Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Loading...

Wednesday, December 14, 2011

Petua Menangani Batuk Untuk Ibu Hamil

Masalah batuk bukanlah suatu isu yang serius, tetapi lebih kepada rasa kurang selesa kepada pengidapnya. Bagi ibu yang mengalami masalah batuk ketika hamil, banyak perkara perlu dipertimbangkan. Berlainan dari waktu biasa, sewaktu mengandung, ibu hendaklah menitikberatkan langkah yang perlu diambil bagi menangani masalah batuk. Terdapat beberapa cara dan petua menangani batuk atau sakit tekak yang ingin saya kongsikan bersama memandangkan saya sendiri turut menghadapi masalah batuk ketika kandungan mencecah 6 bulan.

Minum air dengan kerap: Ibu mengandung disarankan untuk minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi memastikan badan tidak hilang air atau dehydration. Air juga bertindak menggantikan cecair yang hilang ketika batuk. Makan sup ayam atau minum teh suam juga dikatakan mampu mengurangkan rasa batuk.

Jus Oren dan Madu:  Segelas air oren dicampur dengan 2 sudu madu mampu mengurangkan rasa batuk yang dialami oleh ibu mengandung. Sifat madu itu sendiri mampu mengurangkan rasa sakit tekak dan air oren pula kaya dengan vitamin C bagi meningkatkan sistem imun badan. Jus dari buah oren sebenar juga boleh digunakan dengan memerah jus dari buahnya dan dicampur dengan madu. Lakukan sebanyak 2 - 3 kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih memuaskan.

Air Saline: Air saline atau air garam juga mampu mengurangkan rasa sakit tekak atau batuk yang dialami oleh ibu-ibu mengandung. Sediakan segelas air suam dan satu sudu makan garam dan kacau sehingga sebati. Gunakan air campuran garam tadi untuk berkumur dan lakukan sebelum tidur malam. InsyaAllah, rasa gatal pada tekak akan berkurangan dan akan membantu anda mendapat tidur yang mencukupi.

Rehat yang mencukupi: Pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi agar tubuh badan menjadi lebih selesa dan segar, sekaligus mengurangkan rasa batuk yang dialami. Letakkan dua bantal pada kepala anda ketika tidur supaya anda dapat bernafas dengan lebih baik.

Selamat mencuba ye..

0 comments:

Post a Comment

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...