Hello semua. Pernahkah anda menerima panggilan telefon dari pihak insurans? Misalnya polisi insurans dari AIA? sekiranya pernah, adakah anda benar-benar bersetuju dengan polisi insurans tersebut atau anda telah tertipu dengan kata-kata agen mereka? Entri kali ni, saya akan menerangkan tentang cara-cara untuk anda membatalkan polisi insurans AIA dengan mudah dan cepat. Ini merupakan pengalaman saya sendiri dan dengan jayanya, saya mendapat kembali wang yang telah dipotong melalui akaun bank saya oleh pihak AIA.
Sebenarnya, mudah sahaja hendak membatalkan polisi insurans ini. Saya tidak pasti, sama ada pembatalan insurans dari syarikat lain juga menggunakan kaedah yang sama. Kaedahnya mudah.
Pertama, hantarkan email kepada pihak berkenaan dengan menyertakan alasan pembatalan anda di
my.customer@aia.com . Tunggu pihak AIA membalas email anda.
Kedua, tuliskan surat pembatalan kepada pihak AIA dengan menyertakan nombor polisi dan tandatangan anda pada surat tersebut. Ini adalah penting agar pihak AIA tahu bahawa pemegang polisi benar-benar ingin membatalkan polisi insurans tersebut. Hantarkan surat tersebut ke:
Policyowner Services Dept
Level 8
Menara AIA
99, Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Akhir sekali, anda mungkin akan menerima balas email dari pihak AIA untuk melengkapkan borang yang dikepilkan bersama email untuk difakskan semula kepada mereka. Pastikan anda mengisi borang tersebut dan menyatakan alasan pembatalan polisi tersebut. Contoh borang yang akan terima seperti dibawah:
Contoh Borang Pembatalan Polisi AIA
Sekiranya anda telah menerima polisi insuran tersebut dan tiba-tiba ingin membatalkannya, anda boleh menghantar kembali surat polisi tersebut kepada pihak AIA atau membuat panggilan kepada pihak mereka untuk mengelak sebarang pemotongan dari akaun bank anda dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan polisi tersebut. Pihak AIA akan menganggap bahawa anda bersetuju dengan terma dan syarat yang diberikan oleh pihak AIA dalam surat polisi yang dihantar kepada anda sekiranya tiada sebarang bantahan diterima dalam dua minggu tersebut.
Bergantung kepada alasan dan sebab anda membatalkan polisi tersebut, pihak AIA mungkin akan mengembalikan kesemua jumlah duit anda dan menghentikan pemotongan dari akaun anda. Namun, dalam sesetengah kes, kadar duit yang dikembalikan bergantung kepada jenis insurans yang anda pilih dan mengikut budi bicara dari pihak AIA sendiri. Selamat mencuba.