Apa pun, filem ni memang lain dari yang lain dan sangat bagus untuk ditonton oleh mereka yang inginkan kelainan dalam jalan cerita. Selamat menonton ya! :D
Showing posts with label ulasan filem. Show all posts
Showing posts with label ulasan filem. Show all posts
Monday, November 14, 2011
Cerita "In Time" Best..
" Jangan buang masa saya", kalau anda mendengar tentang pepatah ini, semestinya anda akan berfikir tentang perkataan biasa yang selalu diungkapkan, tetapi tidak dalam filem ini. Sememangnya masa adalah sangat penting dan bagi yang tidak pandai menghargai masa, anda mesti menonton filem ini. Bak kata orang, masa ibarat emas dan dalam filem ni, masa adalah wang ringgit...bukan perumpamaan lagi, tapi realitinya. Nak beli barang, guna masa. Nak bayar teksi, guna masa. Memang masa sangat diperlukan dan paling berharga.
Monday, September 19, 2011
Cerita Johnny English Reborn Yang Sangat Kelakar
Hello, hari ni saya nak cerita sikit pasal cerita yang tengah hot kat pawagam. Johnny English Reborn. Sekiranya anda pernah menonton cerita Johnny English sebelum ini, sudah tentu anda tidak melepaskan peluang untuk menonton cerita ini. Ada yang mengatakan bahawa cerita Johnny English yang pertama lagi best dari Reborn ni, namun bagi pendapat saya sendiri, Johnny English Reborn lagi kelakar dan sangat menggelikan hati.
Dalam Johnny English Reborn, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean memegang watak sebagai seorang penyiasat persendirian yang kelam kabut tetapi masih mempunyai gaya yang tersendiri untuk menangani penjenayah. Terdapat beberapa babak yang sangat menggelikan hati penonton yang menontonnya, misalnya babak dimana beliau masih belajar dan bertapa bersama sami-sami Buddha.
Selain itu, babak dimana Johnny English duduk semasa mesyuarat bersama presiden Amerika dan pegawai tinggi yang lain juga sungguh mencuit hati. Pelbagai aksi dan babak-babak lucu diselitkan dalam cerita ini. Bagi mereka yang bosan dan gemarkan cerita yang berunsur lawak dan bergelak ketawa, cerita ini adalah amat sesuai untuk anda. Selamat menonton ya ;D

Subscribe to:
Posts (Atom)