Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Friday, November 4, 2011

China: Kes Buang Bayi Masih Hidup Kat Hospital

Hi, entri yang saya nak share kali ni adalah berkenaan dengan berita yang agak mengejutkan di China, di mana, pihak hospital telah membuang bayi yang masih bernyawa!! Kejadian ni berlaku kat Nan Hai Red Cross Hospital di bandar Guangdong pada 26 Oktober lepas. Kes ni tak sama dengan apa yang banyak berlaku di negara kita, di mana remaja2 yang melahirkan anak luar nikah, membuang bayi mereka.

Menurut kenyataan yang diberikan, Liu Dongmei yang merupakan ibu kepada bayi tersebut telah mengalami pendarahan yang teruk dan kejang semasa usia kandungannya 8 bulan. Beliau terpaksa melahirkan anak dengan segera atau emergency birth dan semasa proses tersebut berlaku, anaknya didapati tidak bernafas mahupun menangis semasa keluar dari rahim. Malah, kulit anaknya juga telah bertukar menjadi ungu (takde darah mengalir lah maksudnya).

Percaya bahawa bayi tersebut telah mati dalam kandungan, maka pihak hospital terbabit telah membuang bayi tersebut tetapi tidak mengikut prosedur yang ditetapkan. Kemudian, kakak ipar Liu telah meminta pihak hospital menyerahkan mayat bayi tersebut. Namun, yang mengejutkan, bayi yang dianggap telah mati tersebut, bergerak-gerak dan dadanya berombak2 (bayi baru lahir, kadar denyutan jantung adalah lebih laju berbanding biasa). Oleh itu, pihak keluarga Liu pun memfailkan saman sebanyak 300,000 yuan atau $45,000 kepada hospital berkenaan.

Moral of the story; periksa elok2 dulu bayi sebelum membuat keputusan untuk  menjadikannya mayat. Kesian ibu bayi tersebut...Harap benda macam ni tak berlaku kat Malaysia yang kucintai ;D

0 comments:

Post a Comment

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...