- Jangan buat jenaka tentang dirinya - Tidak kira apa jua benda berkaitan, janganlah membuat jenaka yang akan menyebabkan wanita marah. Ini termasuk warna baju yang dipakai, saiz badan yang semakin naik dan sebagainya.
- Curang - Hmmm...ni kes berat. Janganlah curang kepada wanita yang sentiasa setia kepada anda. Sekiranya anda tidak berminat dengan hubungan tersebut, putuskan sahaja. Tapi, buat seorang suami, janganlah curang kepada isteri anda. Kesian isteri mati-mati ingat suami keluar keja, rupanya pergi menjerat kupu-kupu luar pulak. Tak elok tau.
- Menggoda wanita lain - Walaupun untuk suka-suka, namun ada batasnya. Menggoda wanita lain bermaksud anda sudah mencari nahas. Tak perlu nak pasang banyak, cukuplah seorang. Ingat, wanita biasanya lebih cepat menghidu pergerakan temannya.
- Mengata di belakang - Atau dengan kata lain, mengumpat. Tak dinafikan, ada juga lelaki yang suka mengata tentang perangai atau perbuatan yang dilakukan oleh pasangannya kepada kawan-kawan di tempat kerja atau semasa lepak. Bukan sahaja anda kelihatan bodoh untuk berbuat begitu, tetapi juga perkara tersebut lambat-laun akan diketahui olehnya juga. Sepandai-pandai tupai melompat...
- Berjenaka tentang perpisahan - Mungkin ada lelaki yang ingin menguji tahap 'sayang' pasangannya dengan memberitahu bahawa hubungan mereka telah berakhir. Ini adalah salah. Bukan sahaja perkara tersebut akan memburukkan keadaan, malah mungkin teman wanita anda akan meragui kasih sayang anda kepadanya kelak.
- Bercerita tentang bekas kekasih - Sekiranya anda bercerita tentang kebaikan bekas kekasih, wanita akan merasakan bahawa anda masih menyukai bekas kekasih anda. Manakala, sekiranya anda bercerita tentang keburukan mereka, teman wanita anda akan menganggap bahawa anda juga berbuat begitu kepada mereka (berkata buruk tentang diri mereka).
- Menyalahkan teman wanita atas kesalahan sendiri - Bak kata pepatah, baling batu sembunyi tangan. Anda menyalahkan pasangan anda selepas apa yang telah anda lakukan merupakan suatu perkara yang tidak munasabah dan tidak boleh diterima sebagai satu tanda kasih sayang dalam hubungan. Sekiranya anda membuat salah, minta maaf dan mengaku kesilapan sendiri. Ia lebih terpuji dari menyalahkan orang lain.
- Memberitahu bahawa beliau seorang yang terlalu mengikut perasaan - Semua orang tidak suka apabila dilabelkan sedemikian rupa, apatah lagi teman wanita/ isteri anda. Walaupun kelihatan agak mengikut perasaan, gunakanlah kata-kata yang lebih lembut dan lebih sensitif kepada perasaan wanita. Ini akan menunjukkan bahawa anda seorang lelaki yang memahami dan sayang kepada pasangan anda.
Monday, May 23, 2011
8 Perkara Jangan Lakukan Kepada Teman Wanita Anda
Walaupun wanita bersifat lembut dan mudah tersentuh, lelaki janganlah mengambil kesempatan atas perkara tersebut. Kadang-kadang lelaki tidak sedar bahawa mereka telah mengecewakan hati teman wanitanya. Oleh itu, saya akan berkongsi 10 perkara yang tidak patut dilakukan oleh seorang lelaki kepada wanitanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment