Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Monday, February 25, 2013

Cara-cara Mengatasi Masalah Pembayaran Tiket Dengan Air Asia

Hi semua. Entri saya kali ni nak cerita tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya anda telah membuat pembayaran tiket penerbangan AIRASIA tapi status pembayaran/payment adalah pending ataupun need payment?. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri kerana sebelum ni, dah berpuluh kali dah wat pembelian online tiket AIRASIA, berjaya tetapi pada suatu ketika, berlaku masalah tersebut.

Pertama sekali, pastikan anda telah mendapat booking numbor. Walaupun payment telah dibuat dan status payment masih pending atau onhold, anda pasti akan diberi nombor booking number menunjukkan bahawa anda telah membuat proses pembelian tiket tersebut. Contoh: AYR17W. Simpan no booking tersebut. Kemudian, masuk ke dalam laman web AIRASIA untuk membuat aduan. Anda boleh klik disini e-form AirAsia.

Dalam e-form ni, airasia akan sediakan tiga ruang untuk kita attach/kepilkan bukti pembayaran yang telah dibuat untuk membeli tiket airasia yang masih pending tersebut. Anda boleh attachkan borang bukti ticketing online dari Maybank2u, CIMBclicks atau mana-mana channel pembayaran yang anda pilih. Saya menggunakan Maybank2u untuk membuat pembayaran. Sekiranya anda tidak sempat membuat printscreen pada bukti pembelian tersebut, anda boleh tengok history transactions yang menunjukkan anda telah berjaya membuat pembayaran tersebut.Contoh:

Setelah selesai mengisi eform tersebut, Airasia akan terus menghantar email menyatakan bahawa pihak mereka telah menerima borang yang telah kita isi. Proses tersebut akan mengambil masa kurang dari seminggu untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Dalam masa 3-5hari, cuba cek MY BOOKING dalam laman web airasia yang anda telah login. Biasanya status booking tesebut akan bertukar menjadi COMFIRMED yang bermaksud payment anda telah berjaya. Untuk melihat status tersebut, klik modify/check-in button dalam my booking.Anda boleh meminta itinerary dari pihak AIRASIA dengan menekan butang resend itinerary dalam manage my booking tersebut. 

Saturday, January 5, 2013

Cacing Kerawit Menyembuhkan Alahan/ Alergi

Cacing kerawit merupakan sejenis cacing parasit yang boleh merosakkan sistem dalam badan kita. Cacing kerawit atau dikenali sebagai hookworm ini memasuki bahagian usus kecil hosnya yang bersifat mamalia samada kucing, anjing termasuk manusia. Untuk melihat samada cacing kerawit benar-benar mampu menyembuhkan alergi, satu eksperimen telah dijalankan oleh seorang doktor berjurusan perubatan entomologi dari United Kingdom. Eksperimen bermula apabila doktor tersebut menjangkitkan dirinya sendiri dengan cacing kerawit tersebut dan menelan kamera berbentuk pil utnuk merakam kesan kewujudan cacing tersebut di dalam perutnya.


Dr. James Logan sanggup menjadikan dirinya hos kepada cacing kerawit tersebut bagi mengenalpasti cara baru menangani serangga yang mampu menyebarkan wabak berbahaya seperti malaria dan demam denggi. Logan berminat untuk melakukan eksperimen tersebut kerana mengetahui wujudnya pendapat yang mengatakan bahawa parasit tersebut mampu mengurangkan alergi pesakitnya terhadap penyakit usus besar dan alahan makanan. Cacing tersebut dikatakan mampu mengeluarkan elemen yang mampu mengurangkan reaksi berlebihan dalam sistem imun badan yang menjadi penyebab kepada alahan.

Salah satu sebab beliau ingin menjadi bahan eksperimen dalam kajian tersebut adalah kerana beliau sendiri mempunyai alahan teruk terhadap sejenis makanan iaitu roti. Selain itu juga, beliau ingin menunjukkan kepada dunia bagaimana cacing kerawit boleh memasuki badan manusia.

Selama 2 bulan eksperimen, didapati cacing kerawit tersebut mampu mengelirukan sistem imun badan Logan. Untuk pertama kalinya, Logan mampu menikmati roti tanpa mengalami alahan. Walau bagaimanapun, cacing tersebut kemudiannya dikeluarkan melalui badan Logan dengan pengambilan sejenis ubat cacing, iaitu albendazole.

Tuesday, December 11, 2012

Petua Memilih Roti Gardenia

Hi, semua. Setiap pagi, kita akan mulakan hari dengan bersarapan dan bersarapan adalah salah satu aktiviti  penting yang perlu untuk mereka yang ingin memiliki tubuh yang sihat dan cergas sepanjang hari. Salah satu menu yang paling mudah dan cepat disediakan sewaktu sarapan pagi adalah roti. Terdapat pelbagai jenis dan jenama roti dan jenama yang paling popular dan disukai ramai adalah Gardenia.
Sekiranya anda perasan dan perhatikan dengan teliti, terdapat beberapa warna pada penyepit kod yang digunakan untuk menutup roti Gardenia. Tahukah anda bahawa setiapwarna pada penyepit kod tersebut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Seperti yang anda ketahui, terdapat juga tarikh luput yang dicatatkan pada penyepit kod tersebut.

Untuk pengetahuan anda, setiap warna penyepit kod tersebut menunjukkan hari roti tersebut dihasilkan dan dikeluarkan dari kilang. Untuk pengetahuan anda juga, Gardenia mengeluarkan roti 5 kali dalam seminggu.


Monday – blue
Tuesday – green
Thursday – red
Friday – white
Saturday – yellow

Ini bermakna, sekiranya anda membeli roti gardenia dengan kod berwarna kuning pada hari jumaat, ini bermakna anda telah membeli roti yang telah dihasilkan hampir seminggu. Pengetahuan mengetahui warna kod akan membantu anda mendapatkan roti yang lebih berkualiti dan segar. Untuk mudah ingat tentang warna dan hari pada penyepit kod ini, anda boleh melihat susunan hari per warna. Contohnya:

Isnin - Blue (B)
Selasa - Green (G)
Khamis - Red (R)
Jumaat - White (W)
Sabtu - Yellow (Y)

Bermula dengan huruf B mengikut turutan hingga ke huruf Y, mudahkan. Easy to remember ;)


Friday, November 9, 2012

Cara-cara Menghilangkan Kesan Dakwat Pada Tangan

Dakwat merupakan salah satu kotoran yang agak sukar untuk dihilangkan sekelip masa. Kadang kala, sewaktu menulis atau memegang pen yang mempunyai mata pena berdakwat basah, jari atau tangan kita akan mudah terkena dakwat. Lebih memeningkan bagi mereka yang terlibat dalam membaiki printer. Kat sini, saya akan memberikan beberapa tips tentang cara-cara atau petua untuk menghilangkan dakwat khasnya pada tangan atau jari atau yang sewaktu dengannya.

1. Gunakan losyen baby atau apa-apa sahaja losyen badan dan sapukan ditempat yang terkena dakwat. Losyen mengandungi bahan yang mampu menghilangkan kotoran di tangan sekaligus menjadikan tangan terasa lembut dan selesa.

2. Selain itu, anda boleh menggunakan skrub lembut yang dicampur dengan peluntur untuk menanggalkan dakwat yang terkena tangan atau jari anda. 

3. Peluntur juga sangat berkesan untuk menanggalkan dakwat pada tangan. Letakkan sedikit peluntur pada tapak tangan dan gosok pada tempat yang terkena kotoran dakwat tersebut. Setelah kotoran ink hilang, cuci bersih dengan sabun agar bau peluntur hilang. Biasanya peluntur berkesan menanggalkan kotoran dakwat pada tangan dengan cepat.

4. Sekiranya anda tidak gemar dengan bau peluntur yang agak kuat melekat pada tangan, anda boleh cuba mencuci tangan atau jari anda dengan ubat gigi. Ubat gigi juga mampu menghilangkan kesan dakwat yang melekat pada jari atau tangan anda dengan mudah. 

5. Bagi yang tidak mempunyai skrub atau bahan peluntur, anda boleh menggunakan campuran gula dan sabun pencuci pinggan mangkuk untuk menghilangkan dakwat pada tangan. Gula bertindak sebagai alat penggosok yang berkesan menanggalkan kesan degil.

Mudah-mudahan dakwat yang terkena tangan atau jari anda akan mudah hilang dengan cepat menggunakan teknik-teknik yang dinyatakan di atas. Feel free to leave your comment here ;)

Wednesday, November 7, 2012

Cara-cara menidurkan bayi yang gelisah

Hi semua, terutamanya ibu bapa yang gelisah dan ingin tahu macam mana caranya nak tidurkan bayi yang gelisah nak tidur. Gelisah yang saya maksudkan ialah bayi anda memang dah mengantuk dan mata dah pun tertutup, tapi masih lagi aktif bergerak dengan berguling ke kiri kanan dan macam2 telatah. Di sini, saya akan postkan beberapa cara untuk menenangkan bayi yang gelisah.

1. Bagi ibu yang menyusu badan, mungkin bayi anda agak mudah untuk terlelap kerana susu ibu menenangkan dan mententeramkan bayi. Tapi, kadang-kadang bayi masih juga bergerak aktif. Salah satu cara untuk menenangkan bayi dengan mudah ialah dengan mengurut seluruh badan bayi tersebut. Tidak perlu anda membuka baju dan menyapu minyak bayi pada badan bayi anda, cukup sekadar mengurutnya perlahan-lahan dari tapak kaki hingga ke bahu. Kadang kala, kita tidak menyedari bahawa bayi pun turut berasa lenguh dan mungkin kurang selesa dengan badannya terutamanya setelah melalui perjalanan yang jauh dan terpaksa didukung sepanjang masa.

2. Menyanyi ,berzikir atau melakukan sesuatu yang biasa dilakukan untuk bayi anda ketika hendak tidur. Sekiranya anda biasa menyanyi lagu twinkle-twinkle little stars , anda boleh menyanyikan lagu tersebut berulang kali dengan nada yang rendah dan perlahan agar bayi anda terbuai dan fokus kepada nyanyian anda. InsyaAllah, bayi anda akan mudah tidur.

3. Sekiranya dalam bilik anda panas, basahkan kepala dan badan anak anda dengan air. Sekiranya perlu, biarkan anak anda tidak memakai baju  untuk seketika. Suhu yang terlalu panas juga kemungkinan menyebabkan anak anda sukar untuk tidur dan gelisah.

4. Sapukan minyak angin di tapak kaki dan perut bayi untuk menenangkannya. Bak kata orang tua, bayi yang kuat menggengam tangannya sendiri kadang-kadang menunjukkan bahawa bayi tersebut mengalami ketidakselesaan di perutnya. Oleh itu, sapu dan urutlah perut anak anda dengan perlahan. Sekiranya anak anda merengek tiba-tiba pada waktu malam tetapi masih menutup matanya, eloklah anda urut dan sapukan minyak di perut dan tapak kaki serta belakang betisnya. Biasanya bayi akan kembali tidur selepas diurut dengan perlahan.

Mudah-mudahan entri yang saya postkan di atas akan sedikit sebanyak membantu anda menidurkan bayi dengan lebih mudah. :)
Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...