Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Friday, October 21, 2011

Cerita Raya Tak Jadi Yang Best Tapi...

Hi, entri saya kali ni berkaitan dengan cerita yang pernah masuk panggung iaitu cerita Raya Tak Jadi yang telah dibintangi oleh ramai pelakon dan pelawak terkenal seperti Jalaluddin Hassan, Apek Senario, Johan Raja Lawak dan ramai lagi. Cerita ni memang best dan boleh membuatkan anda ketawa dan tercuit hati. Namun, terdapat beberapa watak yang agak menjengkelkan dimainkan dalam filem ini. Misalnya, watak dua orang penjenayah yang kononnya kelakar, tetapi sebenarnya sungguh tak kelakar. 

Bagi mereka yang tak pernah tengok cerita atau drama kelakar sebelum ni, mungkin cerita ni memberi kesan kepada mereka. Maksudnya, lawak yang dilakonkan oleh dua penjenayah ini memang kelakar dan boleh membuatkan mereka tergelak. Namun, bagi yang gemarkan cerita kelakar dan benar-benar terhibur, mungkin filem ini tidak sesuai dan agak menyakitkan hati. Sorry for those who involves in this film anyway, both of those characters are really suck!!. Ape pun, selamat menonton. :D

Wednesday, October 12, 2011

Cara-cara Membuat Origami Bunga Api (fireworks)

Hello there, entri kali ni saya akan menerangkan cara-cara untuk membuat origami bunga api yang sememangnya sangat cantik dan mudah. Cuma ikut cara-caranya dalam video di bawah dan anda akan mendapat sebuah origami bunga api yang cantik dan menakjubkan!! 


Jom tengok camne nak wat origami bunga api melalui video ini. Anda memerlukan 12 unit kertas untuk membuat origami ini dan 4 jenis warna. Selamat menonton dan selamat mencuba ;D


Saturday, October 8, 2011

Cara-cara Membuat Lipatan Asas Origami

Hi, selamat berjumpa lagi. Kali ini, saya akan menerangkan kepada anda cara-cara untuk membuat lipatan asas origami yang mudah dan cepat. Memandangkan namanya dah lipatan asas, maka adalah penting untuk mengetahui bagaimana cara-cara membuat lipatan asas origami ni ye.
1. Mula-mula, lipatkan kertas origami untuk membentuk bentuk segitiga. Lipat pada kedua-dua bahagian .
2. Kemudian, lipat lagi kertas origami tadi ke tengah untuk membentuk segi empat tepat dan lipat pada kedua-dua bahagian.

Setelah siap, lipat seperti dalam rajah di bawah. 

Siap.. 

Selamat mencuba...

Cara-cara Membuat Origami Kotak (Bintang)

Hmmm, lame dah tak update blog nih dan saya mendapati bahawa ramai yang browse artikel yang saya post berkenaan Cara-cara membuat origami Swan/ Angsa menggunakan kertas. Jadi, dalam entri kali ini, saya akan menunjukkan satu persatu cara-cara untuk membuat origami kotak yang berbentuk bintang.

Mula-mula, buat Lipatan Asas Origami dahulu untuk membentuk segiempat seperti dalam rajah dibawah.

Kemudian, pastikan bukaan petak berada dibawah. Lipat sudut hujung kiri dan kanan ke garisan tengah seperti dalam rajah di bawah:

Sekarang, lipat pada kedua-dua bahagian untuk mendapat hasil seperti dalam rajah ini :

Sekarang, buka lipatan bahagian kanan dan tekan di tengah-tengah supaya kelihatan seperti rajah di bawah. Lakukan pada keempat-empat bahagian.



Sekarang buka bahagian tengah lipatan tersebut dan leperkan. 


Kemudian, lipat lagi pada setiap sudut ke garisan tengah. Lakukan pada keempat-empat bahagian.


Setelah siap semua lipatan, tarik ke atas setiap satu bahagian sehingga membentuk lipatan seperti dalam gambar berikutnya:


Sekarang, buka lipatan tersebut untuk mendapat bentuk kotak bintang yang diinginkan. 
Kemaskan garisan tersebut dan taraaaaa,,,,,,, 




Untuk mendapatkan bentuk bintang yang berbeza, anda boleh membentuk bucu bintang tersebut agar kelihatan lebih beralun dengan menggunakan batang pensil. Lipatkan setiap bucu dengan batang pensil untuk mendapat hasil seperti ini: 
Cantik tak?? hihi...maaf kalau illustrasi atau rajah di atas tunggang terbalik... Selamat mencuba.
Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...