Antara pelakon yang terlibat dalam "Karak" ialah Shahir, Sheera Ayob, Along Eyzendy, Kilafairy dan Sidek Hussien. Filem yang diadaptasi dari kisah benar ini telah ditulis oleh Norman KRU dan ditayangkan di panggung wayang seluruh negara bermula 26 Mei 2011.
Bagi peminat cerita seram, anda mungkin tidak akan melepaskan peluang menonton cerita ini. Bagi saya sendiri, cerita ini sememangnya bijak memainkan emosi penonton dengan meletakkan unsur seram jenaka di dalamnya. Namun, ada beberapa bahagian yang saya rasa agak tidak logik dalam cerita ini.
- Pengakhiran yang tidak masuk akal. Yelah, ingatkan Nik dan Zura masih hidup dan semua yang lain dah mati, tetapi keempat-empat mereka semuanya mati.
- Zura berjaya membaca ayat Kursi dan maksudnya dengan baik. Jadi hantu-hantu semua pun lari dan hilang. Tapi, macam mana Zura dapat baca sedangkan sebenarnya dia dah mati??
- Sewaktu Jack dan Nik diangkat kaki oleh seekor hantu, Pak Malam pun cakap "Jack, kuatkan semangat!". Padahal pada waktu itu, Pak Malam sepatutnya tak nampak Jack dan Nick kerana mereka dah mati.
- Sewaktu Zura tahu bahawa Nik rupanya dah mati, Zura menangis teresak-esak dan menyebabkan orang ramai yang berada di situ menoleh ke arahnya. Tapi, menurut berita yang dilaporkan, keempat-empat mangsa dah mati. Ini bermaksud Zura pun mati. Macam mana orang ramai boleh tengok Zura menangis??
- Tontonlah sendiri dan nilaikannya.
Trailer Filem KARAK.
1 comments:
haaa btol tu.
tak logik langsung
Post a Comment