Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Wednesday, November 7, 2012

Cara-cara menidurkan bayi yang gelisah

Hi semua, terutamanya ibu bapa yang gelisah dan ingin tahu macam mana caranya nak tidurkan bayi yang gelisah nak tidur. Gelisah yang saya maksudkan ialah bayi anda memang dah mengantuk dan mata dah pun tertutup, tapi masih lagi aktif bergerak dengan berguling ke kiri kanan dan macam2 telatah. Di sini, saya akan postkan beberapa cara untuk menenangkan bayi yang gelisah.

1. Bagi ibu yang menyusu badan, mungkin bayi anda agak mudah untuk terlelap kerana susu ibu menenangkan dan mententeramkan bayi. Tapi, kadang-kadang bayi masih juga bergerak aktif. Salah satu cara untuk menenangkan bayi dengan mudah ialah dengan mengurut seluruh badan bayi tersebut. Tidak perlu anda membuka baju dan menyapu minyak bayi pada badan bayi anda, cukup sekadar mengurutnya perlahan-lahan dari tapak kaki hingga ke bahu. Kadang kala, kita tidak menyedari bahawa bayi pun turut berasa lenguh dan mungkin kurang selesa dengan badannya terutamanya setelah melalui perjalanan yang jauh dan terpaksa didukung sepanjang masa.

2. Menyanyi ,berzikir atau melakukan sesuatu yang biasa dilakukan untuk bayi anda ketika hendak tidur. Sekiranya anda biasa menyanyi lagu twinkle-twinkle little stars , anda boleh menyanyikan lagu tersebut berulang kali dengan nada yang rendah dan perlahan agar bayi anda terbuai dan fokus kepada nyanyian anda. InsyaAllah, bayi anda akan mudah tidur.

3. Sekiranya dalam bilik anda panas, basahkan kepala dan badan anak anda dengan air. Sekiranya perlu, biarkan anak anda tidak memakai baju  untuk seketika. Suhu yang terlalu panas juga kemungkinan menyebabkan anak anda sukar untuk tidur dan gelisah.

4. Sapukan minyak angin di tapak kaki dan perut bayi untuk menenangkannya. Bak kata orang tua, bayi yang kuat menggengam tangannya sendiri kadang-kadang menunjukkan bahawa bayi tersebut mengalami ketidakselesaan di perutnya. Oleh itu, sapu dan urutlah perut anak anda dengan perlahan. Sekiranya anak anda merengek tiba-tiba pada waktu malam tetapi masih menutup matanya, eloklah anda urut dan sapukan minyak di perut dan tapak kaki serta belakang betisnya. Biasanya bayi akan kembali tidur selepas diurut dengan perlahan.

Mudah-mudahan entri yang saya postkan di atas akan sedikit sebanyak membantu anda menidurkan bayi dengan lebih mudah. :)

0 comments:

Post a Comment

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...