Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Sunday, December 4, 2011

Buah Betik Untuk Ibu Mengandung?

Hi, hari ni saya akan berkongsi dengan anda tentang sejenis buah yang sedap dan digemari ramai iaitu buah betik. Buah betik atau dalam bahasa Englishnya ialah papaya merupakan sejenis buah yang kaya dengan vitamin A, Vitamin C, Kalium, riboflavin, kalsium, tiamin dan zat besi. Namun, adakah buah betik sesuai atau baik untuk ibu yang hamil?

Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat kesan makanan kepada wanita mengandung, tidak terkecuali buah betik. Kajian menunjukkan bahawa buah betik yang mentah atau belum cukup matang mengandungi konsentrasi latex atau getah yang tinggi manakala buah betik yang sudah matang dan masak mengandungi hampir sifar latex.

Komponen utama getah atau latex betik ialah papain dan chymopapain yang mengandungi teratogenic ( perkembangan psikologi yang tidak normal) dan kesan abortifacient (penyebab keguguran). Ia menyebabkan peluang berlakunya kontraksi pada rahim di mana papain bertindak sebagai prostaglandin dan oxytocin. Kedua-dua komponen ini digunakan oleh ibu dalam proses melahirkan anaknya dan sekaligus memberi kesan negatif kepada ibu mengandung dan anak dalam kandungan. Latex dari buah betik juga penyebab oedema dan haemorrhagic placentas (plasenta berdarah). Ini akan menyebabkan berlakunya kelahiran pra-matang.

Walau bagaimanapun, betik yang sudah cukup masak kaya dengan vitamin dan nutrisi yang diperlukan ibu mengandung terutamanya dalam melancarkan proses penghadaman. Vitamin C dan Vitamin E dalam buah betik memberikan sumber serat dan asid folic yang baik untuk ibu mengandung. Oleh itu, ibu mengandung digalakkan mengambil buah betik sebagai sumber serat tetapi dalam kuantiti yang sederhana.

3 comments:

Azkiah said...

saya minta izin share ini ya ............

yani ismail said...

ramai yg confuse antara betik yg masak dgn betik muda. tpi klu time pregnant, betik muda sedap buat colek....kihkihkih..

huedza said...

Sesiapa yang nak share, saya izinkan. Mudah-mudahan ilmu dan info berkenaan betik dapat di sebarkan dan bermanfaat kepada pembacanya. Pilih betik yang sudah masak sekiranya anda mengandung dan pengambilan betik muda yang berlebihan adalah berisiko untuk keguguran.

Post a Comment

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...