Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Sunday, June 5, 2011

Koleksi Gambar Bangunan Dari Emas Tulen

Bayangkan rumah anda diperbuat daripada perak? mesti anda merasa bangga. Apatah lagi jika rumah diperbuat daripada emas! Di sini, saya akan berkongsi dengan anda koleksi gambar-gambar bangunan yang diperbuat daripada emas tulen. Tulen tau, bukan main-main...Selamat membaca :D

Gambar di atas merupakan gambar sebuah tokong yang diperbuat daripada emas tulen. Tokong yang dinamakan Kinkayu atau Shariden di Kyoto, Jepun ini telah siap dibina pada tahun 1987 dan mempunyai 3 bentuk senibina yang berbeza. 
  
Kuil Sri Venkateswara (Balaji) ini terletak 20km dari Triputi, India dan kubahnya bersalut emas tulen.



Quito, Ecuador -  Masyarakat Inca percaya bahawa emas merupakan lambang kepada Tuhan Matahari, maka bahagian dalaman gereja kolonial Iglesia de la Compañia diliputi hampir 2 tan emas.

Lobi residen yang mewah sememangnya menjadi kegemaran Sultan Brunei.

Friday, June 3, 2011

Kisah Pelik: Angsa memakai selipar

Pernahkah anda melihat binatang memakai selipar? Di sini, saya akan berkongsi dengan anda tentang seekor angsa yang memakai selipar. Mungkin disebabkan zaman kita yang semakin maju, maka angsa ini merasa tercabar dan cuba mengikut trend terkini. Angsa yang dinamakan Gator ini telah ditemui di St. Francis Inn di St. Augustine, Florida.  Komen jangan tak komen...



Layan~~~.....

Wednesday, June 1, 2011

Filem "Insidious" yang SERAM


Memandangkan saya dan suami sememangnya kaki wayang, jadi nak cerita sikit tentang filem yang kitorang tonton semalam. Filem seram yang dinamakan Insidious merupakan arahan James Wan yang juga merupakan pengarah cerita Paranormal Activity dan Saw. Filem ini menceritakan tentang sebuah keluarga yang diganggu oleh makhluk halus dan cuba untuk menghapus gangguan tersebut dengan menjemput pakar paranormal atau orang yang menghalau hantu. Cerita ini memang seram dan membuatkan kami terkejut beberapa kali. Dengan bunyi latar belakang dan kemunculan makhluk-makhluk halus yang muncul dari arah yang tidak dijangka, korang akan merasa seram sejuk dan meremang bulu roma. Namun, endingnya memang tak leh lupa. Elemen seram sampai ke ending dan sesapa yang tido sorang-sorang waktu malam tuh, tengok-tengoklah kat tingkap tu ye..mana tau, ade nampak lembaga hitam macam dalam cerita ni. Apa pun, korang yang kaki cerita seram mesti tengok cerita nih. Best dan seram giler...Tak rugi tengok.

Selamat menonton sedutan dari cerita Insidious.

Tuesday, May 31, 2011

Cincin 73 Tahun Hilang Ditemui


Seorang lelaki bernama Jesse Mattos telah menemui kembali cincinnya yang hilang sejak tahun 1938. Cincin tersebut dengan sengaja telah dijatuhkan ke dalam sebuah mangkuk tandas dan sejak itu, Jesse menyangka beliau tidak akan menemui cincinnya kembali.
Namun, setelah 73 tahun cincin tersebut hilang, Tony Congi, seorang pekerja kumbahan berumur 57 tahun telah menemui kembali cincin tersebut kira-kira 200 batu dari tempat ia hilang. Beliau yang bekerja di system pembentungan mengenali cincin tersebut kerana beliau merupakan graduan di sekolah tinggi yang sama pada tahun 1976. Setelah mencuci dan membersihkan cincin tersebut, beliau mendapati terdapat tulisan bertanda JTM dan mencari tanda nama tersebut dalam buku tahunan 1938. Percaya tak? Hanya seorang sahaja yang memiliki tanda nama tersebut iaitu Jesse Mattos.
Kemudian, Congi telah mencari Jesse Mattos dan memulangkan cincin tersebut. Bertuahnya badan kalau kita dapat jumpa balik benda yang telah hilang....Pelik tapi Benar!!Percayalah.....(dengan nada lagu Siti Nurhaliza)

Monday, May 30, 2011

Kisah Pelik: Nazi Mengajar Anjing Bercakap


Kerajaan Nazi di Jerman yang dikatakan pernah mengajar anjing bercakap, mengeja dan membaca dalam cubaan memenangi Perang Dunia Kedua telah terbongkar. Mereka menganggap bahawa anjing memiliki kepintaran seperti manusia dan cuba memenangi peperangan dengan menjadikan anjing sebagai alat untuk menakutkan pihak musuh.
Penemuan terbaru juga menemui bahawa Hitler telah mewujudkan sebuah pusat khas untuk mengajar anjing bercakap dan menggunakan isyarat dengan menggunakan tapak kaki mereka. Seekor anjing dikatakan pernah berkata ‘Mein Fuhrer’ apabila ditanya tentang siapakah Adolf Hitler. 
Buat pengetahuan anda, Hitler merupakan seorang yang sangat sayangkan anjing. Malah, beliau mempunyai dua ekor anjing yang terkenal dan selalu bersamanya iaitu Blondi dan Bella. Beliau telah membunuh Blondi sejurus sebelum membunuh diri di kamarnya pada tahun 1945.
Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...