Seperti yang kita ketahui, negara yang dikenali sebagai pemegang ekonomi dunia kini iaitu China mulai mengurangkan penggunaan aplikasi Whatsapps sebagai media untuk berhubung dan bersosial di negara tersebut. Kebanyakan penduduk negara China menggunakan medium aplikasi WeChat sebagai media utama untuk bersosial.
Ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah:
1# Isu Keselamatan Negara
Aplikasi WeChat mendedahkan semua data kepada Perkhidmatan Keselamatan Awam kerajaan China. Dengan menyekat penggunaan aplikasi Whatsapps, kerajaan China dapat mengurangkan komunikasi secara langsung denga pihak barat atau warganegara China dengan rakan dari negara barat, dan dengan pihak yang tidak bersependapat dengan kerajaan China.
2# Sistem Pemerintahan Baru
Di bawah pemerintahan kerajaan Xi yang terkini telah menggalakkan warganegara China untuk menggunakan aplikasi yang dikeluarkan dari negara China itu sendiri berbanding aplikasi dari negara luar. Aplikasi keluaran China lebih diutamakan berbanding aplikasi yang dikeluarkan dari negara barat.
Apapun, bersyukur kerana di Malaysia masih diberi peluang untuk bersuara dan menggunakan medium Whatsapps tanpa campur tangan kerajaan. Ini sepatutnya dikekalkan dan data peribadi rakyat haruslah tidak diganggu dan digunakan sewenangnya oleh pihak luar terutamanya kerajaan dan pihak yang berkepentingan. Malaysia Aman!
0 comments:
Post a Comment