Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Tuesday, September 20, 2011

Tips Mengurangkan Rasa Pedas Cili Dalam Masakan

Hi, entri saya hari ni berkaitan dengan acara masak-memasak. Memandangkan saya sendiri pernah terkena situasi di mana saya 'termasuk' terlalu banyak cili giling ke dalam sambal nasi lemak, jadi saya pun mencari maklumat tentang bagaimana kita boleh mengurangkan rasa pedas dalam masakan kita.

Okey, tips pertama yang saya peroleh ialah dengan memasukkan extra ramuan lain dalam masakan. Ini bermakna, sekiranya anda sedang memasak sayur campur dan terlebih rasa pedasnya, tambahkan lagi baki sayur campur yang tidak dimasak tadi ke dalam masakan sayur campur anda. Ini akan mengurangkan rasa pedas masakan anda tadi.

Sekarang, tips yang kedua ialah dengan memasukkan kentang ke dalam masakan. Walaupun ramai yang sudah mengetahui bahawa kentang boleh mengurangkan rasa masin dalam masakan, namun anda juga boleh menggunakannya untuk mengurangkan rasa pedas dalam masakan. Kentang yang berfungsi sebagai penyerap  atau absorber dianggap mampu menyerap cecair yang ada di sekelilingnya.

Tips yang seterusnya adalah dengan memasukkan gula atau garam ke dalam masakan yang pedas tadi. Rasa manis atau masin yang ditambah dalam masakan tersebut dikatakan mampu mengalihkan rasa pedas cili tersebut.

Tips keempat ialah dengan menambahkan lebih air dalam masakan. Penambahan air tersebut dikatakan mampu mengurangkan rasa pedas dalam masakan anda.

Tips terakhir pula adalah dengan memasukkan kacang tanah yang telah digoreng/dibakar ke dalam masakan. Pastikan orang yang makan masakan anda tidak mempunyai sebarang alergi terhadap kekacang ye.

Maklumat yang diperoleh adalah dari beberapa sumber dalam internet samada dari dalam mahupun luar negara. So, komen dan pendapat anda adalah amat dialu-alukan. Selamat mencuba ya.

3 comments:

Unknown said...

Mohon share dengan pengguna www.bieshoppe.com.my TQ admin

Unknown said...

Salam harini sambal sy dh terlampau pedas...tpi smua ckp sngat sedap tpi pedas..
Sy nk cuba letak kentang mcm yg admin ckp..lts try..

NINA FARHANA said...

Kite slalu kalau terpedas letak gula banyak2 hehe xtaw ad cara lain

Post a Comment

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...