skip to main |
skip to sidebar
Cara-cara Menangani Period (datang bulan) Pada Waktu Persekolahan
Waktu persekolahan sememangnya memberi banyak kenangan manis mahupun kenangan pahit kepada kita. Tidak dapat dinafikan, ada kalanya kita tidak tahu bagaimana menghadapi sesuatu situasi yang berlaku misalnya masalah datang bulan bagi pelajar-pelajar perempuan yang sudah akil baligh. Di sini, saya akan berkongsi beberapa tips menangani dilema pelajar-pelajar perempuan sewaktu datang bulan.
- Datang ke sekolah dalam keadaan bersih dan segar bugar. Pastikan anda membawa extra seluar dalam dan tuala wanita terutamanya pada waktu heavy (tiga hari pertama datang haid).
- Tukar tuala wanita dengan kerap untuk mengelakkan rasa tidak selesa semasa sedang belajar dan mengelakkan ‘kebocoran’ yang tidak diingini. Anda juga digalakkan untuk membawa perfume atau minyak wangi kerana semasa period, bau badan wanita adalah lebih kuat berbanding pada waktu biasa.
- Pergi ke tandas setiap 3-4 jam untuk memeriksa sama ada kita bocor atau tidak. Ia juga memudahkan kita untuk menukar tuala wanita sekiranya kita sudah mengalami ‘kebocoran’ dan rasa tidak selesa.
- Ingat, tidak elok menggunakan (pad) tuala wanita lebih dari 8 jam berturut-turut kerana ia akan menyebabkan pad tersebut berbau.
- Tidak perlu malu sekiranya anda mengalami period kerana ia adalah lumrah alam dan setiap wanita akan mengalaminya (kecuali yang tidak subur). Oleh itu, anda haruslah bersyukur kerana mengalami period dan ini menunjukkan anda berpotensi menjadi seorang wanita yang subur.
0 comments:
Post a Comment