hati time saya nak pakai duit tu tengok duit da kena potong, rasa nak nangis pun ada, time perlu duit tu cepat betul dia potong duit, kata dalam sebulan ni tak sampai berapa hari da buat potongan..nak cancel pn tak bole sebb dokumen belum sampai lagi..tu pun kalau sampai.

Mengenai AirAsia BIG Loyalty programm free tu saya apply sndri tak pula ada minta no kad bank waktu buat..and masa daftar online pun berjaya tandanya dorang tak daftarkan kad tu lagi..dari apa yang dia minta butir2 peribadi saya tu ngatkan dah didaftarkan pada hari tu.

Tunggu je la dapat dokumen tu baru cancel, bukan tak percaya dengan insurans ni tapi nak bayar bulan2 tu rasanya saya tak mampu sebab saya pun belum ada kerja..rasa terbeban la pula..

azRozaFirdaush said...

tumpang tny..sbenarnya polisi n insurans AIA ni wujud ke tidakk....sy kurang jelas ttg hal nii...bole bantu sy...?

Unknown said...

sudah setahun AIA potong rm30.00 dari kredit card saya, adakah cara pembatalannya sama macam contoh yang diberi?

Unknown said...

saya da pun settle terminate kn aia takaful, juz anta surat nk berhenti insurans n br dpt surat y d0rg akan kreditkan semula duit ke dlm akaun sy dlm tmpoh terdekat,cume xtaw bile je..sy br je byr xsmpai 6 bln sb da x keje..myb uolls ley try anta surat terminate skali gn no polisi n name insurans y uoll amek..

Dőn Čhorleonê said...

baru saja dapat panggilan drpd wakil AIA tadi hahahaha sebenarnya dah tau dah taktik diorang ni so aku layankan sajalah dan kebetulan wakil AIA yang call tadi tu punyalah lembut suara best pulak dapat borak2 hahahaha sekali dia tanya no. IC, alamat rumah dgn nombor kad visa pulak terus aku kelentong mcm2 kata ic hilanglah tak ingatlah, bagi alamat palsu, no IC pun aku tipu hahahaha kesian akak tadi tu harap jgn lah dimaki aku sudah

Unknown said...

macam mn eh nak cancel?? saya pun rasa mcm ditipu. xdapat polisi nombor. memang xkan dapat ke

gulr_2013 said...

salam..aritu sy pon de trme cl...mamai bgn tdo trus ckp ok je...pstu dieorg srt..sy trlupe psl srt tu..ps 2 bln die cl.sy ckp nk cncel.die suh wt srt n faks kt dieorg..tlg sy ...cmner ni.....sy x reti nk wt srt tu.n slain faks n email..ape yg blh?

adorable~mummy real life story said...

salam boleh tak saya nk minta contoh surat jugak nk batalkan semua yg ado... mcm tertipu sgt... tolong yer ...amybff83@gmail.com terima kasih kerana membantu.

Unknown said...

Askum.. Sy nak mintak tolong .. Mcm mana sy nk batalkan polisi insurans sy.. Policy contract da dpt.. So mcm mne sy nk batalkn.. If buat pembatalan dkt bsn boleh ker.. Tolong sy please..

Unknown said...

Salam.boleh tak email kan contoh surt pembatalan insuran aia 2.nursyafee@yahoo.com. pas tu kne wat pe ye?

Unknown said...

salam..sy bru ja trima pnglan aia td,tp skrg sy mw cancel blik,mcm mana ek?sbb blum lg smpai polisi tu

huedza said...

Maaf lambat reply, bagi yang nak tanya tentang contoh surat polisi insuran tu, akak dah buat kat sini: http://mrsandrenoidx.blogspot.com/2012/06/contoh-surat-pembatalan-polisi-insuran.html

Hariz Jamal, TUnggu surat polisi insuran tu sampai, lepas tu pulangkan kembali ke alamat yang diberikan secepat yang mungkin (dalam masa 2 minggu lepas terima surat). Ini bermakna kita tidak bersetuju dengan polisi insuran yang dinyatakan dalam surat tersebut. Jadi pihak AIA tak potong duit dari akaun kita.

Unknown said...

AIA tipu?
kalau tipu kenapa ada refund semuanya kpd customer?
sy pernah masuk takaful prudential dia x pulangkan pun duit saya. Suami saya masuk insuran aoe ntah 3 tahun bayar tp bila nak stop depa bagi refund sikit je. AIA bagi full refund kira ok lah. Now sy nk masuklah AIA utk persediaan perubatan my family.

Ash-Burn said...

semua suda kena tipu

Ash-Burn said...

aia penipu... setiap sen yg aku bayar aku distribute kan kepada semua pekerja pekerja aia takaful, setiap sen duit yg korang ambil dari titik peluh saya akan saya haram kan dunia dan akhirat... insyallah.

Xulhilmi said...

pergi office die je ckp nak cancel policy kan senang tu..

Nia Bahri said...

Pergi je mana2 branch aia.. cakap nak cancel policy. Lagi mudah dah x banyak soalan. Dia akan trus buat. Saya dah buat. Cuma x pasti lg akan dpt full refund atau apa. Lupa nak tanya haritu. Surat acknowledgment pembatalan polisi akan terus dpt on the spot. Cuma tunggu utk official letter cancellation policy je sampai kt umah. N check akaun ada dpt refund atau x. Hopefully dpt la. Per month rm51 kalo da almost 3 tahun banyak jugak la kan... huhu

Nia Bahri said...

Pergi je mana2 branch aia.. cakap nak cancel policy. Lagi mudah dah x banyak soalan. Dia akan trus buat. Saya dah buat. Cuma x pasti lg akan dpt full refund atau apa. Lupa nak tanya haritu. Surat acknowledgment pembatalan polisi akan terus dpt on the spot. Cuma tunggu utk official letter cancellation policy je sampai kt umah. N check akaun ada dpt refund atau x. Hopefully dpt la. Per month rm51 kalo da almost 3 tahun banyak jugak la kan... huhu

Penduga Arus said...

pasal apa kata aia tipu bro..share skit

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
huedza said...

Sebenarnya AIA tak tipu, cuma agen yang buat panggilan telefon tu yang pandai berbelit-belit kata-kata yang menyebabkan kita seolah-olah berkata YA pada sesuatu yang masih meragukan. Terdapat beberapa cara untuk tutup polisi insurans dan salah satunya ada di atas. Semoga bermanfaat ya dan semoga semua duit yang ingin membatalkan polisi dapat full refund. InsyaAllah.

ASYRAF IZZAT said...

Saya bersimpati pada tuan2 dan puan2 yg mungkin telah menjadi mangsa kepada staff telemarketing yang tidak beretika.Posting article bertarikh 2012 sekarang dah 2016.Sudah terlalu lama dah.Tuan2 boleh buat perbandingan sendiri dengan servis tahun 2012 dan sekarang jauh berbeza sama sekali.Pergi saja mana2 hospital swasta cuba tanya Company mana yg paling susah urusan?Cuba tgk Annual limit sekarang tu berapa?Company mana yg bg limit tahunan tinggi?
Company mana yg ada bg ganjaran dengan mencarum?beli takaful boleh dpt diskaun air asia 50%?company mana yg bagi?So bg pembaca semua buatlah penilaian yg adil..agar tuan berpuas hati dgn company yg dipilih. saya asyraf 0137720410 AiA public takaful.

wanie vitashop said...

saya bercadang nak potong insurans kelompok aia...klbhn sbb murah..tp bila kita perlu utk nk gn x blh...asik nk siasat jer kerja...x lulus...baik nyimpn sndri..dah mmg duit kita..bila2 perlu blh gn..

wanie vitashop said...

blh x email srt pmbtln tu..x dpt klik link yg diberi...

wanie vitashop said...

blh x email srt pmbtln tu..x dpt klik link yg diberi...

wanie vitashop said...

saya bercadang nak potong insurans kelompok aia...klbhn sbb murah..tp bila kita perlu utk nk gn x blh...asik nk siasat jer kerja...x lulus...baik nyimpn sndri..dah mmg duit kita..bila2 perlu blh gn..

ibroheem said...

Ooo,pening gak orgtua cm pakcik ni nak batalkan insuran..

Unknown said...

sy dh x bminat dgn aia so cmne sy nk batal sb duit di bnk rkyat sntiasa ada n sy check duit dipotonng gak utk insurans...

Unknown said...

Dapat full refund ke lau kita cancel AIA insurans ni.. .

Anonymous said...

Saya batalkan dengan membuat panggilan dan oerator berkata wang akan dikembalikan

Ayiereshque said...

Aku dh bt pmbatalan insurans cancer aia bulan lps..dgn cara kol helpline dorg..nnt dorg suruh hntr guna email ja..lg senang..sblm tu bt surat dlu...n snap la...send guna email saja...skrg dorg x potong dh...cuma tggu refund sja...msa dorg calling dlu suruh ambik polisi ni dorg janji akan refund smula duit yg dh d potong..klu dorg x kmbalikn..mknany aia ni mmng penipu..n aku x halalkn duit tu klu dorg x bg blk.

Unknown said...

Btul ke

Unknown said...

hai...sy pon bru terima pnggilan 2 3 hari lepas..msa tu tgh mamai ntah ap dia ckp sy yakn saje...tp sy d record perbualan...sy xpnh2 spe2 call dri insuran..nie kli ptama mcm x thu ap2...sy igtkn dia cuma nk promot je...tp dlm acc sy ad deduction rm136...sdgkn policy blm smpai lg..mcm mne diorg bleh diduct sesuka hati sdgkn kte xde bgi pon num acc??....skrg sy dlm proses nk cancel insuran tu..encik dh dpt blik ke refund dri aia??

Unknown said...

Assalamualaikum, sy nk tny.. Sekiranya pembatalan dibuat, adakah kita akan dpt balik duit kita 100%? Then sy xpernah guna pun insurans aia ni.. Setiap bulan sy byr rm225 hampir dua tahun dah..

Boleh x sy nk contoh surat pembatalan aia.. Boleh email kpd sy fatimahakmal5528@gmail.com.

Unknown said...

saya kata tidak berminat langsung dengan aia.masa dorang call. sdgkn smua maklumat peribadi sy x bgi. skli hr ni check ,pb aia potong duit acc sy. dgn hairan ,sy x fhm bgmn mrk dpt acc sy. tpks la sy htr email buat pbtalan semua ni..

Unknown said...

Aku pn terkena.entah apa dia sembang tiba tiba potonga acc

Unknown said...

Aku pn myesal ni layan ajen talian...aku nak call repeat dia..tipu aku

Unknown said...

Sama dgn saya...so dpt ptong x dn refund balik duit tu

ciah said...

salam semua, ade tak spe2 yg dah sttle dgn Isu nak batal insurance AiA ni, boleh tak share dgn saya mcm mana nak batalkan insurance tu ???

Syamsul said...

@ Ciah. Saya dah batalkan insurans AIA. Saya pergi ke pejabat dia. Puan boleh cari alamat pejabat AIA terdekat dengan Google Maps.
Lepas buat surat utk tamatkan polisi insurans tu, dia akan cuba follow up sekali lagi melalui telefon. Tapi jangan dijawab. Block saja panggilan daripada nombor yg tak dikenali.
Jika anda gunakan Android, anda boleh block nombor. Tonton video ini utk pelajari cara block nombor:
https://youtu.be/sJ_F23MPKis

@ ASYRAF IZZAT. Memang sampai sekarang AIA Insurance buat telemarketing. Diorang partner dgn Public Bank, Citibank.
https://www.aia.com.my/en/what-matters/finance/buying-insurance-over-the-phone.html

Syamsul said...

Saya ada share cara2 nak batalkan AIA Insurance dlm blog saya. Lebih detail.
https://panggilandariinsurans.blogspot.com/2020/06/cara-batalkan-polisi-aia-insurans-cara.html

Unknown said...

Gerambjugak aku pon

Unknown said...

Macam mana sis? Boleh tolong saya?

Aiman said...

Samalah saya pun gaji dah lah 1100

Mizan358 said...

Cll masa baru lepas bangun tidow x ckp setuju apa pun xde tiba2 potong duit,nak batal kan pakai surat la bagai lepas tu suruh emel la apa la,

Mizan358 said...

MCM mana nak batal kan AIA ????

Unknown said...

Tak da refund pun lepas dh hantar surat pembatalan

Unknown said...

duit dia pulangkan semula atau tak

Post a Comment

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...