Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Monday, May 23, 2011

Makanan Yang Mesti Anda cuba Di Sarawak

Hmmmm...pernah pergi ke Sarawak? atau teringin hendak melancong ke Sarawak? Di sini, saya akan share sedikit tips tentang makanan yang anda mesti cuba ketika berada di Negeri Kenyalang ini. Bak kata orang "Belum cuba belum tahu..."

1. Umai
Umai merupakan makanan tradisi kaum Melanau dan sekiranya anda peminat sushi atau makanan Jepun, umai menjadi kemestian untuk anda rasai. Ini kerana, umai merupakan ikan segar yang dipotong dan dihiris halus sebelum dicampur dengan bawang serta air asam limau. Ia biasanya dimakan dengan sagu dan ulam-ulaman.
2. Mi Kolok
Bagi yang baru pertama kali merasai mi kolok ini sudah tentu anda merasakan ianya istimewa dan sedap kerana penggunaan mi yee / yee mee serta dicampur dengan hirisan daging atau ayam yang direbus terlebih dahulu ini sememangnya menyelerakan. Kuah sup yang disedikan menjadi kuah untuk mi kolok ini. Kebanyakan gerai di sekitar Kuching ada menyediakan mi ini.

3. Linut
Ada yang pernah mendengarnya dan ada yang merasa pelik mendengar nama makanan ini. Namun, linut adalah makanan masyarakat Melanau yang harus anda cuba dan amat sukar didapati di tempat-tempat lain. Linut merupakan campuran tepung kanji dengan air panas dan ia biasanya akan disaji dengan sambal belacan. Linut akan dimakan ketika ia masih panas dan kurang sedap ketika sudah sejuk. Rupa linut adalah seperti gam dan rasanya agak manis dikatakan mampu mengurangkan suhu badan orang yang demam.

4. Buah Dabai
Ermmm..sedapnya bila sebut buah dabai nih... Kebiasaannya, buah dabai amat mudah diperolehi di kawasan  Sibu dan Sarikei. Ternyata, buah ini menjadi kegemaran dan tidak asing kepada masyarakat Sarawak. Dalam bahasa saintifik, buah ini dipanggil sebagai Canarium odontophyllum. Buah ini akan direndam di dalam air panas untuk melembutkan isinya dan di dalam buah dabai ini, terdapat bijinya yang keras. Isinya berwarna kuning dan bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga.

5. Buah Engkala atau Tebulus
Buah Engkala atau di Sarawak banyak menyebutnya sebagai buah Tebulus sememangnya terkenal di Sarawak. Isinya yang manis dan sedap menjadi kemestian untuk anda mencuba buah ini. Sebelum dimakan, buah akan diketuk dengan sudu untuk melembutkan isinya. Kemudian, buah akan direndam di dalam air suam atau air panas untuk melembutkannya. Biasanya, buah ini akan dimakan dengan mencampurkannya dengan garam atau kicap. Kadang-kadang, buah tebulus akan dimakan begitu sahaja sekiranya buahnya betul-betul masak. Petuanya: sekiranya buah tebulus belum cukup masak untuk dimakan, ia akan menyebabkan lidah menjadi gatal dan kurang selesa. 


Selamat Mencuba :D

1 comments:

Post a Comment

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...