Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Rezeki Anda

Search This Blog

Loading...

Wednesday, May 4, 2011

Cara-cara block/sekat nombor yang tidak diingini (DIGI,MAXIS, CELCOM)

Telefon bimbit merupakan salah satu dari teknologi moden yang paling ramai digunakan oleh rakyat di Malaysia. Tidak kira tua atau muda, hampir kesemuanya memiliki telefon bimbit. Telefon bimbit digunakan untuk pelbagai tujuan. Namun, kadang-kala kita berasa terganggu sekiranya ada nombor yang tidak diingini sering membuat panggilan dan menyebabkan kita merasa kurang selesa. Selain itu, terdapat situasi-situasi lain yang menyebabkan kita ingin menyekat panggilan-panggilan atau SMS yang tidak diingini. Di sini, saya akan berkongsi cara-cara untuk menyekat panggilan-panggilan tersebut.




Panggilan telefon:
1.      Kaedah ini adalah yang paling mudah untuk anda lakukan. Anda boleh mengubah tetapan (setting)  pada nombor yang ingin disekat. Contohnya, nombor si A yang anda ingin block diubah dengan meletakkan tetapan silent mode. Oleh itu, setiap kali si A membuat panggilan, telefon tidak akan berbunyi dan sekaligus tidak akan menggangu rutin harian anda.
2.      Bagi pengguna yang menggunakan perisian symbian, anda boleh memasukkan aplikasi Call Filter application V.1.02 dalam telefon anda. Aplikasi ini berfungsi dalam mengabaikan (reject) panggilan dan SMS yang tidak diingini. Ia membolehkan anda menerima panggilan dan SMS yang anda inginkan sahaja. Aplikasi ini juga adalah percuma.
3.   Bagi pengguna yang menggunakan telefon canggih seperti Blackberry pula, Call Firewall for Blackberry disediakan untuk menyekat panggilan masuk nombor yang disekat kepada penggunanya. Hanya dengan bayaran yang berpatutan, anda mampu memiliki aplikasi  ini.
4.   Bagi pengguna perisian Android, anda boleh menggunakan beberapa aplikasi yang telah dibina bagi menyekat dan mengawal panggilan masuk serta SMS telefon anda. Misalnya, Easy Filter Call Blocker &SMS. Selain percuma, ianya juga mudah digunakan.
PePengguna Android juga boleh menggunakan aplikasi Call Control- Call Blocker untuk menghentikan panggilan yang tidak diingini dan aplikasi ini biasanya akan berjaya. 
 
SMS:
MAXIS: Blacklist SMS service membenarkan pengguna menyekat pelanggan Maxis yang lain dari menghantar SMS kepada pengguna perkhidmatan tersebut. Namun, anda akan dicas bulanan jika menggunakan perkhidmatan tersebut.  

LINK:
DIGI - www.digi.com.my/
CELCOM - www.celcom.com.my/
MAXIS - www.maxis.com.my
 BLACKBERRY - http://us.blackberry.com/apps-software/appworld/
 
Jom window shopping beg cantik tapi murah disini.  http://rayyanbagcollections.blogspot.com/ 
Dapatkan diskaun sehingga 10% sebelum 7hb februari 2013. Sementara stok masih ada..

18 comments:

awana.blogspot.com said...

kalau nksekat drorg 2 kol rumah cmne??:(

Kasih said...

tq so much,i owe u..i've done block a few maxis number yg keep texting tak kira masa ajak dtg bisnes talk and sgt taksub dgn manusia..benciii n lega sgt bila da dpt block..tq so much ya..

Mrs. Andrenoidx said...

Awana: Kalau nak sekat orang tu dari call tepon rumah, i think you kena call Service provider, misalnya TM untuk soalan tersebut.

Kasih: You're welcome :D...

nurul huda jumri said...

timekasih yg tk terhingga...sgt2 appreciate ur info. now i've done blocking a few number yg tk hbs2 kacau tk kire siang malam..thx ya.

anak temuai80 said...

cara nak sekat "private no"? adakah sama juga sperti di atas?

Mrs. Andrenoidx said...

anak temuai: kalau nombor private tu, tak pasti lah plak. mUngkin boleh try guna aplikasi yang ada. :D

chah ame said...

mcm mana nk blok kalau gune iphone 4? xde app la kt dlm ni. digi pn xsediakn perkhidmatan mcm 2...software pn xde...plzzz help me...

eryn erina said...

macam mne ye nk sekat nombor telefon yang tidak dikenali?? org tu asyk miscol jew... bila tanye die senyap... sy nk block no die supaya die xboleh col n mcj sy lg... tp sy xreti mcm mne caranya... boleh tunjuk ajar x?? sy pengguna maxis.. nk block no mxis jugak.. tq

faizatul natasha said...

Macam mana nk blok no yg x dkenali ???? No tu asyik kol msj n mms ja...boleh x tunjuk caranya supaya no tersebut x dpt berhubung lg dgn no tel saya...sy guna maxis n nk block no maxis jugak..tq.
Fon: note2

mazni hussin said...

kalu nk privacy no sndiri mcm mna pulk? kalu kita call or sms diaorg tk thu no kita?hrap2 bls scpt yg blh

iyan cindy said...

bagai man mau blok no telepon dari lenovo?

aiaz8889@blogspot.com said...

Adakah nombor private boleh menghantar mesej kpd kita?harap ada tuan/puan y tlg berikan respin pd sy.

IklanLahPercuma said...

As salam,

Saya sudah baca entri blog ini. Saya ada buat tambahan baru kepada maklumat sedia ada di blog IklanLahPercuma

Ada arahan-arahan Telco cara stop spam iklan dan juga stop servis langgan premium sms.

Ada juga diterangkan teknik cara SP/CP buat duit melalui laman web dan aplikasi mobile.

Jemput semua baca untuk elakkan daripada terkena jerat SP/CP. Terima kasih.

faramyza fadzil said...

Mcmana nak blok sms papar: 01484 service message... saya guna line celcom, phone biasa. Dah telan banyak duit saya. Tkasih.

faramyza fadzil said...

Mcmana nak blok sms papar: 01484 service message... saya guna line celcom, phone biasa. Dah telan banyak duit saya. Tkasih.

Nurul Huda said...

Biasanya kalau ada no yang selalu hantar SMS kemudian kredit kita pun dipotong, cuba taip STOP dan hantar kembali ke nombor 01484 tadi. Biasanya kita dengan tidak sengaja, telah melanggan perkhidmatan mereka. Semoga berjaya ��

Nurul Huda said...

Boleh. No private boleh hantar Sms kepada kita tapi sukar untuk kita ketahui pengirimnya.

Nurul Huda said...

Paling mudah nak block panggilan ke telefon iphone kita dengan block no pemanggil dalam senarai contact kita.

Post a Comment

Share

Widgets

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...