Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Showing posts with label cara-cara. Show all posts
Showing posts with label cara-cara. Show all posts

Friday, November 9, 2012

Cara-cara Menghilangkan Kesan Dakwat Pada Tangan

Dakwat merupakan salah satu kotoran yang agak sukar untuk dihilangkan sekelip masa. Kadang kala, sewaktu menulis atau memegang pen yang mempunyai mata pena berdakwat basah, jari atau tangan kita akan mudah terkena dakwat. Lebih memeningkan bagi mereka yang terlibat dalam membaiki printer. Kat sini, saya akan memberikan beberapa tips tentang cara-cara atau petua untuk menghilangkan dakwat khasnya pada tangan atau jari atau yang sewaktu dengannya.

1. Gunakan losyen baby atau apa-apa sahaja losyen badan dan sapukan ditempat yang terkena dakwat. Losyen mengandungi bahan yang mampu menghilangkan kotoran di tangan sekaligus menjadikan tangan terasa lembut dan selesa.

2. Selain itu, anda boleh menggunakan skrub lembut yang dicampur dengan peluntur untuk menanggalkan dakwat yang terkena tangan atau jari anda. 

3. Peluntur juga sangat berkesan untuk menanggalkan dakwat pada tangan. Letakkan sedikit peluntur pada tapak tangan dan gosok pada tempat yang terkena kotoran dakwat tersebut. Setelah kotoran ink hilang, cuci bersih dengan sabun agar bau peluntur hilang. Biasanya peluntur berkesan menanggalkan kotoran dakwat pada tangan dengan cepat.

4. Sekiranya anda tidak gemar dengan bau peluntur yang agak kuat melekat pada tangan, anda boleh cuba mencuci tangan atau jari anda dengan ubat gigi. Ubat gigi juga mampu menghilangkan kesan dakwat yang melekat pada jari atau tangan anda dengan mudah. 

5. Bagi yang tidak mempunyai skrub atau bahan peluntur, anda boleh menggunakan campuran gula dan sabun pencuci pinggan mangkuk untuk menghilangkan dakwat pada tangan. Gula bertindak sebagai alat penggosok yang berkesan menanggalkan kesan degil.

Mudah-mudahan dakwat yang terkena tangan atau jari anda akan mudah hilang dengan cepat menggunakan teknik-teknik yang dinyatakan di atas. Feel free to leave your comment here ;)

Wednesday, November 7, 2012

Cara-cara menidurkan bayi yang gelisah

Hi semua, terutamanya ibu bapa yang gelisah dan ingin tahu macam mana caranya nak tidurkan bayi yang gelisah nak tidur. Gelisah yang saya maksudkan ialah bayi anda memang dah mengantuk dan mata dah pun tertutup, tapi masih lagi aktif bergerak dengan berguling ke kiri kanan dan macam2 telatah. Di sini, saya akan postkan beberapa cara untuk menenangkan bayi yang gelisah.

1. Bagi ibu yang menyusu badan, mungkin bayi anda agak mudah untuk terlelap kerana susu ibu menenangkan dan mententeramkan bayi. Tapi, kadang-kadang bayi masih juga bergerak aktif. Salah satu cara untuk menenangkan bayi dengan mudah ialah dengan mengurut seluruh badan bayi tersebut. Tidak perlu anda membuka baju dan menyapu minyak bayi pada badan bayi anda, cukup sekadar mengurutnya perlahan-lahan dari tapak kaki hingga ke bahu. Kadang kala, kita tidak menyedari bahawa bayi pun turut berasa lenguh dan mungkin kurang selesa dengan badannya terutamanya setelah melalui perjalanan yang jauh dan terpaksa didukung sepanjang masa.

2. Menyanyi ,berzikir atau melakukan sesuatu yang biasa dilakukan untuk bayi anda ketika hendak tidur. Sekiranya anda biasa menyanyi lagu twinkle-twinkle little stars , anda boleh menyanyikan lagu tersebut berulang kali dengan nada yang rendah dan perlahan agar bayi anda terbuai dan fokus kepada nyanyian anda. InsyaAllah, bayi anda akan mudah tidur.

3. Sekiranya dalam bilik anda panas, basahkan kepala dan badan anak anda dengan air. Sekiranya perlu, biarkan anak anda tidak memakai baju  untuk seketika. Suhu yang terlalu panas juga kemungkinan menyebabkan anak anda sukar untuk tidur dan gelisah.

4. Sapukan minyak angin di tapak kaki dan perut bayi untuk menenangkannya. Bak kata orang tua, bayi yang kuat menggengam tangannya sendiri kadang-kadang menunjukkan bahawa bayi tersebut mengalami ketidakselesaan di perutnya. Oleh itu, sapu dan urutlah perut anak anda dengan perlahan. Sekiranya anak anda merengek tiba-tiba pada waktu malam tetapi masih menutup matanya, eloklah anda urut dan sapukan minyak di perut dan tapak kaki serta belakang betisnya. Biasanya bayi akan kembali tidur selepas diurut dengan perlahan.

Mudah-mudahan entri yang saya postkan di atas akan sedikit sebanyak membantu anda menidurkan bayi dengan lebih mudah. :)

Saturday, October 8, 2011

Cara-cara Membuat Origami Kotak (Bintang)

Hmmm, lame dah tak update blog nih dan saya mendapati bahawa ramai yang browse artikel yang saya post berkenaan Cara-cara membuat origami Swan/ Angsa menggunakan kertas. Jadi, dalam entri kali ini, saya akan menunjukkan satu persatu cara-cara untuk membuat origami kotak yang berbentuk bintang.

Mula-mula, buat Lipatan Asas Origami dahulu untuk membentuk segiempat seperti dalam rajah dibawah.

Kemudian, pastikan bukaan petak berada dibawah. Lipat sudut hujung kiri dan kanan ke garisan tengah seperti dalam rajah di bawah:

Sekarang, lipat pada kedua-dua bahagian untuk mendapat hasil seperti dalam rajah ini :

Sekarang, buka lipatan bahagian kanan dan tekan di tengah-tengah supaya kelihatan seperti rajah di bawah. Lakukan pada keempat-empat bahagian.



Sekarang buka bahagian tengah lipatan tersebut dan leperkan. 


Kemudian, lipat lagi pada setiap sudut ke garisan tengah. Lakukan pada keempat-empat bahagian.


Setelah siap semua lipatan, tarik ke atas setiap satu bahagian sehingga membentuk lipatan seperti dalam gambar berikutnya:


Sekarang, buka lipatan tersebut untuk mendapat bentuk kotak bintang yang diinginkan. 
Kemaskan garisan tersebut dan taraaaaa,,,,,,, 




Untuk mendapatkan bentuk bintang yang berbeza, anda boleh membentuk bucu bintang tersebut agar kelihatan lebih beralun dengan menggunakan batang pensil. Lipatkan setiap bucu dengan batang pensil untuk mendapat hasil seperti ini: 
Cantik tak?? hihi...maaf kalau illustrasi atau rajah di atas tunggang terbalik... Selamat mencuba.

Wednesday, May 4, 2011

Cara-cara block/sekat nombor yang tidak diingini (DIGI,MAXIS, CELCOM)

Telefon bimbit merupakan salah satu dari teknologi moden yang paling ramai digunakan oleh rakyat di Malaysia. Tidak kira tua atau muda, hampir kesemuanya memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit digunakan untuk pelbagai tujuan. Namun, kadang-kala kita berasa terganggu sekiranya ada nombor yang tidak diingini sering membuat panggilan dan menyebabkan kita merasa kurang selesa. Selain itu, terdapat situasi-situasi lain yang menyebabkan kita ingin menyekat panggilan-panggilan atau SMS yang tidak diingini. Di sini, saya akan berkongsi cara-cara untuk menyekat panggilan-panggilan tersebut.




Panggilan telefon:
1.      Kaedah ini adalah yang paling mudah untuk anda lakukan. Anda boleh mengubah tetapan (setting)  pada nombor yang ingin disekat. Contohnya, nombor si A yang anda ingin block diubah dengan meletakkan tetapan silent mode. Oleh itu, setiap kali si A membuat panggilan, telefon tidak akan berbunyi dan sekaligus tidak akan menggangu rutin harian anda.
2.      Bagi pengguna yang menggunakan perisian symbian, anda boleh memasukkan aplikasi Call Filter application V.1.02 dalam telefon anda. Aplikasi ini berfungsi dalam mengabaikan (reject) panggilan dan SMS yang tidak diingini. Ia membolehkan anda menerima panggilan dan SMS yang anda inginkan sahaja. Aplikasi ini juga adalah percuma.
3.   Bagi pengguna yang menggunakan telefon canggih seperti Blackberry pula, Call Firewall for Blackberry disediakan untuk menyekat panggilan masuk nombor yang disekat kepada penggunanya. Hanya dengan bayaran yang berpatutan, anda mampu memiliki aplikasi  ini.
4.   Bagi pengguna perisian Android, anda boleh menggunakan beberapa aplikasi yang telah dibina bagi menyekat dan mengawal panggilan masuk serta SMS telefon anda. Misalnya, Easy Filter Call Blocker &SMS. Selain percuma, ianya juga mudah digunakan.
PePengguna Android juga boleh menggunakan aplikasi Call Control- Call Blocker untuk menghentikan panggilan yang tidak diingini dan aplikasi ini biasanya akan berjaya. 
 
iPhone: Bagi yang menggunakan Iphone, amat mudah untuk menyekat panggilan masuk dan SMS yang tidak diingini. Masuk contact > pilih nama pemanggil yang tidak diingini > tekan Block This caller > tekan Block Contact. Anda tidak akan menerima sebarang panggilan, mesej mahupun FaceTime dari pemanggil tersebut.
SMS:
MAXIS: Blacklist SMS service membenarkan pengguna menyekat pelanggan Maxis yang lain dari menghantar SMS kepada pengguna perkhidmatan tersebut. Namun, anda akan dicas bulanan jika menggunakan perkhidmatan tersebut.  

LINK:
DIGI - www.digi.com.my/
CELCOM - www.celcom.com.my/
MAXIS - www.maxis.com.my
 BLACKBERRY - http://us.blackberry.com/apps-software/appworld/

Anda ada tanaman sawit? Ayah anda memiliki tanaman sawit yang mempunyai berat yang kurang? Musim kemarau menambahkan lagi masalah sawit anda? Layari www.gosawit.com dan kami akan bantu anda!!

Tuesday, May 3, 2011

Cara-cara Menangani Period (datang bulan) Pada Waktu Persekolahan

Waktu persekolahan sememangnya memberi banyak kenangan manis mahupun kenangan pahit kepada kita. Tidak dapat dinafikan, ada kalanya kita tidak tahu bagaimana menghadapi sesuatu situasi yang berlaku misalnya masalah datang bulan bagi pelajar-pelajar perempuan yang sudah akil baligh. Di sini, saya akan berkongsi beberapa tips menangani dilema pelajar-pelajar perempuan sewaktu datang bulan.
  •    Datang ke sekolah dalam keadaan bersih dan segar bugar. Pastikan anda membawa extra seluar dalam dan tuala wanita terutamanya pada waktu heavy (tiga hari pertama datang haid).
  •  Tukar tuala wanita dengan kerap untuk mengelakkan rasa tidak selesa semasa sedang belajar dan mengelakkan ‘kebocoran’ yang tidak diingini. Anda juga digalakkan untuk membawa perfume atau minyak wangi kerana semasa period, bau badan wanita adalah lebih kuat berbanding pada waktu biasa.
  • Pergi ke tandas setiap 3-4 jam untuk memeriksa sama ada kita bocor atau tidak. Ia juga memudahkan kita untuk menukar tuala wanita sekiranya kita sudah mengalami ‘kebocoran’ dan rasa tidak selesa.
  • Ingat, tidak elok menggunakan (pad) tuala wanita lebih dari 8 jam berturut-turut kerana ia akan menyebabkan pad tersebut berbau.
  • Tidak perlu malu sekiranya anda mengalami period kerana ia adalah lumrah alam dan setiap wanita akan mengalaminya (kecuali yang tidak subur). Oleh itu, anda haruslah bersyukur kerana mengalami period dan ini menunjukkan anda berpotensi menjadi seorang wanita yang subur.

Saturday, April 9, 2011

CARA-CARA MEMBUKA PENUTUP BOTOL

Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk membuka penutup botol? Sekiranya anda mengalami situasi berikut, sudah tentu anda ingin mengetahui kaedah lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kaedah ini sangat berguna bagi mereka yang sukar untuk membuka penutup botol dan menyakitkan tangan ketika membuka penutupnya.

  1. Cuba buka penutup botol atau balang. Sekiranya sukar untuk membukanya, anda boleh memanaskan penutup botol atau balang tadi dengan membasahkannya di bawah air panas dan pastikan ia terkena penutup botol/balang tersebut.
  2. Air panas akan membuatkan penutup botol menjadi kembang dan memudahkan anda untuk membukanya.
  3. Dengan menggunakan tuala yang bersih, lapkan botol/balang tersebut dengan cepat agar ia tidak kembali sejuk dan sekaligus mengetatkan penutupnya kembali. Kemudian, cuba buka penutup botol/balang tersebut.
  4. Sekiranya masalah masih berlaku dan anda masih tidak dapat membuka penutup botol/balang tersebut, anda boleh mencuba kaedah yang seterusnya.
  5. Ambilkan gelang getah dan lilitkan pada penutup botol/balang tersebut. Kemudian ,cuba buka penutup botol tersebut. Anda juga boleh menggunakan sarung tangan getah untuk membuka penutup botol/balang tadi. 
Sekiranya kaedah ini berjaya, anda dialu-alukan untuk memberi komen di bawah. Selamat mencuba...

Wednesday, January 5, 2011

Cara-cara mengikalkan rambut yang lurus

Rambut yang cantik dan menawan sememangnya impian semua wanita. Ini kerana, rambut adalah mahkota seorang wanita. Namun, kadang-kadang kita akan terasa bosan apabila memakai stail rambut yang sama pada setiap masa. Bagi yang memiliki rambut yang lurus dan panjang, mungkin anda teringin untuk memiliki rambut yang ikal dan cantik tanpa perlu pergi ke salun. Jadi, saya akan menerangkan cara-cara bagaimana anda boleh memiliki rambut ikal yang menawan tanpa bersusah-payah pergi ke salun rambut dan hanya perlu melakukannya di rumah sahaja!
 
Sekiranya anda memiliki rambut yang lurus dan ingin menjadikannya ikal, terdapat beberapa cara untuk melakukannya. Prosesnya adalah mudah dan anda boleh melakukannya sendiri di rumah.

  1. Mula-mula, basahkan rambut anda dan keringkannya dengan tuala yang kering. Jangan terlalu kering  dan sekiranya anda memiliki perapi rambut di rumah, anda boleh menggunakannya semasa anda membasahkan rambut tadi.
  2. Setelah rambut sudah lembab, sapukan sedikit mousse yang berkualiti atau gel pada rambut anda ataupun mana-mana produk untuk mengikalkan rambut. Untuk membuat rambut ikal yang kelihatan kusut, ramaskan rambut anda keatas dan ke bawah, kemudian keringkan dengan alat pengering rambut. Anda boleh meramas rambut anda dengan telapak tangan sedikit demi sedikit. Setelah kering, anda kemaskan kesan ikal tadi dengan menyembur sedikit spray rambut untuk mengekalkan bentuknya.
  3. Diffuser
  4. Bagi yang inginkan kesan ikal yang lebih lembut dan kemas, gunakan penggulung rambut yang boleh didapati di mana-mana pasaraya dengan harga yang boleh dimiliki. Anda boleh memilih saiz penggulung rambut yang sesuai dengan saiz ikal yang anda inginkan. Penggulung yang kecil akan membentuk rambut ikal yang lebih kukuh dan saiz penggulung yang besar pula akan membuatkan rambut anda lebih bergelombang.
  5. Untuk menggunakan penggulung rambut (rollers), anda lembabkan rambut dengan membasahkan rambut sedikit dan jangan biarkan terlalu basah atau terlalu kering. Kemudian, bahagikan rambut anda kepada beberapa seksyen dan mula menggulung rambut mengikut seksyen. 
  6. Anda juga boleh menggunakan saiz penggulung rambut yang kecil untuk bahagian berdekatan dengan wajah dan pada rambut depan kerana kebiasaannya, rambut pada bahagian depan akan kelihatan terlebih dahulu. Biarkan penggulung pada rambut sehingga rambut mengering. Gunakan diffuser untuk mendapatkan stail rambut yang tahan lebih lama dan cepat kering. Sekiranya ingin menggunakan pengering rambut, pastikan menggunakannya pada tahap yang paling rendah. Ini kerana, menggunakan pengering akan menyebabkan bentuk ikal tersebut menjadi tidak sempurna dan membentuk kesan yang lebih kusut. Tindakan yang paling baik adalah dengan membiarkanya kering secara semulajadi.
  7. Setelah rambut kering, tanggalkan penggulung tersebut dan sapukan sedikit produk rambut untuk memberi lebih sinaran dan lebih lembut. Bergantung kepada bentuk ikal yang anda inginkan, anda boleh menggunakan jari untuk membahagi-bahagikan rambut dan membentuk lebih banyak ikal, atau biarkan bentuk ikal yang telah dibentuk oleh penggulung tadi. Sekali lagi, spray rambut anda untuk memastikan ikal tersebut terbentuk sepenuhnnya.
  8. Alat penggulung elektrik (hot rollers) merupakan kaedah lain untuk membentuk rambut yang ikal. Ia boleh dilakukan pada rambut yang kering. Ikut panduan yang diberi bersama alat tersebut, dan biasanya penggulung elektrik tidak perlu berada pada rambut terlalu lama kerana ia boleh merosakkan struktur rambut. Ingat, penggulung elektrik agak keras untuk rambut, jadi sebolehnya kurangkan penggunaannya. Semakin lurus dan tebalnya rambut anda, semakin lama untuk anda  mendapatkan rambut yang lebih ikal. Jadi, jangan putus asa dan teruskan usaha anda dan selamat mencuba.
Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...