Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Friday, November 9, 2012

Cara-cara Menghilangkan Kesan Dakwat Pada Tangan

Dakwat merupakan salah satu kotoran yang agak sukar untuk dihilangkan sekelip masa. Kadang kala, sewaktu menulis atau memegang pen yang mempunyai mata pena berdakwat basah, jari atau tangan kita akan mudah terkena dakwat. Lebih memeningkan bagi mereka yang terlibat dalam membaiki printer. Kat sini, saya akan memberikan beberapa tips tentang cara-cara atau petua untuk menghilangkan dakwat khasnya pada tangan atau jari atau yang sewaktu dengannya.

1. Gunakan losyen baby atau apa-apa sahaja losyen badan dan sapukan ditempat yang terkena dakwat. Losyen mengandungi bahan yang mampu menghilangkan kotoran di tangan sekaligus menjadikan tangan terasa lembut dan selesa.

2. Selain itu, anda boleh menggunakan skrub lembut yang dicampur dengan peluntur untuk menanggalkan dakwat yang terkena tangan atau jari anda. 

3. Peluntur juga sangat berkesan untuk menanggalkan dakwat pada tangan. Letakkan sedikit peluntur pada tapak tangan dan gosok pada tempat yang terkena kotoran dakwat tersebut. Setelah kotoran ink hilang, cuci bersih dengan sabun agar bau peluntur hilang. Biasanya peluntur berkesan menanggalkan kotoran dakwat pada tangan dengan cepat.

4. Sekiranya anda tidak gemar dengan bau peluntur yang agak kuat melekat pada tangan, anda boleh cuba mencuci tangan atau jari anda dengan ubat gigi. Ubat gigi juga mampu menghilangkan kesan dakwat yang melekat pada jari atau tangan anda dengan mudah. 

5. Bagi yang tidak mempunyai skrub atau bahan peluntur, anda boleh menggunakan campuran gula dan sabun pencuci pinggan mangkuk untuk menghilangkan dakwat pada tangan. Gula bertindak sebagai alat penggosok yang berkesan menanggalkan kesan degil.

Mudah-mudahan dakwat yang terkena tangan atau jari anda akan mudah hilang dengan cepat menggunakan teknik-teknik yang dinyatakan di atas. Feel free to leave your comment here ;)

Wednesday, November 7, 2012

Cara-cara menidurkan bayi yang gelisah

Hi semua, terutamanya ibu bapa yang gelisah dan ingin tahu macam mana caranya nak tidurkan bayi yang gelisah nak tidur. Gelisah yang saya maksudkan ialah bayi anda memang dah mengantuk dan mata dah pun tertutup, tapi masih lagi aktif bergerak dengan berguling ke kiri kanan dan macam2 telatah. Di sini, saya akan postkan beberapa cara untuk menenangkan bayi yang gelisah.

1. Bagi ibu yang menyusu badan, mungkin bayi anda agak mudah untuk terlelap kerana susu ibu menenangkan dan mententeramkan bayi. Tapi, kadang-kadang bayi masih juga bergerak aktif. Salah satu cara untuk menenangkan bayi dengan mudah ialah dengan mengurut seluruh badan bayi tersebut. Tidak perlu anda membuka baju dan menyapu minyak bayi pada badan bayi anda, cukup sekadar mengurutnya perlahan-lahan dari tapak kaki hingga ke bahu. Kadang kala, kita tidak menyedari bahawa bayi pun turut berasa lenguh dan mungkin kurang selesa dengan badannya terutamanya setelah melalui perjalanan yang jauh dan terpaksa didukung sepanjang masa.

2. Menyanyi ,berzikir atau melakukan sesuatu yang biasa dilakukan untuk bayi anda ketika hendak tidur. Sekiranya anda biasa menyanyi lagu twinkle-twinkle little stars , anda boleh menyanyikan lagu tersebut berulang kali dengan nada yang rendah dan perlahan agar bayi anda terbuai dan fokus kepada nyanyian anda. InsyaAllah, bayi anda akan mudah tidur.

3. Sekiranya dalam bilik anda panas, basahkan kepala dan badan anak anda dengan air. Sekiranya perlu, biarkan anak anda tidak memakai baju  untuk seketika. Suhu yang terlalu panas juga kemungkinan menyebabkan anak anda sukar untuk tidur dan gelisah.

4. Sapukan minyak angin di tapak kaki dan perut bayi untuk menenangkannya. Bak kata orang tua, bayi yang kuat menggengam tangannya sendiri kadang-kadang menunjukkan bahawa bayi tersebut mengalami ketidakselesaan di perutnya. Oleh itu, sapu dan urutlah perut anak anda dengan perlahan. Sekiranya anak anda merengek tiba-tiba pada waktu malam tetapi masih menutup matanya, eloklah anda urut dan sapukan minyak di perut dan tapak kaki serta belakang betisnya. Biasanya bayi akan kembali tidur selepas diurut dengan perlahan.

Mudah-mudahan entri yang saya postkan di atas akan sedikit sebanyak membantu anda menidurkan bayi dengan lebih mudah. :)
Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...