Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Monday, August 4, 2014

Kad Debit dipotong tanpa Menggunakannya

Adakah anda pernah mengalami masalah dengan kad bank anda? Pernahkah anda menerima SMS dari pihak bank anda mengatakan bahawa kad debit anda telah digunakan untuk membayar kepada syarikat yang anda tidak kenali? malah pada hari tersebut anda juga tidak pernah menggunakan kad debit, tetapi menerima mesej tersebut??

Sekiranya ya, maka anda patut mengambil langkah yang segera agar akaun anda selamat dan anda tidak kerugian. Tahukah anda bahawa kad debit anda dapat digunakan dan diakses oleh orang lain dengan mudah? Seperti yang berlaku kepada saya sendiri tiga minggu yang lalu, dimana saya menerima SMS mengatakan bahawa saya telah menggunakan sejumlah RM7++.00 melalui pemotongan kad debit CIMB kepada syarikat ONE PROVIDER pada hari tersebut. Masalahnya, saya tidak menggunakan kad debit pada hari itu, malahan tak keluar rumah pun. Macamana kad debit saya boleh kena potong? and dalam jumlah yang banyak!!

Ok, cara penyelesaian yang terbaik adalah:
1. Call customer services CIMB secepat yang mungkin: ada no tertera kat belakang kad tu kan? Anda diminta untuk terus menghubungi pihak bank supaya duit yang dipotong tadi tidak boleh ditunaikan. Nasib baik pegawai bank tu cakap kad debit jumlah RM7++ tu masih floating, maksudnya tidak ditunaikan lagi. Jadi mereka tak boleh ambil duit kita. Sebab tu kita kena call customer services as soon as possible bila tau benda macam ni berlaku.
-pastu, tekan butang " untuk bercakap dengan khidmat pelanggan kami, sila tekan "", anda tekan lah and tunggu customer services jawab. Pastu pegawai tadi akan kenal pasti anda adalah pemilik kad debit tersebut dan akan memberi anda pilihan samada:
- sekat kad bank anda terus ( Pegawai CIMB akan tolong bekukan akaun anda, jadi anda takleh nak withdraw, check akaun, cimb clicks pun akan disekat jugak!)
- terus ke bank berkenaan (bank CIMB) untuk membuat pemotongan perkhidmatan kad debit. Ada borang permohonan pembatalan kad debit di kaunter dan anda perlu isi. Akaun bank anda masih boleh digunakan tetapi anda tak boleh guna kad debit. Untuk guna kad debit, kena buat kad baru, hanya bayar RM12 sahaja. Itupun auto deduct dari akaun bank anda. Sekiranya dah selesai, anda akan diberi kad debit CIMB yang baru tetapi no akaun masih sama. Anda kenalah aktifkan kembali cimbclicks secara manual:

1. G tukar no pin kad bank
2. Pastu keluar.
3. Masukkan balik kad bank
4. Pergi ke lain-lain
5. Tekan CIMBCLICKS
6. Daftar no. telefon anda
7. Selesai

Dah selesai di ATM, g bukak online banking: www.cimbclicks.com.my dan g ke online registration. Pastu, masukkan semua maklumat yang perlu. pastikan no telefon yang anda isi semasa di atm mesin adalah aktif kerana mesej akan dihantar ke no telefon tersebut untuk sebarang transaksi online kelak. 

Memandangkan saya terima SMS ni tengah malam, jadi malam tersebut jugak saya suruh bank beku akaun CIMB supaya status floating dekat debit kad saya tak tertunai.. ada yang beranggapan benda ni memang biasa, ye lah, kalau setakat RM2 - RM5 boleh lagi lah bersabar.. tapi kalau dah sampai beratus, tak ke free2 je diorang dapat.. harap artikel ni dapat membantu mereka yang mengalami situasi seperti saya. 


1 comments:

Shamsulizuan Salam said...

assalam.
duit tu dapat balik tak? tak buat report polis? dan adukan ke bank negara?

Post a Comment

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...