Hi, semua. Setiap pagi, kita akan mulakan hari dengan bersarapan dan bersarapan adalah salah satu aktiviti penting yang perlu untuk mereka yang ingin memiliki tubuh yang sihat dan cergas sepanjang hari. Salah satu menu yang paling mudah dan cepat disediakan sewaktu sarapan pagi adalah roti. Terdapat pelbagai jenis dan jenama roti dan jenama yang paling popular dan disukai ramai adalah Gardenia.
Sekiranya anda perasan dan perhatikan dengan teliti, terdapat beberapa warna pada penyepit kod yang digunakan untuk menutup roti Gardenia. Tahukah anda bahawa setiapwarna pada penyepit kod tersebut mempunyai fungsinya yang tersendiri. Seperti yang anda ketahui, terdapat juga tarikh luput yang dicatatkan pada penyepit kod tersebut.
Untuk pengetahuan anda, setiap warna penyepit kod tersebut menunjukkan hari roti tersebut dihasilkan dan dikeluarkan dari kilang. Untuk pengetahuan anda juga, Gardenia mengeluarkan roti 5 kali dalam seminggu.
Monday – blue
Tuesday – green
Thursday – red
Friday – white
Saturday – yellow
Ini bermakna, sekiranya anda membeli roti gardenia dengan kod berwarna kuning pada hari jumaat, ini bermakna anda telah membeli roti yang telah dihasilkan hampir seminggu. Pengetahuan mengetahui warna kod akan membantu anda mendapatkan roti yang lebih berkualiti dan segar. Untuk mudah ingat tentang warna dan hari pada penyepit kod ini, anda boleh melihat susunan hari per warna. Contohnya:
Isnin - Blue (B)
Selasa - Green (G)
Khamis - Red (R)
Jumaat - White (W)
Sabtu - Yellow (Y)
Bermula dengan huruf B mengikut turutan hingga ke huruf Y, mudahkan. Easy to remember ;)
Tuesday, December 11, 2012
Friday, November 9, 2012
Cara-cara Menghilangkan Kesan Dakwat Pada Tangan
Dakwat merupakan salah satu kotoran yang agak sukar untuk dihilangkan sekelip masa. Kadang kala, sewaktu menulis atau memegang pen yang mempunyai mata pena berdakwat basah, jari atau tangan kita akan mudah terkena dakwat. Lebih memeningkan bagi mereka yang terlibat dalam membaiki printer. Kat sini, saya akan memberikan beberapa tips tentang cara-cara atau petua untuk menghilangkan dakwat khasnya pada tangan atau jari atau yang sewaktu dengannya.
1. Gunakan losyen baby atau apa-apa sahaja losyen badan dan sapukan ditempat yang terkena dakwat. Losyen mengandungi bahan yang mampu menghilangkan kotoran di tangan sekaligus menjadikan tangan terasa lembut dan selesa.
2. Selain itu, anda boleh menggunakan skrub lembut yang dicampur dengan peluntur untuk menanggalkan dakwat yang terkena tangan atau jari anda.
3. Peluntur juga sangat berkesan untuk menanggalkan dakwat pada tangan. Letakkan sedikit peluntur pada tapak tangan dan gosok pada tempat yang terkena kotoran dakwat tersebut. Setelah kotoran ink hilang, cuci bersih dengan sabun agar bau peluntur hilang. Biasanya peluntur berkesan menanggalkan kotoran dakwat pada tangan dengan cepat.
4. Sekiranya anda tidak gemar dengan bau peluntur yang agak kuat melekat pada tangan, anda boleh cuba mencuci tangan atau jari anda dengan ubat gigi. Ubat gigi juga mampu menghilangkan kesan dakwat yang melekat pada jari atau tangan anda dengan mudah.
5. Bagi yang tidak mempunyai skrub atau bahan peluntur, anda boleh menggunakan campuran gula dan sabun pencuci pinggan mangkuk untuk menghilangkan dakwat pada tangan. Gula bertindak sebagai alat penggosok yang berkesan menanggalkan kesan degil.
Mudah-mudahan dakwat yang terkena tangan atau jari anda akan mudah hilang dengan cepat menggunakan teknik-teknik yang dinyatakan di atas. Feel free to leave your comment here ;)
Wednesday, November 7, 2012
Cara-cara menidurkan bayi yang gelisah
Hi semua, terutamanya ibu bapa yang gelisah dan ingin tahu macam mana caranya nak tidurkan bayi yang gelisah nak tidur. Gelisah yang saya maksudkan ialah bayi anda memang dah mengantuk dan mata dah pun tertutup, tapi masih lagi aktif bergerak dengan berguling ke kiri kanan dan macam2 telatah. Di sini, saya akan postkan beberapa cara untuk menenangkan bayi yang gelisah.
1. Bagi ibu yang menyusu badan, mungkin bayi anda agak mudah untuk terlelap kerana susu ibu menenangkan dan mententeramkan bayi. Tapi, kadang-kadang bayi masih juga bergerak aktif. Salah satu cara untuk menenangkan bayi dengan mudah ialah dengan mengurut seluruh badan bayi tersebut. Tidak perlu anda membuka baju dan menyapu minyak bayi pada badan bayi anda, cukup sekadar mengurutnya perlahan-lahan dari tapak kaki hingga ke bahu. Kadang kala, kita tidak menyedari bahawa bayi pun turut berasa lenguh dan mungkin kurang selesa dengan badannya terutamanya setelah melalui perjalanan yang jauh dan terpaksa didukung sepanjang masa.
2. Menyanyi ,berzikir atau melakukan sesuatu yang biasa dilakukan untuk bayi anda ketika hendak tidur. Sekiranya anda biasa menyanyi lagu twinkle-twinkle little stars , anda boleh menyanyikan lagu tersebut berulang kali dengan nada yang rendah dan perlahan agar bayi anda terbuai dan fokus kepada nyanyian anda. InsyaAllah, bayi anda akan mudah tidur.
3. Sekiranya dalam bilik anda panas, basahkan kepala dan badan anak anda dengan air. Sekiranya perlu, biarkan anak anda tidak memakai baju untuk seketika. Suhu yang terlalu panas juga kemungkinan menyebabkan anak anda sukar untuk tidur dan gelisah.
4. Sapukan minyak angin di tapak kaki dan perut bayi untuk menenangkannya. Bak kata orang tua, bayi yang kuat menggengam tangannya sendiri kadang-kadang menunjukkan bahawa bayi tersebut mengalami ketidakselesaan di perutnya. Oleh itu, sapu dan urutlah perut anak anda dengan perlahan. Sekiranya anak anda merengek tiba-tiba pada waktu malam tetapi masih menutup matanya, eloklah anda urut dan sapukan minyak di perut dan tapak kaki serta belakang betisnya. Biasanya bayi akan kembali tidur selepas diurut dengan perlahan.
Mudah-mudahan entri yang saya postkan di atas akan sedikit sebanyak membantu anda menidurkan bayi dengan lebih mudah. :)

Labels:
Bayi,
bayi gelisah,
cara-cara,
ibu bapa gembira,
tidurkan bayi
Wednesday, June 27, 2012
Contoh Surat Pembatalan Polisi Insuran AIA
Hi, lame dah saya tak masukkan entri baru. Apa pun, entri kali ini adalah berkenaan dengan post Pembatalan AIA insuran dimana beberapa pembaca meminta contoh surat tersebut... Anda boleh meniru contoh surat yang saya postkan, ataupun mengubahnya mengikut kesesuaian anda. Surat yang saya lampirkan menggunakan bahasa English, tapi anda boleh terjemahkan dalam bahasa melayu. Ok..
19
December 2011
Policyowner
Services Dept,
Level 8,
Menara
AIA,
99, Jalan
Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
Re: Policy Number: W5######## Cancellation
I am
sending you this written notice to request cancellation of my insurance policy
effective Oct 3, 2011. I would appreciate you sending me written confirmation
within 30 days that the cancellation has been put into effect. Please refund
the unused portion of my policy premium (RM###.##), and cease charging my bank
account for payment of monthly premiums.
Thank you
for your prompt attention to this matter.
Sincerely,
___________________________
( your name)
(your full adress)
Jom baca tentang nombor 769 penarik rezeki di sini: 769 angka penarik rezeki
Friday, March 30, 2012
Cara-cara Mudah Bersalin (Cepatkan Proses Kelahiran)
Anak adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai harganya. Setiap wanita mengimpikan untuk memiliki cahaya mata sendiri. Namun, tidak dinafikan proses pelahiran atau bersalin yang dikatakan sangat memeritkan terutamanya ketika bersalin anak sulung menimbulkan perasaan takut kepada wanita yang akan bergelar seorang ibu. Ramai wanita mengandung dan yang teringin untuk memiliki cahaya mata, berharap agar proses kelahiran tersebut mudah dan cepat.
Dalam artikel ini, saya akan berkongsi dengan pembaca-pembaca tentang beberapa cara-cara atau teknik-teknik untuk mempercepatkan proses kelahiran, sekaligus memudahkan proses bersalin.
Dalam artikel ini, saya akan berkongsi dengan pembaca-pembaca tentang beberapa cara-cara atau teknik-teknik untuk mempercepatkan proses kelahiran, sekaligus memudahkan proses bersalin.
- Untuk mempercepatkan proses kelahiran, kontraksi yang kuat adalah perlu dan antara cara mudah untuk menguatkan kontraksi adalah dengan melakukan banyak pergerakan. Misalnya, sekiranya kita baring, cuba untuk bangun dengan kerap tetapi perlahan-lahan.
- Selain itu, cuba untuk membuang air kencing dengan kerap. Ini kerana pundi kencing yang penuh boleh melambatkan proses kelahiran dimana ia menghalang penurunan kepala.
- Cuba alih perhatian anda terhadap rasa sakit yang dialami. Antara caranya ialah dengan mandi menggunakan air suam atau masuk ke dalam kolam bersalin. Hal ini sekaligus akan mengurangkan keinginan anda untuk mengambil ubat bagi mempercepatkan proses kelahiran.
- Sekiranya anda terlalu cemas dengan proses kelahiran terutamanya semasa kontraksi semakin kuat, cuba aplikasikan teknik-teknik pernafasan yang dipelajari di kelas antenatal.
- Dalam hal ini juga, anda boleh meminta pertolongan suami atau keluarga anda untuk mengurut bahagian belakang anda secara lembut tetapi tegas dalam mengurangkan rasa sakit yang dialami.
- Sekiranya anda tidak mahu berjalan-jalan, tukar posisi di atas katil. Anda boleh melakukan pergerakan seperti duduk kemudian berdiri, atau berjalan-jalan secara perlahan-lahan agar bukaan rahim lebih cepat terbuka, sekaligus mempercepatkan proses bersalin.
- Hayunkan punggung dan membongkok ke depan semasa kontraksi berlaku dapat membantu rahim menolak bayi agar masuk ke saluran peranakan dengan betul.
Subscribe to:
Posts (Atom)