Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Sunday, November 13, 2022

SELAMAT KE MINUM NESCAFE SEMASA MENGANDUNG?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang dikasihi sekalian. Hari ni Nurul nak share tentang persoalan samada minum Nescafe selamat atau tidak selamat semasa mengandung? Ye lah, memandangkan Nurul sendiri pun hantu kopi dan nescafe, semestinya persoalan ini menjadi main concern samada boleh teruskan minum atau tidak semasa hamil. Malah pakar juga tidak menyarankan untuk minum sebarang minuman yang mengandungi kafein semasa hamil! 




Agak menyedihkan bila tau mengandung, tapi tak dapat nak minum minuman kesukaan peminat tegar kopi seperti saya. Doktor telah menegaskan bahawa pengambilan kafein yang berlebihan mampu memberi kesan kepada kandungan dalam rahim dan menimbulkan beberapa komplikasi lain seperti:

1. Berisiko untuk keguguran

2. Kandungan bayi akan menjadi rendah

3. Bayi lahir pramatang

Sekiranya anda mengandung, hadkan kopi berkafein kepada 200mg sehari iaitu anggaran 1 1/2 8 auns gelas kopi atau untuk segelas kopi bersaiz 12 auns. 

Bagaimana pula untuk kopi tanpa kafein (decaff)?



Minum kopi decaf semestinya selamat untuk ibu mengandungkan? Secara harfiahnya, ya! Tapi, walaupun kopi tersebut dilabel sebagai tanpa kafein, hakikatnya kafein dalam kopi tersebut masih ada dalam jumlah peratusan yang rendah. Namun, untuk pengambilan secara sedikit adalah selamat kerana kandungan kafein dalam decaf jauh lebih rendah berbanding kopi biasa. Boleh try Nescafe decaf atau kopi decaf yang dijual di luar tetapi dengan kadar yang sederhana ya. 




Tuesday, October 25, 2022

3 Sebab China Tidak Memilih Whatsapps!

Seperti yang kita ketahui, negara yang dikenali sebagai pemegang ekonomi dunia kini iaitu China mulai mengurangkan penggunaan aplikasi Whatsapps sebagai media untuk berhubung dan bersosial di negara tersebut. Kebanyakan penduduk negara China menggunakan medium aplikasi WeChat sebagai media utama untuk bersosial. 

Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah:






1# Isu Keselamatan Negara

Aplikasi WeChat mendedahkan semua data kepada Perkhidmatan Keselamatan Awam kerajaan China. Dengan menyekat penggunaan aplikasi Whatsapps, kerajaan China dapat mengurangkan komunikasi secara langsung denga pihak barat atau warganegara China dengan rakan dari negara barat, dan dengan pihak yang tidak bersependapat dengan kerajaan China.


2# Sistem Pemerintahan Baru 

Di bawah pemerintahan kerajaan Xi yang terkini telah menggalakkan warganegara China untuk menggunakan aplikasi yang dikeluarkan dari negara China itu sendiri berbanding aplikasi dari negara luar. Aplikasi keluaran China lebih diutamakan berbanding aplikasi yang dikeluarkan dari negara barat. 


3# Parti Kongres yang ke 19 yang akan berlangsung pada bulan Oktober adalah waktu yang sangat sensitif. Rakyat pembangkang seperti Miles Kuok (Guo Wengui) menggunakan Whatsapps dan Twitter sebagai penghubung dan medium untuk bersosial. Ini menyebabkan Kerajaan China ingin menyekat akses dari pihak mereka untuk menyebarkan khabar angin dan berita yang sangat ditentang oleh kerajaan China. 

Apapun, bersyukur kerana di Malaysia masih diberi peluang untuk bersuara dan menggunakan medium Whatsapps tanpa campur tangan kerajaan. Ini sepatutnya dikekalkan dan data peribadi rakyat haruslah tidak diganggu dan digunakan sewenangnya oleh pihak luar terutamanya kerajaan dan pihak yang berkepentingan. Malaysia Aman!


Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...