Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Wednesday, May 4, 2011

Cara-cara block/sekat nombor yang tidak diingini (DIGI,MAXIS, CELCOM)

Telefon bimbit merupakan salah satu dari teknologi moden yang paling ramai digunakan oleh rakyat di Malaysia. Tidak kira tua atau muda, hampir kesemuanya memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit digunakan untuk pelbagai tujuan. Namun, kadang-kala kita berasa terganggu sekiranya ada nombor yang tidak diingini sering membuat panggilan dan menyebabkan kita merasa kurang selesa. Selain itu, terdapat situasi-situasi lain yang menyebabkan kita ingin menyekat panggilan-panggilan atau SMS yang tidak diingini. Di sini, saya akan berkongsi cara-cara untuk menyekat panggilan-panggilan tersebut.




Panggilan telefon:
1.      Kaedah ini adalah yang paling mudah untuk anda lakukan. Anda boleh mengubah tetapan (setting)  pada nombor yang ingin disekat. Contohnya, nombor si A yang anda ingin block diubah dengan meletakkan tetapan silent mode. Oleh itu, setiap kali si A membuat panggilan, telefon tidak akan berbunyi dan sekaligus tidak akan menggangu rutin harian anda.
2.      Bagi pengguna yang menggunakan perisian symbian, anda boleh memasukkan aplikasi Call Filter application V.1.02 dalam telefon anda. Aplikasi ini berfungsi dalam mengabaikan (reject) panggilan dan SMS yang tidak diingini. Ia membolehkan anda menerima panggilan dan SMS yang anda inginkan sahaja. Aplikasi ini juga adalah percuma.
3.   Bagi pengguna yang menggunakan telefon canggih seperti Blackberry pula, Call Firewall for Blackberry disediakan untuk menyekat panggilan masuk nombor yang disekat kepada penggunanya. Hanya dengan bayaran yang berpatutan, anda mampu memiliki aplikasi  ini.
4.   Bagi pengguna perisian Android, anda boleh menggunakan beberapa aplikasi yang telah dibina bagi menyekat dan mengawal panggilan masuk serta SMS telefon anda. Misalnya, Easy Filter Call Blocker &SMS. Selain percuma, ianya juga mudah digunakan.
PePengguna Android juga boleh menggunakan aplikasi Call Control- Call Blocker untuk menghentikan panggilan yang tidak diingini dan aplikasi ini biasanya akan berjaya. 
 
iPhone: Bagi yang menggunakan Iphone, amat mudah untuk menyekat panggilan masuk dan SMS yang tidak diingini. Masuk contact > pilih nama pemanggil yang tidak diingini > tekan Block This caller > tekan Block Contact. Anda tidak akan menerima sebarang panggilan, mesej mahupun FaceTime dari pemanggil tersebut.
SMS:
MAXIS: Blacklist SMS service membenarkan pengguna menyekat pelanggan Maxis yang lain dari menghantar SMS kepada pengguna perkhidmatan tersebut. Namun, anda akan dicas bulanan jika menggunakan perkhidmatan tersebut.  

LINK:
DIGI - www.digi.com.my/
CELCOM - www.celcom.com.my/
MAXIS - www.maxis.com.my
 BLACKBERRY - http://us.blackberry.com/apps-software/appworld/

Anda ada tanaman sawit? Ayah anda memiliki tanaman sawit yang mempunyai berat yang kurang? Musim kemarau menambahkan lagi masalah sawit anda? Layari www.gosawit.com dan kami akan bantu anda!!

Tuesday, May 3, 2011

Keputusan Semakan Panggilan Temuduga Ke IPTA 2011

Semakan Status permohonan kemasukan ke IPTA Sesi 2011/2012 kini telah dibuka. Semakan status permohonan boleh dibuat termasuk semakan ke IPTA bagi lepasan STPM & STAM, lepasan diploma, lepasan SPM,dan lepasan Sijil Kemahiran(SKM).
SEMAKAN TEMU DUGA

LEPASAN STPM/SETARAF LEPASAN SPM/SETARAF
Semakan panggilan Temu Duga (Bukan Pendidikan) boleh dibuat mulai 25 April 2011 melalui kaedah berikut:-
Temu Duga akan dijalankan pada 28 April - 8Mei 2011
Semakan panggilan Temu Duga ( Pendidikan) boleh dibuat mulai 20 Mei 2011 melalui kaedah berikut:-
  • SMS (Short Messaging Services)
    My SMS - 15888
Temu Duga akan dijalankan pada 25 Mei - 1 Jun 2011
Semakan panggilan Temu Duga (Bukan Pendidikan) boleh dibuat mulai 11 April 2011 melalui kaedah berikut:-
Temu Duga akan dijalankan pada 14 - 18 April 2011.

Semakan Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi Sesi 2011/2012

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2011/ 2012 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2010 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2010 hingga
10 Oktober 2010
dilanjutkan ke 30 November 2010.

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi

Keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi akan diumumkan bermula pada 28 April 2011. Pelajar yang ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM Sesi 2011/2012 boleh memuat turun borang-borang yang telah disediakan di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 28 April 2011.

Semakan Permohonan Keputusan Matrikulasi KPM 2011

Makluman.

Pemohon boleh membuat semakan untuk mengetahui status permohonan ke Program Matrikulasi.
Untuk membuat semakan ini, anda boleh menggunakan :

  • Nombor Kad Pengenalan atau
  • Nombor Lembaga Peperiksaan
Semakan Permohonan Keputusan Matrikulasi KPM 2011 juga boleh dibuat melalui SMS :

Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :


  • Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>NO. KP dan hantarkan ke 15888
  • Contoh : MOE MAT 760704085973 
Link:

Cara-cara Menangani Period (datang bulan) Pada Waktu Persekolahan

Waktu persekolahan sememangnya memberi banyak kenangan manis mahupun kenangan pahit kepada kita. Tidak dapat dinafikan, ada kalanya kita tidak tahu bagaimana menghadapi sesuatu situasi yang berlaku misalnya masalah datang bulan bagi pelajar-pelajar perempuan yang sudah akil baligh. Di sini, saya akan berkongsi beberapa tips menangani dilema pelajar-pelajar perempuan sewaktu datang bulan.
  •    Datang ke sekolah dalam keadaan bersih dan segar bugar. Pastikan anda membawa extra seluar dalam dan tuala wanita terutamanya pada waktu heavy (tiga hari pertama datang haid).
  •  Tukar tuala wanita dengan kerap untuk mengelakkan rasa tidak selesa semasa sedang belajar dan mengelakkan ‘kebocoran’ yang tidak diingini. Anda juga digalakkan untuk membawa perfume atau minyak wangi kerana semasa period, bau badan wanita adalah lebih kuat berbanding pada waktu biasa.
  • Pergi ke tandas setiap 3-4 jam untuk memeriksa sama ada kita bocor atau tidak. Ia juga memudahkan kita untuk menukar tuala wanita sekiranya kita sudah mengalami ‘kebocoran’ dan rasa tidak selesa.
  • Ingat, tidak elok menggunakan (pad) tuala wanita lebih dari 8 jam berturut-turut kerana ia akan menyebabkan pad tersebut berbau.
  • Tidak perlu malu sekiranya anda mengalami period kerana ia adalah lumrah alam dan setiap wanita akan mengalaminya (kecuali yang tidak subur). Oleh itu, anda haruslah bersyukur kerana mengalami period dan ini menunjukkan anda berpotensi menjadi seorang wanita yang subur.

Saturday, April 9, 2011

CARA-CARA MEMBUKA PENUTUP BOTOL

Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk membuka penutup botol? Sekiranya anda mengalami situasi berikut, sudah tentu anda ingin mengetahui kaedah lain yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kaedah ini sangat berguna bagi mereka yang sukar untuk membuka penutup botol dan menyakitkan tangan ketika membuka penutupnya.

  1. Cuba buka penutup botol atau balang. Sekiranya sukar untuk membukanya, anda boleh memanaskan penutup botol atau balang tadi dengan membasahkannya di bawah air panas dan pastikan ia terkena penutup botol/balang tersebut.
  2. Air panas akan membuatkan penutup botol menjadi kembang dan memudahkan anda untuk membukanya.
  3. Dengan menggunakan tuala yang bersih, lapkan botol/balang tersebut dengan cepat agar ia tidak kembali sejuk dan sekaligus mengetatkan penutupnya kembali. Kemudian, cuba buka penutup botol/balang tersebut.
  4. Sekiranya masalah masih berlaku dan anda masih tidak dapat membuka penutup botol/balang tersebut, anda boleh mencuba kaedah yang seterusnya.
  5. Ambilkan gelang getah dan lilitkan pada penutup botol/balang tersebut. Kemudian ,cuba buka penutup botol tersebut. Anda juga boleh menggunakan sarung tangan getah untuk membuka penutup botol/balang tadi. 
Sekiranya kaedah ini berjaya, anda dialu-alukan untuk memberi komen di bawah. Selamat mencuba...
Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...