Kisah pelik ni berlaku di Albuquerque, New Mexico apabila sepasang suami isteri berasa pelik dengan kehilangan cincin bernilai $4,500 dari bilik tidur mereka. Pasangan tersebut terpaksa meminta doktor haiwan untuk mengeluarkan cincin tersebut setelah diperiksa melalui ujian X-Ray dan cincin tersebut tidak dapat dikeluarkan dengan sendirinya.
Rachelle Atkinson berkata, beliau dan suaminya telah mencari di merata tempat cincin tersebut sebelum mengesyaki bahawa cincin tersebut telah ditelan oleh anjing mereka memandangkan hanya anjing tersebut sahaja yang berada di dalam bilik. Mereka juga berkata, anjing peliharaan mereka juga turut cenderung untuk menelan apa sahaja termasuk batu!
Showing posts with label KIsah pelik. Show all posts
Showing posts with label KIsah pelik. Show all posts
Friday, January 20, 2012
Thursday, June 23, 2011
Kisah Pelik: Anjing seperti Panda dan Harimau
Pernahkah anda melihat rupa anjing seperti harimau? Ini merupakan satu trend baru yang wujud di negara China dimana bulu anjing diwarnakan menyerupai binatang liar. Dalam rancangan musim panas Pet Show Taipei, pertandingan mewarna anjing menyerupai binatang liar telah diadakan. Jom tengok gambar di bawah.
Klik di sini untuk melihat kucing menyerupai watak pikachu : Kucing Pikachu
Pelancaran taman binatang peliharaan baru di Dahe Mincui Park pada 5 Jun 2010 di Zhengzhou, Henan.
Klik di sini untuk melihat kucing menyerupai watak pikachu : Kucing Pikachu
Sunday, June 5, 2011
Koleksi Gambar Bangunan Dari Emas Tulen
Bayangkan rumah anda diperbuat daripada perak? mesti anda merasa bangga. Apatah lagi jika rumah diperbuat daripada emas! Di sini, saya akan berkongsi dengan anda koleksi gambar-gambar bangunan yang diperbuat daripada emas tulen. Tulen tau, bukan main-main...Selamat membaca :D
Gambar di atas merupakan gambar sebuah tokong yang diperbuat daripada emas tulen. Tokong yang dinamakan Kinkayu atau Shariden di Kyoto, Jepun ini telah siap dibina pada tahun 1987 dan mempunyai 3 bentuk senibina yang berbeza.
Kuil Sri Venkateswara (Balaji) ini terletak 20km dari Triputi, India dan kubahnya bersalut emas tulen.
Quito, Ecuador - Masyarakat Inca percaya bahawa emas merupakan lambang kepada Tuhan Matahari, maka bahagian dalaman gereja kolonial Iglesia de la Compañia diliputi hampir 2 tan emas.
Lobi residen yang mewah sememangnya menjadi kegemaran Sultan Brunei.
Baca lagi tentang: Kapal Terbang Bersalut Emas milik Sultan Brunei
Friday, June 3, 2011
Kisah Pelik: Angsa memakai selipar
Pernahkah anda melihat binatang memakai selipar? Di sini, saya akan berkongsi dengan anda tentang seekor angsa yang memakai selipar. Mungkin disebabkan zaman kita yang semakin maju, maka angsa ini merasa tercabar dan cuba mengikut trend terkini. Angsa yang dinamakan Gator ini telah ditemui di St. Francis Inn di St. Augustine, Florida. Komen jangan tak komen...
Layan~~~.....
Layan~~~.....
Wednesday, May 25, 2011
Kisah Pelik: Ular Berkepala Lima
Pernah mendengar tentang ular berkepala 5? Ular berkepala 5 telah ditemui di Karnataka, India. Seolah-olah seperti mitos yang pernah kita dengar tentang ular berkepala lebih dari satu, namun ular tersebut adalah benar-benar wujud. Ini disebabkan oleh parasit kembar semasa proses mutasi gen berlaku yang sekaligus menyebabkan ular tersebut berkembang secara abnormal. Selalunya, kisah tentang ular berkepala 5 diceritakan dalam mitologi seperti Hindu, Buddha, Greek dan sebagainya.
Kisah Pelik: Kucing Memiliki 4 Telinga
Seekor kucing bertelinga empat yang dinamakan Yoda telah dipelihara oleh sepasang suami isteri di Chicago, Illinois sejak 5 tahun yang lalu. Pasangan Valerie dan Ted Rock menemui kucing tersebut di sebuah bar dan terus menjadikannya binatang peliharaan. Sejak gambarnya dimasukkan ke dalam internet, kucing yang berumur 2 tahun itu telah menjadi terkenal dan sering muncul dalam rancangan-rancangan popular seperti Good Morning America, Fox News dan The Tyra Bank Show.
Walaupun memiliki telinga seperti Yoda iaitu watak dalam rancangan Star Wars yang bertelinga tajam, namun kucing tersebut adalah normal seperti kucing lain dan bersifat sangat mesra. Telinga Yoda yang terlebih itu dikatakan adalah kesan dari mutasi genetik...Pelik tapi benar.

Tuesday, May 24, 2011
Kisah Pelik: Wanita Menanggalkan Make-Up selepas Dua Tahun
Setiap hari, kita akan menggunakan alat make - up ketika keluar rumah atau hendak keluar bekerja. Namun, kita mestilah menanggalkan make-up tersebut setiap kali sebelum tidur agar kulit wajah kita sentiasa segar dan sihat. Tetapi, tidak kepada seorang wanita Korea yang telah memakai make-up selama dua tahun tanpa menanggalkannya walau sehari.
Bae Dal-Mi merupakan seorang gadis berusia 20 tahun dan beliau telah menggunakan make-up sejak berumur 14 tahun. Baginya, make-up sangat penting untuk kelihatan sempurna setiap masa termasuk waktu tidur. Beliau juga akan membawa ke mana sahaja cermin wajah dan akan menambahkan lapisan make-up tersebut agar sentiasa cantik dan tidak comot.
Setelah itu, ibunya yang merasakan bahawa tabiat anaknya adalah agak pelik telah memberitahu pihak stesyen TV tentang hal tersebut. Seorang ahli Dermotologi telah memujuk Bae Dal-Mi untuk menanggalkan make-up pada wajahnya apabila mendapati kulit wajahnya yang kelihatan dua kali ganda lebih tua dari umurnya.

Gambar wajah Bae Dal-Mi semasa proses menanggalkan make-up
Wajah sebelum dan selepas
Subscribe to:
Posts (Atom)