Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Showing posts with label ibu mengandung. Show all posts
Showing posts with label ibu mengandung. Show all posts

Sunday, November 13, 2022

SELAMAT KE MINUM NESCAFE SEMASA MENGANDUNG?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca yang dikasihi sekalian. Hari ni Nurul nak share tentang persoalan samada minum Nescafe selamat atau tidak selamat semasa mengandung? Ye lah, memandangkan Nurul sendiri pun hantu kopi dan nescafe, semestinya persoalan ini menjadi main concern samada boleh teruskan minum atau tidak semasa hamil. Malah pakar juga tidak menyarankan untuk minum sebarang minuman yang mengandungi kafein semasa hamil! 




Agak menyedihkan bila tau mengandung, tapi tak dapat nak minum minuman kesukaan peminat tegar kopi seperti saya. Doktor telah menegaskan bahawa pengambilan kafein yang berlebihan mampu memberi kesan kepada kandungan dalam rahim dan menimbulkan beberapa komplikasi lain seperti:

1. Berisiko untuk keguguran

2. Kandungan bayi akan menjadi rendah

3. Bayi lahir pramatang

Sekiranya anda mengandung, hadkan kopi berkafein kepada 200mg sehari iaitu anggaran 1 1/2 8 auns gelas kopi atau untuk segelas kopi bersaiz 12 auns. 

Bagaimana pula untuk kopi tanpa kafein (decaff)?



Minum kopi decaf semestinya selamat untuk ibu mengandungkan? Secara harfiahnya, ya! Tapi, walaupun kopi tersebut dilabel sebagai tanpa kafein, hakikatnya kafein dalam kopi tersebut masih ada dalam jumlah peratusan yang rendah. Namun, untuk pengambilan secara sedikit adalah selamat kerana kandungan kafein dalam decaf jauh lebih rendah berbanding kopi biasa. Boleh try Nescafe decaf atau kopi decaf yang dijual di luar tetapi dengan kadar yang sederhana ya. 




Saturday, September 12, 2015

Pentingnya Amalan Berbengkung dan Bertungku Untuk Ibu Berpantang

Bertungku dan berbengkung sudah menjadi amalan ibu-ibu yang berpantang bagi mendapatkan kembali bentuk badan yang cantik selepas bersalin. Berpantang dengan mengamalkan bertungku dan berbekung bukan sahaja baik untuk ibu, malah untuk bayi yang baru dilahirkan.
Kenapa perlu berbengkung? Ramai juga ibu - ibu yang merasakan bahawa berbengkung satu amalan yang agak remeh dan leceh. Malah ada yang langsung tidak mahu mencuba untuk berbengkung. Sebenarnya, berbengkung sangat baik dan berfungsi untuk mengelak angin sejuk dari masuk ke dalam perut serta memudahkan pengeluaran angin panas menerusi ikatan barut dan ubat yang sempurna. Malah, wanita di Barat juga mulai berbengkung dan kaedah mereka menggunakan adalah menggunakan corset.
Selain itu, bengkung juga membantu mengempiskan perut dan bahagian berlemak pada paha dan punggung. Pemakaian bengkung yang ketat dan kemas akan membantu mengembalikan bentuk badan dengan lebih cepat dan lancar. Berbengkung juga akan menyokong dan menguatkan otot abdomen yang lemah akibat regangan ketika mengandung.
Bagaimana memilih bengkung yang betul?
Bengkung yang baik adalah bengkung yang mempunyai diameter yang panjang mulai dari paras payudara sehingga ke bawah pinggul. Ini akan menyokong bahagian rahim dengan lebih kukuh dan mengurangkan pergerakan anda. Gunakan minyak angin sebelum berbengkung untuk hasil yang lebih baik. Gunakan Shape - up lotion dari set Spa & Ma sebelum menggunakan bengkung.
Bila waktu yang sesuai untuk berbekung?
Berbekung untuk ibu yang bersalin normal boleh dimulai dari hari kedua bersalin sehingga habis berpantang. Bengkung Ratu dari set Spa & Ma adalah bengkung gabungan tradisional dan moden yang dicipta khusus untuk wanita selepas bersalin. Namun, bagi ibu yang melahirkan anak melalui pembedahan, pemakaian bengkung boleh dimulai dari hari ke-14.
Selain berbengkung, bertungku juga penting semasa berpantang. Biasanya ibu berpantang menggunakan batu/ lesung batu atau besi yang dipanaskan. Tungku Herba dalam set Spa & Ma dirumus khas dari akar kayu, herba terpilih dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Tungku Herba berfungsi sebagai "batu tungku" yang mudah dan ringkas. Ia ternyata lebih fleksibel dan ringan untuk digunakan para ibu selepas bersalin.

Kenapa perlu Bertungku?
Bertungku penting dalam menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang serta melancarkan peredaran darah. Kebiasaanya, darah nifas akan keluar dengan lebih lancar selepas bertungku.
Boleh dapatkan Bengkung Ratu dan Tungku Herba dalam set lengkap bersalin Spa & Ma dari kami dengan harga yang murah.
----->https://www.facebook.com/Spaandmamurah
----->https://www.facebook.com/Spaandmamurah
----->https://www.facebook.com/Spaandmamurah
===============================
Boleh dapatkan Set Bersalin Spa & Ma di; .
‪#‎Set‬ Bersalin Spa & Ma Online
Address:https://www.facebook.com/Spaandmamurah
Contact No: 013-3706529
Operation hours: 24/7 .
Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...