Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Wednesday, May 4, 2011

Cara-cara mengatasi masalah alahan


Cara-cara mengatasi masalah alahan anak anda?

Pernahkah anda terfikir, bagaimana hendak mengendalikan sesuatu situasi yang melibatkan alahan terutama bila ia berlaku kepada anak anda sendiri? Apakah tindakan yang perlu dibuat untuk menangani masalah tersebut? Di sini, saya sekali lagi akan berkongsi beberapa tips dengan anda tentang bagaimana hendak mengatasi masalah alahan yang terjadi kepada anak anda. 
  • Didik anak anda – Ini merupakan langkah yang paling penting kerana kita tidak selalu bersama mereka. Didik dan beritahu anak anda tentang masalah alahan yang berlaku. Maklumkan tentang bahan-bahan, reaksi dan makanan apa yang boleh dimakan oleh anak anda dengan teliti dan jelas. Pastikan anda sentiasa mengingatkan anak anda tentang makanan yang tidak boleh dimakan dengan kerap.
  • Bawa anak anda ke dapur – Anda boleh mengajar anak anda tentang bagaimana untuk memasak makanan yang boleh dimakan dan ini akan membantunya mempelajari cara memasak sekiranya anda terpaksa berjauhan dengannya. Selain itu, anak anda juga akan mahir memasak apabila besar kelak.
  • Suruh anak anda membaca label makanan – Paling mudah, anda bawa anak anda ke pasaraya berhampiran dan suruh mereka membaca label pada bekas atau tin makanan tersebut. Ini adalah untuk memudahkannya tidak membeli makanan yang mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan alahan selain mendisiplinkan anak anda untuk lebih berhati-hati ketika memilih makanan.
  • Mengajar anak untuk bercakap tentang alahan – Bercakap disini bukanlah bermaksud untuk menyertai perdebatan tetapi bercakap untuk memberi keberanian kepada anak anda memberitahu tentang alahan yang dihidapinya. Misalnya, bercakap kepada pelayan restauran. Biarkan anak anda sendiri memberitahu pelayan restauran tentang apa yang tidak boleh dimakan.
  • Memaklumkan kepada guru dan Guru Besar – Pihak mereka akan membantu mengukur tahap keselamatan anak anda di sekolah. Kadang-kala guru akan membuat parti atau sambutan di dalam kelas. Sekiranya anak anda mengalami alahan, guru tersebut akan membantu mengawal makanan yang disediakan kepada anak anda.
Mengajar anak anda mengendalikan situasi alahan merupakan satu tindakan yang sangat penting dalam proses tumbesaran anak anda. Jangan biarkan anak anda berasa takut untuk makan makanan diluar rumah. Semakin banyak pengetahuan tentang alahan yang dipelajari, semakin mudah untuk mereka menghadapi dunia sebenar kelak.

0 comments:

Post a Comment

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...