Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Friday, November 7, 2014

AWAS! CAS DEBIT KAD RM16.99, RM33.99, RM67.99!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni, saya nak dedahkan satu sindiket penipuan yang melibatkan kad debit untuk mana-mana akaun bank yang telah terjadi kepada saya baru-baru ini. Sindiket ini dikenali sebagai Google supercell dimana mereka telah membuat pemotongan dari akaun debit kita tanpa kita sedari. Semasa mula-mula mendapat mesej SMS dari maybank berkenaan pemotongan dari supercell iaitu sebanyak RM16.99, memang buat tak endah je. Yelah, ingatkan pemotongan dari web yang kita buat iklan. Lepas tu, in the same day, masuk pulak mesej mengatakan pemotongan RM33.99 dari google supercell. Aik?? Apa benda Google Supercell ni? Selidik punya selidik, rupanya ramai dah terkena. Pemotongan dari Debit akaun pulak, dari ketiga-tiga akaun debit saya! CIMB, MAYBANK and PUBLIC BANK. Yang tak puas hati tu, Public Bank saya tak pernah buat pembelian online. Maybank kad pulak dah kena charge ngan Google Supercell ni sejak bulan Ogos lagi dan ini menjadikan keseluruhan pemotongan duit dari akaun Maybank sahaja melibatkan RM8++.00!! Ini sesuatu yang sungguh mencurigakan.
 

Memandangkan saya berniaga sendiri, jadi akaun bank ni sangat penting dan duit masuk keluar tu memang sangat aktiflah. Ini menyebabkan saya membuat keputusan untuk memotong kesemua kad bank yang terlibat. Kebetulan waktu menyedari saat kena hacked by Google Supercell ni, Malaysia tengah public holiday, jadi dua kad bank je lah dapat potong. Satu lagi untuk buat pengeluaran melalui online bankin. 

Nak cerita satu lagi keajaiban berlaku, apabila tak sampai 5 minit lepas pindahkan wang dari online bankin akaun A (Akaun Semasa takde Debit) nak masuk ke akaun B (Akaun kena hacked), tiba-tiba dapat SMS mengatakan wang telah dipotong sebanyak RM16.99! Asal ada duit lebih dari RM20 dalam akaun, cepat je Google Supercell ni nak potong ye. Oleh itu, terpaksa membuat pemindahan wang depan bank sebelum diorang perasan duit dalam tu ada. Huhu.

Kesimpulannya, untuk mengelak dari berlaku perkara begini berlaku lagi, saya pun apply KWIX CARD dari CIMB Bank dimana kita kena topup kad debit KWIX ni tadi untuk setiap pembelian online or offline. yang bestnye KWIX CARD tak potong direct dari akaun simpanan CIMB kita, tapi kita kena topup dulu duit dalam kad ni. Maybank ada yang provide camni, tapi tak meluas lagi. Yang lain, saya tak sure. Sekiranya anda tertanya, macamana diorang boleh potong akaun kita tanpa perlu isi MSOS atau TAC no kan? Sebab pihak Google SUPERCELL telah membuat pemotongan dari akaun kita BARU BAGI SMS!. Ini menjadikan saya terfikir, bagaimana status sebenar sistem keselamatan BANK di negara ni??  
Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...