Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Friday, December 30, 2011

OSBON juara Maharaja Lawak Mega 2011

Tahniah buat kumpulan OSBON kerana berjaya menjadi juara Maharaja Lawak Mega 2011.



PROFIL PELAWAK
  • Mr. Os
  • Mohd Yusof Bin Abdul Hamid
  • Perak
  • 50 tahun
  • Pingat Pekerti Terpilih (PPT) oleh DYMM Paduka Sri Sultan Perak Darul Ridzwan, FFM – Pelakon Komedi Terbaik (Ghazal Untuk Rabiah)
  • Pelakon & Penghibur

PROFIL PELAWAK
  • Abon
  • Sharizan Bin Ahmad
  • Melaka
  • 51 tahun
  • Penganugerahan Bintang Cemerlang Melaka (BCM) daripada Yang Dipertua Negeri Melaka pada tahun 2006
  • Pelakon & Penghibur

Live Streaming Maharaja Lawak Mega Final

Nak tengok live streaming maharaja lawak mega final sekarang? Jom tengok kat link sini:

TV Online Via FB

Korang just perlu like page ni and tengok secara live. click Astro Arena dan tunggu video tersebut live. Kena bersabar dan pastikan line internet kena laju k.



Selain tu, korang boleh tengok live streaming Maharaja Lawak Mega Final kat sini:

Astro Warna Live TV



Wednesday, December 14, 2011

Petua Menangani Batuk Untuk Ibu Hamil

Masalah batuk bukanlah suatu isu yang serius, tetapi lebih kepada rasa kurang selesa kepada pengidapnya. Bagi ibu yang mengalami masalah batuk ketika hamil, banyak perkara perlu dipertimbangkan. Berlainan dari waktu biasa, sewaktu mengandung, ibu hendaklah menitikberatkan langkah yang perlu diambil bagi menangani masalah batuk. Terdapat beberapa cara dan petua menangani batuk atau sakit tekak yang ingin saya kongsikan bersama memandangkan saya sendiri turut menghadapi masalah batuk ketika kandungan mencecah 6 bulan.

Minum air dengan kerap: Ibu mengandung disarankan untuk minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi memastikan badan tidak hilang air atau dehydration. Air juga bertindak menggantikan cecair yang hilang ketika batuk. Makan sup ayam atau minum teh suam juga dikatakan mampu mengurangkan rasa batuk.

Jus Oren dan Madu:  Segelas air oren dicampur dengan 2 sudu madu mampu mengurangkan rasa batuk yang dialami oleh ibu mengandung. Sifat madu itu sendiri mampu mengurangkan rasa sakit tekak dan air oren pula kaya dengan vitamin C bagi meningkatkan sistem imun badan. Jus dari buah oren sebenar juga boleh digunakan dengan memerah jus dari buahnya dan dicampur dengan madu. Lakukan sebanyak 2 - 3 kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih memuaskan.

Air Saline: Air saline atau air garam juga mampu mengurangkan rasa sakit tekak atau batuk yang dialami oleh ibu-ibu mengandung. Sediakan segelas air suam dan satu sudu makan garam dan kacau sehingga sebati. Gunakan air campuran garam tadi untuk berkumur dan lakukan sebelum tidur malam. InsyaAllah, rasa gatal pada tekak akan berkurangan dan akan membantu anda mendapat tidur yang mencukupi.

Rehat yang mencukupi: Pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi agar tubuh badan menjadi lebih selesa dan segar, sekaligus mengurangkan rasa batuk yang dialami. Letakkan dua bantal pada kepala anda ketika tidur supaya anda dapat bernafas dengan lebih baik.

Selamat mencuba ye..

Sunday, December 4, 2011

Buah Betik Untuk Ibu Mengandung?

Hi, hari ni saya akan berkongsi dengan anda tentang sejenis buah yang sedap dan digemari ramai iaitu buah betik. Buah betik atau dalam bahasa Englishnya ialah papaya merupakan sejenis buah yang kaya dengan vitamin A, Vitamin C, Kalium, riboflavin, kalsium, tiamin dan zat besi. Namun, adakah buah betik sesuai atau baik untuk ibu yang hamil?

Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat kesan makanan kepada wanita mengandung, tidak terkecuali buah betik. Kajian menunjukkan bahawa buah betik yang mentah atau belum cukup matang mengandungi konsentrasi latex atau getah yang tinggi manakala buah betik yang sudah matang dan masak mengandungi hampir sifar latex.

Komponen utama getah atau latex betik ialah papain dan chymopapain yang mengandungi teratogenic ( perkembangan psikologi yang tidak normal) dan kesan abortifacient (penyebab keguguran). Ia menyebabkan peluang berlakunya kontraksi pada rahim di mana papain bertindak sebagai prostaglandin dan oxytocin. Kedua-dua komponen ini digunakan oleh ibu dalam proses melahirkan anaknya dan sekaligus memberi kesan negatif kepada ibu mengandung dan anak dalam kandungan. Latex dari buah betik juga penyebab oedema dan haemorrhagic placentas (plasenta berdarah). Ini akan menyebabkan berlakunya kelahiran pra-matang.

Walau bagaimanapun, betik yang sudah cukup masak kaya dengan vitamin dan nutrisi yang diperlukan ibu mengandung terutamanya dalam melancarkan proses penghadaman. Vitamin C dan Vitamin E dalam buah betik memberikan sumber serat dan asid folic yang baik untuk ibu mengandung. Oleh itu, ibu mengandung digalakkan mengambil buah betik sebagai sumber serat tetapi dalam kuantiti yang sederhana.

Saturday, December 3, 2011

Cara-Cara Mudah Memasak Sup Ikan Merah (Resepi)

Hi, entri saya kali ni pasal resepi pulak. Memandangkan resepi yang saya jumpa ni mudah dan ringkas, jadi saya nak berkongsi dengan anda semua. Resepi yang saya jumpa dalam melalui google search ni memang mudah dan saya sendiri pun telah mencuba. Mudah tapi sedap.

Bahan-bahan :
3- 4 kelar ikan merah (jenahak pun boleh)
4 ulas bawang merah ( hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (mayang)
rempah sup
rempah tumis ( bunga lawang, kayu manis, pelaga dan cengkih)
lobak merah
daun sup
kentang
air 2 mangkuk
garam secukup rasa

Cara penyediaan:
Cuci bersih ikan dengan air asam supaya ikan tak berbau hanyir.
Panaskan minyak dan tumis rempah tumis.
Kemudian, tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dah dihiris tadi. Lepas dah naik bau, tumis pula halia.
Masukkan air, rempah sup dan kentang. Biarkan kentang lembut.
Setelah kentang agak lembut, masukkan ikan merah tadi. Biarkan sebentar.
Kemudian masukkan daun sup dan lobak yang dihiris.

Mudahkan?. Selamat mencuba ye kawan-kawan :D

10 Cara Mudah Untuk Berhenti Merokok

Slogan "Merokok Boleh Membunuh!" dan pelbagai kempen kesedaran tentang bahaya merokok sering diwar-warkan dalam media massa bagi memberitahu orang ramai bahawa tabiat merokok adalah merbahaya dan mampu membawa maut. Namun, berhenti merokok tidak semudah yang disangka dan ia memerlukan komitmen yang tinggi untuk seseorang individu tersebut benar-benar berhenti merokok sepenuhnya. Oleh itu, saya akan berkongsi dengan anda beberapa tips atau petua mudah untuk berhenti merokok. Petua-petua ini telah dicadangkan oleh Kevin Scott Ferentz, M. D. yang merupakan profesor Perubatan Keluarga dan Komuniti di University of Maryland School of Medicine.

1. Tuliskan Alasan : Tuliskan pada sekeping kertas index berukuran 3" x 5" alasan anda untuk berhenti agar anda boleh merujuk kertas tersebut apabila perasaan ingin merokok kembali.

2. Ketahui sebab-sebab ingin berhenti : Tuliskan sebuah jurnal untuk mengetahui sebab-sebab anda ingin berhenti dan perasaan anda tentang tabiat tersebut. Dalam jurnal tersebut, anda boleh masukkan tentang dimanakah anda selalu merokok, dengan siapa, dan pada waktu bilakah paling kuat perasaan ingin merokok tersebut datang. Rujuk kembali jurnal yang telah anda tulis selepas beberapa hari untuk mengetahui sebab-sebab tabiat merokok tersebut berlaku.

3. Ubah Perlakuan Anda : Pada jurnal yang telah anda lihat, nilaikan dan tuliskan sebab-sebab anda merokok. Kemudian, simpulkan dan buat dua bahagian tentang sebab-sebab merokok tadi dan cara anda menangani perasaan untuk merokok tersebut. 

4. Kurangkan kesukaan terhadap Rokok : Salah satu cara mudah untuk mengurangkan rasa terhadap rokok adalah dengan menukar jenama atau jenis rokok yang dihisap. Biasanya, perokok mempunyai minat terhadap jenama atau jenis tertentu yang ada pada rokok. Oleh itu, beralihlah kepada jenama lain yang mempunyai penapis yang lebih kuat, atau bertukar kepada nikotin yang lebih rendah. Ini akan membantu mengurangkan keinginan anda untuk terus merokok. 

5. Sebarkan berita : Beritahu dan sebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan anda bahawa anda benar-benar ingin berhenti merokok dan memerlukan sokongan mereka bagi menjayakan misi tersebut. Sokongan mereka akan membantu anda berhenti merokok dengan lebih mudah dan cepat.

6. Buangkan semua benda berkaitan rokok : Anda juga boleh membuang benda-benda yang berkaitan dengan rokok, misalnya rokok, bekas menyimpan rokok, mancis, bekas abu rokok dan sebagainya. Walaupun agak payah pada mulanya, namun ini merupakan langkah penting bagi memastikan bahawa anda benar-benar ingin berhenti dari terus merokok.

7. Tetapkan tarikh berhenti merokok : Anda yang menentukan bilakah anda ingin berhenti merokok. Misalnya, selepas sambutan Tahun Baru atau selepas menyambut Hari Raya, anda akan berhenti merokok. Tuliskan tarikh tersebut dan jayakannya. Disiplinkan diri untuk berhenti pada tarikh tersebut.

8. Beri Ganjaran terhadap usaha anda : Bagi menghargai usaha yang telah anda lakukan untuk menghentikan tabiat merokok tersebut, anda boleh memberi ganjaran kepada diri anda sendiri seperti keluar bermain bowling dengan rakan. Selepas dua minggu tidak merokok, anda membawa ahli keluarga pergi bercuti dan sebagainya. Reward yourself cause you worth it!

9. Sekiranya terlanjur merokok, jangan panik : Walaupun anda terlanjur merokok tanpa disedari, jangan panik dan merasakan bahawa anda telah membuat sesuatu yang salah dan anda telah gagal. Cuba lihat kembali sebab-sebab anda berhenti merokok dan usaha yang telah anda lakukan untuk berhenti. Kejayaan berhenti merokok adalah lebih dari apa yang telah berlaku. Jadi, jangan berputus asa. Beritahu diri sendiri, bahawa anda mampu berhenti dan tidak gagal.


10. Jumpa Pakar : Sekiranya anda masih tidak dapat berhenti, cuba gunakan alat bantuan seperti nicotine gum atau nicotine patch seperti niquitin yang banyak dijual di farmasi dan kedai-kedai runcit. Jika masih tidak dapat berhenti, jumpalah doktor atau mereka yang pakar dalam bidang ini. Anda juga mungkin boleh mengikuti kumpulan-kumpulan yang ingin berhenti merokok seperti anda juga. Jadi, teruskan usaha untuk berhenti merokok dan anda bukan orang yang gagal selagi tidak mencuba. 
Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...