Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Sunday, November 13, 2022

SELAMAT KE MINUM NESCAFE SEMASA MENGANDUNG?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang dikasihi sekalian. Hari ni Nurul nak share tentang persoalan samada minum Nescafe selamat atau tidak selamat semasa mengandung? Ye lah, memandangkan Nurul sendiri pun hantu kopi dan nescafe, semestinya persoalan ini menjadi main concern samada boleh teruskan minum atau tidak semasa hamil. Malah pakar juga tidak menyarankan untuk minum sebarang minuman yang mengandungi kafein semasa hamil! 




Agak menyedihkan bila tau mengandung, tapi tak dapat nak minum minuman kesukaan peminat tegar kopi seperti saya. Doktor telah menegaskan bahawa pengambilan kafein yang berlebihan mampu memberi kesan kepada kandungan dalam rahim dan menimbulkan beberapa komplikasi lain seperti:

1. Berisiko untuk keguguran

2. Kandungan bayi akan menjadi rendah

3. Bayi lahir pramatang

Sekiranya anda mengandung, hadkan kopi berkafein kepada 200mg sehari iaitu anggaran 1 1/2 8 auns gelas kopi atau untuk segelas kopi bersaiz 12 auns. 

Bagaimana pula untuk kopi tanpa kafein (decaff)?



Minum kopi decaf semestinya selamat untuk ibu mengandungkan? Secara harfiahnya, ya! Tapi, walaupun kopi tersebut dilabel sebagai tanpa kafein, hakikatnya kafein dalam kopi tersebut masih ada dalam jumlah peratusan yang rendah. Namun, untuk pengambilan secara sedikit adalah selamat kerana kandungan kafein dalam decaf jauh lebih rendah berbanding kopi biasa. Boleh try Nescafe decaf atau kopi decaf yang dijual di luar tetapi dengan kadar yang sederhana ya. 




Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...