Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Monday, September 19, 2011

Nak try Chicken game on Hitz.fm? It’s back this Sept. Tune into Hitz.Fm & play #RevengeofTheChicken...jom check this out :D

Nak try Chicken game on Hitz.fm? It’s back this Sept. Tune into Hitz.Fm & play #RevengeofTheChicken...jom check this out :D
Rancangan Chicken game ini telah kembali dan sekarang mereka telah menawarkan hadiah sehingga Rm60,000. Hanya menjawab teka teki yang telah diberikan dan berlawan dengan ayam-ayam Hitz.fm dan menang hadiah lumayan. Jom layan!!

Cerita Johnny English Reborn Yang Sangat Kelakar

Hello, hari ni saya nak cerita sikit pasal cerita yang tengah hot kat pawagam. Johnny English Reborn. Sekiranya anda pernah menonton cerita Johnny English sebelum ini, sudah tentu anda tidak melepaskan peluang untuk menonton cerita ini. Ada yang mengatakan bahawa cerita Johnny English yang pertama lagi best dari Reborn ni, namun bagi pendapat saya sendiri, Johnny English Reborn lagi kelakar dan sangat menggelikan hati.

Dalam Johnny English Reborn, Rowan Atkinson atau lebih dikenali sebagai Mr. Bean memegang watak sebagai seorang penyiasat persendirian yang kelam kabut tetapi masih mempunyai gaya yang tersendiri untuk menangani penjenayah. Terdapat beberapa babak yang sangat menggelikan hati penonton yang menontonnya, misalnya babak dimana beliau masih belajar dan bertapa bersama sami-sami Buddha.

Selain itu, babak dimana Johnny English duduk semasa mesyuarat bersama presiden Amerika dan pegawai tinggi yang lain juga sungguh mencuit hati. Pelbagai aksi dan babak-babak lucu diselitkan dalam cerita ini. Bagi mereka yang bosan dan gemarkan cerita yang berunsur lawak dan bergelak ketawa, cerita ini adalah amat sesuai untuk anda. Selamat menonton ya ;D

Thursday, June 23, 2011

Kisah Pelik: Anjing seperti Panda dan Harimau

Pernahkah anda melihat rupa anjing seperti harimau? Ini merupakan satu trend baru yang wujud di negara China dimana bulu anjing diwarnakan menyerupai binatang liar. Dalam rancangan musim panas Pet Show Taipei, pertandingan mewarna anjing menyerupai binatang liar telah diadakan. Jom tengok gambar di bawah.

Pelancaran taman binatang peliharaan baru di Dahe Mincui Park pada 5 Jun 2010 di Zhengzhou, Henan.







 
Klik di sini untuk melihat kucing menyerupai watak pikachu : Kucing Pikachu

Tuesday, June 7, 2011

Peraduan Menyinarkan Kereta Anda Di Ria Warna Car Spa & Detailing

Penganjur: Ria Warna Car Spa & Detailing< Mydin Mall MITC Melaka
Tarikh Mula: 6 Jun 2011
Penerangan: Peraduan terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan juga warganegara luar. Syarat penyertaan adalah mudah.
1. Tekan butang “like” pada page ini : http://www.facebook.com/topic.php?uid=148645465191751&topic=138
dan anda secara automatik menjadi ahli laman web kepada Ria Warna Car Spa & Detailing dimana anda layak untuk mendapat info dan promosi terkini dari kami.
2. Kemudian, anda perlu mencuci kereta di Ria Warna Car Spa & Detailing, Mydin Mall, MITC Melaka. Ambil gambar kreatif anda bersama kereta anda yang sedang/telah dicuci di Ria Warna dan upload dalam page ini. Beritahu rakan-rakan untuk ‘Like’ gambar anda.
3.  Gambar peserta yang paling banyak menerima butang like akan menerima hadiah.
4.  Peraduan berakhir pada 1 Oktober 2011.

Hadiah Utama:
1 x percuma Pakej 'semua servis' bernilai RM500++, dan hamper.
3 x percuma Pakej Polishing bernilai RM300++ dan hamper.
5 x percuma Pakej cuci + 'Disinfection' + WAX atau cuci kusyen dan hamper.

Hadiah Saguhati:
15 x percuma servis 'Disinfection' dan cuci.

Perhatian:
Bagi peserta yang membuat perkhidmatan WAX di Ria Warna Car Spa & Detailing, anda akan diberi 30 jumlah mata (Like) secara automatik.
Manakala, bagi peserta  yang membuat perkhidmatan POLISH , anda akan diberi 60 jumlah mata (like) secara automatik.
Segala pertanyaan bolehlah PM pada inbox Ria Warna Car Spa & Detailing Fan Page emailkan ke Ria.Warna@gmail.com.

Terma dan syarat peraduan:
1.  Peserta yang ingin menyertai peraduan ini hendaklah menghantar nama, nombor telefon, alamat dan nombor pendaftaran kereta.
2.  Hadiah tidak boleh ditukar kepada wang tunai.
3.  Hadiah boleh dipindah milik.
4.  Seorang individu boleh menghantar sehingga 5 keping gambar kreatif dan sekeping gambar untuk sebuah kereta.

Pemenang akan dihubungi melalui SMS atau telefon, dan nama pemenang akan dipaparkan di page ini.
http://www.facebook.com/topic.php?uid=148645465191751&topic=138

Sunday, June 5, 2011

Kapal Terbang Bersalut Emas Milik Sultan Brunei

Brunei memang terkenal dengan kekayaan dunia yang dimilikinya. Minat Sultan Brunei terhadap emas tidak terbatas kepada tempat singgahsananya yang mewah, tetapi juga pesawat peribadinya. Mari kita lihat pesawat peribadi Sultan Hasanal Bolkiah yang diperbuat daripada emas.

Ini merupakan pesawat peribadi Sultan Hasanal Bolkiah yang bernilai USD200 juta.





credit to: forkamer holic.
Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...